Saturday, August 29, 2009

Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Kemerdekeaan Yang Ke-52..

Setahun sudah berlalu.Rasanya baru semalam berpuasa kat bumi kedah ni.

Hari ni puasa jugak, tapi untuk tahun yang lain.Pejam celik dah hampir 2 tahun aku kat

kedah ni.Awal Ramadhan tahun ni jatuh pada hari Sabtu,bagi warga KL dan yang

seangkatan dengannya peluang di ambil untuk menyambut awal Ramadhan di kampung masing-

masing. Tapi bagi kami di negeri Utara ni, tak dapat berbuat demikian.

Minngu pertama puasa aku sudah di kejutkan dengan berita kemalangan membabitkan mak

aku di Gua Musang. Nasib baik hanya cedera ringan dan keadaan kereta tidak teruk.

Cukup 7 hari puasa aku pula yang terlibat dalam kemalangan. Syukur aku tidak

mengalami kecederaan. Kami semua selamat. Tapi kereta? Volvo Vs. kancil..



Tahun ni Perayaan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-52 jatuh pada bulan puasa.

Sambutan hanyalah sekadar sederhana di perkarangan Parlimen. Apa yang dapat di lihat

di kalangan rakyat Malaysia, tahap semangat patriotik masih amat berkurangan. Baik

Melayu, Cina ,India atau lain-lain. Dalam usia 52 tahun kemerdekaan, masih ramai

yang leka dan lalai akan kepentingan negara. Apa ertinya rakyat tanpa negara.

walau apapun masih ada yang semangat patriotiknya tinggi. Itupun hanya dalam

kalangan veteran sahaja. Aku tak mahu mengulas panjang hal macam ni, nanti ada yang

melenting. Tapi aku amat bersyukur hidup dalam negara yang merdeka dan aman damai

ini. Selamat berpuasa dan selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-52..

Tuesday, August 11, 2009

H1N1 menghantui dunia...UiTM?


Satu dunia kecoh pasal H1N1 ni..
Kat UiTM ni pon kecoh..
Walaupun xder kes yang positif tapi ianya agak membimbangkan..
Kadar student yang demam meningkat hampir 100%..
Sebagai langkah berjaga2 UiTM telah mengkuarantinkan student yang di suspek mengalami gejala2 H1N1..
Banyak langkah yang perlu diambil untuk mengelak H1N1..
layarilah www.moh.gov.my..

Thursday, August 6, 2009

Protegeons Notre Planete a.k.a Protect Our Planet



Jom kita sama-sama menjaga bumi kita dengan kitar semula..
Banyak benefit dari ni..
1- global warming
2- flood
3- land slide
4- clean water source
5- the most important for our generation..

kepada kawan-kawan yang menyokong program ni, terima kasih yang tidak terhingga..
Semoga bumi hari ini kekal untuk geneasi seterusnya..

Monday, July 27, 2009

Al-Fatihah buat arwah Muhammad Yamin b. Jahaya


Inilah satu-satunya gambar aku bersama arwah

Pada 23 Julai 2009 (hanya beberapa hari selepas ulang tahun hari lahir aku),kami telah kehilangan seorang sahabat. Arwah telah meninggal kerana masalah jantung semasa sedang bermain badminton.

Kali terakhir aku bertemu dengan arwah adalah semasa majlis solat hajat dan bacaan Yasin pada malam tersebut. Tapi tidak sempat menyapanya kerana kami duduk berjauhan. Aku agak terkilan. Kerana sebelum ini banyak benda yang berlaku. Sebagai sahabat aku telah menemani arwah sehingga perjalanan yang terakhir. Semoga arwah di cucuri rahmat-Nya.

Buat keluarga arwah, terimalah takdir ini dengan redha. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman di sisi Tuhan.

AL-FATIHAH...

Tuesday, July 21, 2009

Besday=Tua?



Minggu lepas 6 jahanam da group cam bese wat gathering..
lokasi kt TiTi Hayun, Yan..
Ermmm..bez..
walaupun banyak benda yg berlaku sebelum tuh..
contohnya kejar mengejar di tgh malam dengan pak guard..
Alhamdulillah berjalan dengan lancar jugak..
bese la plan ade larik sket tuh...




Pa pon tengkiu pada yang terlibat..
sambut besday tak penting..
yang penting kita enjoy..


Psstt..Sem depan ke mana pulak geng 6 jahanam nak pg?

Birokrasi...Birokrasi...Birokrasi....

Aku dah penat dengar perkataan ni.
Bila dah kena batang hidung sendiri aku rasa bengang tol.
Rasa cam nak bom jer @#$%^ tuh.
Menyusahkan aku betol.
Birokrasi ni mana-mana pun ada.
Bezanya levelnya tinggi atau rendah je.
Aku dah fed up dan malas sekali nak berhadapan dengan benda ni.
Yang jadi mangsanya orang-orang bawahan dan yang sewaktu dengannya.
Harap-harap aku tak terlibat dengan birokrasi lagi..

Korang kalau ada cer pasal birokrasi ni kongsi lah kat sini..

Thursday, July 9, 2009

Cara Menghadapi Tension






Cara Menghadapi Tension



Petikan: " Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan." Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi.

Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga. Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga.

Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa. Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib malang yang pasti menimpa kita? Antaranya ialah:

1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu,

Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.

2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Antaranya ialah:

1. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.

2. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita.

3. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

4. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepada-Nya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.


3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan dan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif. Contohnya: Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita.. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas. Ataupun kita boleh berkata begini, Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisi Tuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan.

Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepada Tuhan, anak itu akan menjadi anak yang baik apabila dia besar. Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya: Aku di atas sangkaan hamba-hamba- Ku ke atas-Ku.

Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain. Hati kita mungkin berkata, Kenapalah Tuhan berikan aku anak yang senakal ini, atau kita akan berkata, Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja. Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya.

Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita dan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan. Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.

Michael Jackson@Mikael Jackson





Thriller>Beat It>Black and White> Heal the World> dan byak lagi lagu2 mendiang@arwah yang menjadi kegilaan dan siulan seluruh dunia..
Dan dunia telah kehilangan sebutir bintang yang cukup bersinar..
Dunia glamornya tidak putus di hujani dengan pelbagai kontroversi..
Sehinggalah menutup mata, kontroversi masih lagi mengejar..
Persoalan antara Michael @ Mikael yg menjadi kontroversi hangat..
Dan juga punca kematiannya juga menjadi kontroversi hangat..
Apa pun kontroversi yang timbul, yang pergi tetap pergi..
yang hidup perlu meneruskan hidup..

Mungkin kita boleh mengambil iktibar dan teladan dari sejarah hidup MJ..
1)MJ begitu gigih dan cekal dalam mengharungi hidupnya.
2)MJ cintakan kedamaian dan kanak2.
3)MJ berusaha untuk memajukan diri.

R.I.P buat MJ

Conference N Urban Project serta pilihanraya kecil dun manik urai

1-waaaa...
byknyer keje sem ni..
xlarat lorh..
conference n urban nk kena wat program..
research lagi...wawawawawawa...
da xder masa untuk enjoy...huhuhuu
tapi seronok jugak buat program ni kalau xder aktiviti lain yg perlu di bereskan..
sebagai pelajar mmg inilah kerjanya..
pendek kata,selagi x grad, belajar,belajar dan belajar...

2-skang tgh panas dan sibuk prepare tuk pilihanraya kecil dun Manik Urai..
kan bagus 2 pihak mahukan pilihanraya kali ni berlaku dalam keadaan aman dan damai serta harmoni..
kalaulah keadaan ni berlaku dan berlangsung dari dulu lagi sudah semestinya kaum melayu menjadi semakin kuat dan utuh..

3-kadang2 xfaham mengapa polotician nih bodoh dan bengap..
ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus..
yer la, anak2 di ajar supaya tidk mencemuh,menghina org lain..
tapi bila berkempen, maki hamun,cerca mencerca,hinaan terhadap org lain bagaikan bertasbih..
malu pada anak2..

4-sekarang ni kaum melayu bagaikan dan tidak ubah seperti masyarakat islam di palestin dan iraq..
berbalah dan bergaduh sesama sendiri..
pihak lain mengambil kesempatan..
sebenarnya masyarakat melayu ni *&^%#..
tapi dorg akan marah kalau di cop *&^$#..
hakikatnya memang macamtu..

5-apa yang dapat di lihat, masyarakat melayu ni cepat melatah dan marah tapi tak kena tempat..
banyak contohnya: PPSMI,jambatan bengkok,dan byk lagi..sedangkan byk lagi isu2 yg harus di beri perhatian..
semua tu hanyalah semata-mata kepentingan politik dan peribadi individu tertentu sahaja..
yg menjadi mangsa rakyat jelata yang membyar cukai, tapi masih lagi dikenakan bayaran untuk keperluan asas seperti jalanrya (tol),pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi..
ibarat gajah bertarung, pelanduk tersepit di tengah..

6-apapun keputusan pilihanrya kecil dun manik urai,ianya tidak membawa kesan yg membekas dalam arena politik negara mahupun masyarakat melayu..
selagi masyarakat melayu berpecah belah (umno,pas,pkr)melayu akan terus malap dan tidak mustahil akan lenyap di negara tanah melayu ini..

Tuesday, July 7, 2009

Welcome Back..

selamat kembali..selamat pulang..
selamat datang..aper sajer perkataan dan ayat yang seangkatan dan sewaktun dengannya..

sekarang sudah bertapak di tahun akhir..
tinggal beberpa bulan lagi untuk grad..

harap2 sem ni xder kes yang sensasi dan hangat berlaku lagi..
tutup buku lama n bukak buku baru...

1) Prince charming- maner u punyer blog? naper xupdate
2) suara bidadari - keep it up
3) lindaz- .......
4) n len2- maner blog terbaru?

Saturday, June 13, 2009

Belajar Dari Kesilapan...

Result dah keluar..
ada yang cemerlang n ada yang tidak..
kepada yang cemerlang tahniah n teruskan..
kepada yang kurang cemerlang, tingkatkan usaha. masih ada lagi ruang untuk berjaya..
semoga kesilapan lalu tidak berulang..belajar dari sejarah..
semoga semester depan kita boleh berjaya bersama-sama...

dan satu lagi..kepada sesiapa yang terlibat, ejuputera ingin menyarankan agar matapelajaran sejarah di jadikan matapelajaran wajib untuk melayakkan diri ke IPTA/IPTS dan juga Bahasa Melayu, Inggeris serta Matematik..
sebabnya kebanyakan pelajar2 di IPTA/IPTS mula lupa diri.. (hanya segelintir)

Kenapa orang Melayu masih lagi terlepas pandang betapa pentingnya Sejarah kepada kita.
Tanpa sejarah kita tidak akan maju ke hadapan.Tanpa sejarah kita masih lagi di takuk lama.Kita kena belajar dari sejarah agar kita tidak terpesong.Dan dengan ilmu sejarah,perlembagaan dan juga kontrak sosial tidak akan di persoalkan.
masih belum terlambat untuk itu..

Wednesday, June 10, 2009

Menjelang Wesult...

Skang ni jarang2 online..
mlas nk kuar umah, coz kt kg skang..
nk update blog or apew2 jew, kna pg cc kt pekan..walau pon pekan tuh sebelah umah jer ttp mlas..huhuhuhu
esok result kuar katenyer..
takot tol..
seram sejok jer rase nih..nk mkn pon xlalu..mandi pon xbasah..
kowang2 sumer xper lew da terer..

cuti2 ni xder citer sgt cume boring n moody jer..huhuhu
kpda saper2 yg terkena tempias or secara langsung tu...i tanak mintak maap..
saper suh kaco i...huhuhu

Monday, May 25, 2009

Semester Break...

Rasenyer x terlambat lagi nk ucap camat bercuti wat kowang sumer..
Lamer nau rasenyer cuti ni..
Boring, bosan, jemu, cemuih, hampeh sumer ader ler..
Dok umah cam ni ler..
kalo time study dok menghitung nak cuti jer...
niway..wesult akn kuar dlm masa terdekat so, aku takut giler nih..
harap2 aku lepas sumer dengan jayanya...

Selamat Berholiday Tuk UOLS..
(ni mixed anti n pro PPSMI)

Monday, April 27, 2009

Stress..

Terbaca blog suara bidadari yang agak stress..
Ejuputera pun akui semester ni memang stress,
dengan berbagai masalah dan permasalahan dari masalah
peribadi sehinggalah pembelajaran..
Orang cakap kalau stress efeknya badan akan susut..
Tapi lain jadinya dengan Ejuputera..
Suara bidadari pun mangalami masalah yang sama..
Bersama lah kita menurunkan berat badan yer suara bidadari..

Dah lama Ejuputera tak update blog ni..
sibuk dan stress..
Ejuputera dah pindah rumah pada 1hb april..
Hilang satu stress..
Sekarang ada lagi satu stress iaitu final exam..
Selamat berjaya buat Ejuputera n semua..
Dah lama tak menulis..
kekeringan idea..

Sunday, April 12, 2009

Syair Gurindam Jiwa Kacau...

Kalau mendayung ke Puncak Alam,
Naik kapal terbang, bukannye Perahu,
Kalau muka dah bertalam-talam,
Nak pandang tang mana pon tak tau..

Mak Labu, Mak Kundur,
Hari-hari masak sayur lodeh,
Hati-hati menumpang tidur,
Jangan teraba, seluar terlondeh...

Burung belatuk, burung kedidi,
Berdaging liat si burung kenari,
Dulu kutuk, sekarang sudi,
Ibarat menjilat ludah sendiri...Yerkh!!!!

Kapal terbang warna biru,
Semua orang dah jadi keliru,
Bila dah mai orang baru,
Semua dok jadi haru biru...Apa nak jadi ni?

Alor Star, Alor Janggus,
Air melintang di Simpang Tiga,
Korang ingat korang bagus,
Ini 6 Jahanam + 3!!!!!....

Haya Bina...

Maksudnye marilah kita sama-sama..
Skang ngah mood nak wat perbualan arab..
penin tol..
orang da la belajor kat Oxford..kena lak wat perbualan dalam bahasa arab..
xker jd cm lembu nak sembang nagn ayam jer..huhuhuhuu

Jgan jadi cm &*%4 dah la..
orang da abes wat sumer kije, tetibe xdak grup lak..
haru biru ler jdnyer..

Isbir Ya Niki..

Saturday, April 11, 2009

Bila Bunyi Bersatu, Kau milikku..

Bila bunyi x bersatu haram nak jadi milikku..
Macam mana bila bunyi bersatu? Agaknyer bila da arrange muzik elok2,cukup lengkap sumer bunyi bersatu ler tuh agaknyer..huhuhu

Korang pun mesti ader ayat2 jiwang memasing kan?
kongsi lew kat sini..
Nanti boleh lew di jilidkan "Ayat-Ayat Cinta" terhebat..

Sunday, March 29, 2009

Marah Tapi Sayang, Benci Tapi Rindu..

Ini bukan tulisan berjiwang karat. Tapi penulisan berdasarkan realiti hidup.

Persimpangan di lema, di telan mati emak, di luah mati bapak, dan beberapa lagi peribahasa dan ungkapan yang dapat menggambarkan entry di atas. Kita semua pasti akan merasai dan melalui pengalaman tersebut. Cuma bezanya, sejauh mana paras di lema itu dan cepat atau lambat ianya menjengah hidup kita.

Kebiasaanya, situasi ini akan melibatkan orang yang rapat dengan kita dan seseorang yang kita sayang. Selalunya kita tidak akan mengjangkakan perkara ini akan berlaku. And the best thing perkara ini datangnya dari orang yang rapat dengan kita. Yang pasti perkara itu amat pedih dan payah untuk kita telan. Persoalan yang timbul adalah situasi yang menimbulkan perkara di atas. Atau lebih tepat peristiwa yang membawa kepada di lema.

Apa yang dapat saya perhatikan dan simpulkan di sini ada beberapa faktor dan sebab:
1) angkara orang ketiga atau batu api
2) menikam dari belakang
3) fitnah
4) dengki
5) sebab-sebab peribadi
6) kepentingan diri
7) mental, kecelaruan minda, dual identity
8) dan banyak lagi

Dan yang pasti amat payah dan susah untuk kita mengambil keputusan sebagai jalan keluar kepada di lema ini. Kadang-kadang perasaan dan emosi yang akan mengawal situasi. Sebagai akibatnya hilanglah pertimbangan dalam membuat keputusan, tidak adil dan berpihak (bias), dan mungkin juga akan mengaburi kebenaran.

Kepada sesiapa yang melalui dan terlibat dalam situasi ini perlu untuk muhasabah diri. Cari solusi yang terbaik tanpa mengikut emosi. Seboleh-bolehnya biarlah win-win situation. Accurate and reliable information amat perlu.

Sunday, March 22, 2009

DiNnEr..21 Feb 2009

DrESs tO iMPreSSS...





Setelah sebulan Dinner Basics berlangsung, baru sekarang aku nak menyentuh hal ini. Diner yang berlangsung di Perdana Ballroom,SP Inn pada 21 feb 2009 bertemakan Dress to Impress menyaksikan aku terlibat secara langsung kerana aku telah memegang jawatan Ketua bahagaian Protokol.

Tiada apa yang dapat aku simpulkan di sini, selain daripada bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar walaupun ada yang kekurangan di sana-sini. itulah adalah adat penganjuran majlis.

Friday, March 20, 2009

Di pergunakan atau Mempergunakan

Part 4 ni aku belajar etika. Salah satu teori dalam etika adalah teori kant. Teori ni minta kita supaya berbuat sesuatu yang baik kerana niat kita yang baik. Dan bagi beliau, niat yang baik tidak akan berakhir dengan sesuatu yang tidak baik. Kita tidak boleh mengawal kesan daripada aksi kita, tetapi kita boleh mengawal niat kita. Dan katanya lagi, kita tidak boleh mempergunakan orang lain, dan kita tidak boleh membiarkan diri kita di pergunakan oleh orang lain.

Adakah teori ini berfungsi?
Bagi aku,aku suka untuk membincangkan tentang teorinya yang terakhir iaitu kita tidak boleh mempergunakan orang lain, dan tidak boleh membiarkan diri kita di pergunakan oleh orang lain.
Dalam dunia yang serba moden dan bergerak dengan pantas ini, kebanyakan orang menggunakan teori etika egois. Mempergunakan orang lain sebagai batu loncatan atau untuk kepentingan diri sendiri bagaikan sesuatu yang biasa. Bertentangan dengan teori kants.

Aku sendiri banyak mengalami pengalaman di pergunakan dan mempergunakan orang lain.Tapi dalam dunia ni mmg banyak orang yang suka mempergunakan orang lain. Mungkin aku ni terlalu baik hati kot. Sehinggakan orang boleh pijak kepala aku.Aku memang suka berbuat baik,tapi orang memang suka ambil kesempatan.Aku senang kalau boleh tolong orang. Tapi orang lain hanya akan berbuat baik dengan aku bila diorang inginkan sesuatu jer.Sebab diorang ni egois.

Aku tak sampai hati nak mempergunakan orang lain. Tambah2 pulak kalau hal yang berkaitan dengan duit. Aku lebih rela mati kering. Bagi aku perlu ada timbal balas. Itu lebih adil.
Tapi dalam dunia ni ada jugak manusia yang berhati batu, muka tebal, dan segala2nya yang berkaitan. Memang la kadang2 kita patut untuk bersikap kejam tapi kita perlu untuk melihat keadaan dan situasi supaya kita tidak menganiayai orang lain.

Adakah sifat baik hati itu sudah tidak relevan lagi? Atau manusia perlu untuk bersikap kejam dan ego semata-mata untuk bergerak seiring dengan kemajuan dan kemodenan dunia?
Semuanya terletak pada hati untuk menilai dan minda untuk menentukan samaada kita cenderung ke arah mana.Tidak guna jikalau kegeniusan tahap tertinggi tapi kemanusiaan pada tahap yang paling teruk.

Friday, March 13, 2009

Pengajaran N Pembelajaran Sains N Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Apa Pandangan Korang?

La ni org dok sibuk berkempen tuk pilihanraya kecil 2 bukit. Pada masa yang sama org dok sibuk sembang pasal PPSMI. Bagi pembangkang, isu ni salah satu isu untuk hentam kerajaan.Apa itu PPSMI? Tuh entry kat atas tuh la maksud dia. Apa pandangan korg tentang hal ni?

Ahli politik dok sibuk bahas perkara ni sebab ada udang di sebalik mee. Depa dok nampak dah coz org Melayu nih xleh sentuh hal2 or isu yg panas camnih. Mulalah nk melenting. Tapi depa xtau pun apa sebenarnya yang berlaku. Bagi org bukan Melayu depa xdak hal pun pasal benda ni. Sebab dorg dah ada bahasa ibunda dorg. Kenapa kita nak melenting? Org bukan Melayu terpaksa belajar Bahasa Melayu. Pada masa sama belajar Bahasa Inggeris dan praktikkan bahasa ibunda masing2. Sebab tu dorg boleh maju.-3 bahasa,dan otak aktif dok proses perkataan.

Orang Melayu pulak,nak cakap Bahasa Melayu pun masih lagi tak betul. Buktinya, berapa ramai student kita yg tak credit BM dlm SPM. Bangsa lain ada yg dapat A tuk BM.

Yang nak di ajar dalam BI hanyalah Sains n Matematik. Takkan lah balik rumah pun nak speaking London ngan mak bapak. Sepatutnya pada masa sama praktikkan BM. Atau mmg mungkin org Melayu ni mudah lupa. Bila dah belajar dlm BI terus lupa BM. Takkan lah org Melayu ni teruk sampai cmtu kot. Untuk buktikan kita ni tak teruk, amalkan 2-2 bahasa ni.

Banyak kebaikan PPSMI ni. Contoh paling hampir aku sendiri la. Masa aku belajar kat sekolah, tak der PPSMI ni. Belajar BI hanya untuk subjek BI jer. Tak cukup. Sampai sekarang BI aku ni teruk. Susah nak belajar di peringkat universiti. Aku rasa ramai yang hadapi masalah macm aku ni.

Bagilah pendapat korang dalam hal ni.
Korang jugak boleh baca blog Che Det pasal hal ni.http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

Monday, March 9, 2009

Maulidurrasul 1430

1-12 Rabuiawal 1430 bersamaan 9 Mac 2009 ulang tahun kelahiran Junjungan besar kita-Nabi Muhammad S.A.W. Sedekahkan Al-Fatihah untuk baginda..

2-Kita di galakkan untuk menyedekahkan selawat kepada baginda.Persoalannya,Kenapa pada hari ni jer? Sedangkan kita boleh melakukannya setiap hari dan hampir saban waktu.Itulah silapnya orang kita.Jika penyanyi tersohor dunia di kenang, di puja, sehinggakan berhabis untuk itu.Sedangkan,insan tersohor,role model kepada semua insan di dunia tidak di hiraukan.
Silapkah orang kita?

3-Lazimnya,pada hari sambutan ini di adakan aktiviti2 ceramah dan keagamaan di masjid2 ataupun di surau2 dan tidak kurang juga yang mengadakan secara persendirian. Persoalanya,berapa keratkah manusia yang hadir pada majlis seperti ini. Berapa keratlah golongan muda mudi yang sudi hadir.Jika di bandingkan dengan konsert2,karnival,ujibakat nyanyian,berduyun manusia yang hadir..Silap lagikah orang kita?

3-Penulis pun bukan baik sangat. Tetapi muhasabah diri itu perlu supaya kita tidak jauh melencong dari landasan yang sepatutnya. Sama2 kita bermuhasabah dan perbaiki diri ke arah kebaikan. Salam Maulidurrasul 1430.

-DeaN-

Tengok peNDapat koWang leh Pakai x..

1-Nak tanya pendapat uols guys,kalo kiter ader sesuatu yang nak di luahkan(bukan cintan cintun)melibatkan perasaan,hati,relationship,cmner ek?Tulun bagi pendapat ek..

2-Pastuh satu lagi.Kisah2 lama yang old skool nyer,patut x kiter simpan lagi? Bermaksud kalo dendam xberkesudahan,kalo kenangan manis kenang sampai mati, kalo benci bermusuh sampai mati..

3-Camana cara terbaik untuk berkomunikasi or berhubung secara tersirat ngan orang yg agak2 blur? Susah lorh.. kalo cakap terang2 terasa,cakap kita otak jahat,kalo cakap selindung xpaham..

4-Pastuh lagi satu,bagaimana cara terbaik untuk memaafkan org?N cara untuk mintak maaf?Kalo buleh boir lew win-win situation..

Sunday, March 8, 2009

TiTi HaYuN..Yan

Semalam pegi mandi n BBQ kat titi hayun kat Yan..
best jugek ler..
walaupun aku pg ngan dak2 ni jew..
(MARRY a.k.a CIK YAM,tqa,nik,lin,nisa,min,azie,helmi,gjoy,man n amar)
maksud aku pg ngn dak kelas n bukan ngn dak2 batch aku..
kalo ngn dak2 batch aku, haruzz pecah hutan tuh ngn ngilai kitorg..huhuu
(dak2 batch dis07 jgn wisau,kita akan buat lagi sem depan)

tp aku xdak kamera..so xdak pic la yg akan di paparkan disini..
aku bukannyer jenis yg suker mencapap..
so xder pic yg nk kongsi..

tp balik jew, sakit satu badan...heheheh..nasib xdemam ja..
yer la...org xpandai berenang nk belajo berenang..
sumer di hantam..
camaner xsakit badan..heheheh

aku berendam cm xpenah jumper air..
org ckp sampai kecut la..
pepehal pon,bez pg semalam..

hopefully ader lg yg akan dtg...
=)

Friday, February 27, 2009

idea..

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis aper.kekeringan idea.walaupun sekarang hujan dah mula turun di bumi kedah yang kering sebelum ni,idea aku tetap kering.serius aku tak tahu nak tulis ape.mungkin jugak idea aku kering sebab banyak sanagt fikir nk wat esemen dalam waktu terdekat ni.

Bila bercakap pasal idea nih,byk dak2 sini yang idea dorg segar bugar,melimpah ruah tapi terhalang. Bagaikan bunga yang kembang terhalang. Apa yang menghalang? Entah la. Aku sendiri pun tak tahu. Kadang2 bagus jugak jadi pak or mak turut nih. Tapi kena tgk tempat jugak. Tak kan lah semua benda nak di tentukan dan di tunjukkan. Kalaulah nenek moyang kita zaman dulu hanya mengamalkan sikap pak and mak turut nih, sampai sekarang kita takkan merdeka.

Apa yang aku merapu nih..xdak idea la..aku nak mintak idea2 korang la pulak..rerajin ler sumbang menyumbang entry2 yang mendatangkan suspicious(perlu ker?),manfaat kepada pembaca2 sekalian...ok..adios..

Sunday, February 22, 2009

12nd Feb- 26th Feb 2009

1-Minggu yang sibuk. Bermula dengan visit,test csc, kuiz arab, symposium and Talk, 2 assignment due date esok and tulat and 2 presentation this week.

2-Mati kutu jugak dibuatnya terutama symposium n Talk coz aku kena berurusan dengan orang luar-HPA..terpaksa jd hipokrit. Bercakap mengalahkan sembang dengan mak mertua.

3-Lepas Talk, dinner plak. Kelam-kabut perjalanan majlis dari awal sampai akhir. Yang penting semua dah all out. Semua dah buat kerja. Macam slogan pengakap muda-BUAT SEHABIS BAIK.

4-Lepas dinner nak kena fikir Assigment la pulak. Walau 10 pages tp nk pecah kapla. Maklumlah semua ahli group lulusan Oxford.

5-Tapi aku percaya dengan pepatah Melayu-Berakit2 ke Hulu, Beronang2 Ke Topian, Bersakit2 Dahulu, Bersonang2 Kemudian. Sat g, Xyah la aku nak fikir semen n presentation lg.

Sunday, February 15, 2009

Proton Saga@Potong Zaka?

Apek:Lu potong zaka ada bagut ka?

Ali: Manyak bagus. Bila lu potong haa, lu punya barang manyak bersih loo...

Apek: err ... saya kawan ala cakap, potong zaka aaahh.... manyak ploblem..

Ali: Apa problem?

Apek: Manyak buang lui, lagi aah... dia punya performance tadak bagut... manyak cinang semputloh ....

Ali: Cehh... apek, lu apa cerita... saya suda lama potong. tada apa problem... bini saya manyak puas woo...

Apek: Lu mini puas sama itu potong zaka ka?

Ali: Ya laa. Bila lu potong aahh... lagi sedap main woo.. lu lagi lambat pancut..

Apek: err... lu punya 1.3 atau 1.5??

Ali: woi apek cakap baik2 sikit ha ... saya punya 6 inci laa..

Apek: Tiu nia sing!!! ... lu jangan main2 haa... mana ada potong zaka 6 inci..

Ali: Cilaka apek ni...nah tengok (buka seluar & tunjukkan tutnya)

Apek: Chee sin punya olang.....gua tanya baik2 ... lu tunjuk lupunya lan chiau..

Ali: Abis... lu tada percaya..saya tunjuk la..

Apek: Saya tadak tanya sama lu punya lan chiau... Saya tanya lu pasal itu nasional car... potong zaka.. bolo punya olang..

Ali: Aiya... apek... lain kali lu sebut betul2 la....kasi susa saja.. Bukan potong zaka ..... Proton Saga........lah

Rumusan, Hasil, Finale, Konklusi..

Berikut adalah rumusan yang dapat di rumuskan hasil daripada pengalaman dan pemerhatian gue yang telah terlibat secara langsung dalam rombongan akademik ke IDFR, Duta Indonesia, Memorial (Tunku,Hussein,Razak N Mahathir):

1) Tragedi Buku Merah,Buku Hijau

2) Geng Mencapap (yer ker? Ntah2 Menc*&%#!!!)

3) Sentap

4) Sakit Kaki

5) Sakit Hati

6) Makan2

7) Tertubuhnya 6 Jahanam+3

8) Boycott

9) Double Yahudi

10) Marathon Tangga

11) Dosa sebakul up 10 Bakul

12) Pinky Vs Merah

13) Geng Poyo

Wednesday, February 11, 2009

PaNAs..



Kebelakangan ni cuaca kat sini memang panas..
batuk n demam dah jadi perkara biasa..
saper yang xtahan mmg UK destinasi harian..
boleh mintak ubat dan jugak mc..

Cuaca panas coz sekarang musim kemarau..
bese la kat Utara nih..
ada yg panas spjg tahun..xkira musim sejuk dok panas ja..
xpa la, panas kat sini, esok2 kat sana pun panas jugak...

bukan kat Malaysia ajer yg panas..
kat Australia berpuluh rentung terbakar..
kat Asia Tengah memang selalu panas..
entah bila nak sejuk..Wallahu'alam..

assigment semakin berlambak-lambak..
hanya nk tgu due date saje..time tuh berpeluh2,hangat..
padan muka aku coz suka berlengah-lengah..
itu x termasuk segala macam presentation..
Panas..

bukan cuaca sajer yg panas, politik pun panas..
ada yg melompat, ader yg xmahu turun..
yang lebih haru ada Melayu yang mohon derhaka kepada sultan..
memang panas..

tengah2 panas buat demonstrasi..
Kononya Sultan xadil..
baru lepas sembahyang jumaat, bukannya reti nak bawak balik rahmat masjid ke rumah..
tapi xsedar yang kaum lain dok senyum tgk dr tmpat teduh..
mmg panas..

yang panas, yang hangat..
sumer dok panas..
keje menimbun-nimbun..
sampai keliling pun turut panas..
panas telinga,panas mulut,panas mata..
sumer panas lah..jgn sampai jambatan besi cair sudah la..

bila hujan, sumer sejuk kot..
tgu lah 2-3 bulan lg tuk hujan..
sem depan pulak kita panas-panas..

-DeaN-

Friday, February 6, 2009

Lompat Si Katak Lompat..











Lompat Si Katak LOmpat,
Lompat Lah Tinggi-Tingi,
Cepat lah KOme-Kome Cepat,
Bace pantun Ini.

LOmpat Si Katak Lompat,
Lompat Sampai Ke Pedu,
Cepat Lah Zaimah Cepat,
Nanti "Ehem-Ehem" Berlalu.

Lompat Lah Katak Melompat,
Lompat Ke Pokok Rhu,
Cepat Lah Mak Chick Cepat,
Cari Anak Ayam Baru.

Melompat Si Katak Melompat,
Melompat Masuk Dalam Perigi,
Awat Kak Nurul Nak Balik Cepat,
COTTON BUD Banyak lagi.

Lompat lah Niki Lompat,
Lompat Ke Sg. Baru,
Dapat Lah Niki Dapat,
Dapat Broadband yang Baru.

Melompat Katak Melompat,
Melompat Sambil Pakai Kasut,
Awat La Nat Dok Gelak?,
Tengok Baby Memecut.

LOmpat lah Katak Lompat,
Sampai Hilda PUn Terlompat,
Cepat Lah Hill Cepat,
Nanti Pinky "Orang" Rembat.

Katak Lompat Si Katak meLompat,
KAtak Melompat Si Katak Puru,
Cepat Lah Si Khairudin Cepat,
Sebab Niki Dok Menunggu.

Lopak Pok Katok Lopak,
Lopak Sapa Ko Pulau,
Bakpo Lah Dien Nok Balik Cepak,
"Sir, Can I Go Home Now".

LOmpat Lah Kuda LOmpat,
Lompat Lah Tak Dapat,
BlahLah Aku Cepat,
Kalau Tak Aku Kena Sepak.

Jgn Mara ar..Nanti Kena Jual!!!

Tuesday, February 3, 2009

Da old n New me..





I











Left: Da old me..

Right: Da new me..

I really mizz da old me..

Can somebody help to bring back da old me...=)

TQ Mc Chick n da Geng...

Tanggal 22-23 Januari aku dan Geng HR pegi Perlis (HPA) untuk menjalankan field research kat sana tuk subjek HR.


Idea ini timbul dari Mc chick yang mahukan syarikat HPA sbgai corresponden kitowg..


Di smping itu kami sempat juga berjalan2 n makan angin di Perlis tuh..


Di sebabkan Perlis tuh kecik jer, so kami bleh jelajah dalam satu hari jew..
tp rasenyer pegi sane juz mkn jer yg best..
dr Western food hinggalah laksa kola yg pemes tuh...


Yang paling best pg Pdg Besar..
walau kt klntan pon ada zon bebas cukai, tp feel shopping di tmpat org lbih syok...bgaikn 1 pdg besar nk borong..
no wonder la tmpat2 cmtuh mmg ramai pngunjung..




Ada masa dan ketika buleh pg lg ke sana, dgn harapan pemergian kali ni akan terlajak ke Langkawi..
Alang2 dah pg kola Perlis pasalahnya terus ke sana...


Kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi..
kalau ada rezeki lebih dan umur yang pjg,
hajatnya nk pg lagi...






Wednesday, January 21, 2009

Melayu Berubah?

Malaysia dalam mood perayaan Tahun Baru Cina. Sebagai masyarakat majmuk, kita turut sama merasai kemeriahan dan kehangatan perayaan ini. Mana tidaknya, jualan murah sempena Tahun Baru Cina di sana sini. Sehinggakan diskaun sampai 80%. Kadangkala kaum Melayu yang berlebihan membeli belah mengalahkan masyarakat Cina yang akan menyambut Tahun Baru Cina. Dan yang pasti karnival jualan murah ini hanyalah menguntungkan satu kaum sahaja iaitu kaum Cina di mana kebanyakan pusat beli belah di Malaysia adalah milik sepenuhnya atau separuh penuh milik kaum Cina. Kecuali pasaraya Mydin yang sepenuhnya milik Melayu. Manakala kaum Melayu pula hanyalah berhabisan duit untuk membeli belah di gedung perniagaan milik kaum Cina dan hanyalah menambahkan koleksi hutang piutang.

Inilah sebenarnya tujuan Dasar Ekonomi Baru yang di perkenalkan oleh Kerajaan yang berakhir pada tahun 1990. Dasar ini di bentuk bertujuan untuk menyamaratakan pembahagian kek ekonomi antara kaum di Malaysia dan mencapai peratusan ekuiti Melayu sebanyak 30%. Hasrat dan tujuan dasar ternyata amat murni dan suci bagi membela masyarakat Melayu di bumi sendiri. Tetapi perlaksanaanya menyebabkan dasar ini di pandang serong oleh sesetengah pihak terutamanya masyarakat Cina yang memonopoli ekonomi.

Pada sesi kali ini polisi dan dasar kerajaan bukanlah topik yang ingin di bincangkan, tetapi disebalik perlaksanaan dasar ini yang ingin di sentuh. Sedikit masa dahulu heboh di perkatakan konsep Ali baba yang di guna pakai oleh segelintir kontraktor Melayu. Apa itu konsep Ali Baba? Dari pemahaman saya, konsep ini tidak lebih dari penswastaan. Di mana kontraktor Melayu yang mendapat tender kerajaan telah meng'outsourcing' tender itu kepada orang lain. Lebih memburukkan keadaan bila pihak ketiga itu adalah kaum Cina dan India. Jadi, tercapaikah tujuan utama dasar ini di jalankan. Bukan salah dasar,tapi salah sikap orang Melayu sendiri. Inikah sikap yang diperlukan untuk menongkah arus globalisasi dan untuk memastikan survivor Melayu?

Sikap ini bukan sahaja diamalkan oleh pemimpin dan golongan usahawan sahaja,malahan penyakit ini juga telah menular di kalangan pelajar-pelajar di peringkat sekolah dan juga IPTA. Bilamana assignment dan tugasan mereka di'outsourcing'kan. Mungkin orang Melayu memang suka untuk mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ini hanyalah kesimpulan dari pemerhatian dan pengalaman yang telah di lalui oleh penulis. Kenapa ini berlaku? Apa puncanya? Seperti apa yang telah saya tulis dalam entry sebelum ini, orang Melayu terlalu di gula-gulakan dengan segala kemudahan dan kesenangan demi survivor sesetengah pihak (permainan politik Melayu). Sehingga ada yang melabelkan Melayu sebagai Masyarakat subsidi. Memang subsidi ini perlu tapi perlaksanaan dan cara yang betul perlu di ubah. Begitu juga dengan penubuhan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Hasrat begitu murni untuk menghapus dan mencegah rasuah, tapi perlaksanaanya belum tentu lagi akan mencapai matlamat yang telah digariskan.


Banyak yang perlu masyarakat Melayu ubah dalam kehidupan seharian bagi memastikan survivor Melayu di Malaysia. Ini kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk. Orang Melayu PERLU dan MESTI untuk berubah. Tapi ianya memerlukan banyak faktor luaran dan dalaman. Kadangkala masyarakat Melayu masih lagi terikut dengan minda zaman penjajahan British. Ternyata British berjaya memainkan peranan dalam merubah minda Melayu. Kenapa kita tidak meniru cara mereka memerintah demi kebaikan. Dan bukannya sekadar meniru budaya barat dan meniru dalam peperiksaan sahaja...

Ini mungkin penulisan terakhir yang menyentuh tentang Melayu kerana semakin banyak saya menulis tentang melayu umpama membuka pekung di dada, meludah ke langit dan menepuk air di dulang. Semuanya kena pada diri saya sendiri..

Thursday, January 15, 2009

Siapa Si Kudung Itu?

Pernah dengar peribahasa ibarat si kudung mendapat cincin? Ataupun ibarat si kera mendapat bunga? Maksud kedua-dua peribahasa Melayu ini tidak sama. Peribahasa yang pertama menggambar jika di beri cincin kepada si kudung, tiada gunanya kerana si kudung tidak mempunyai tangan. Peribahasa kedua pula menggambarkan, jika di beri bunga kepada si kera, rosaklah bunga itu kerana kera tiada akal seperti kita manusia untuk menilai sesuatu yang baik ataupun buruk. Kenapa saya ingin berbicara tentang tajuk ini?

Sebabnya saya memerhatikan sebuah organisasi yang berorientasikan seperti parti politik sedang mengalami proses pertukaran tampuk pemerintahan. Bagi menampakkan organisasi ini mengamalkan suatu sistem pemilihan tampuk pemerintahan yang adil dan saksama, suatu pilihanraya yang bertunjangkan demokrasi telah di adakan dengan jayanya. Walhal situasi sebenar tidak ubah ibarat kanak-kanak yang berebut untuk mendapatkan gula-gula percuma dari si nenek kebayan yang berpura-pura baik hati.

Kenapa saya gambarkan situasi organisasi ini seperti si kudung mendapat cincin? Hal ini adalah kerana ahli-ahli di dalam organisasi ini mempunyai hak mereka untuk menentukan siapakah yang bakal menerajui organisasi mereka. Tetapi dalam masa yang sama, pilihanraya ini hanyalah sebagai topeng dan retorik untuk sekadar mengaburi mata ahli-ahli dalam organisasi ini. Walhal, semua kedudukan dalam tampuk pemerintahan telah di tentukan terlebih dahulu oleh si nenek kebayan dan proksi-proksinya. Jadi, mana kewajaranya pilihanraya itu di adakan. Apakah kewajaran ahli organisasi ini di berikan hak untuk menentukan tampuk pemerintahan organisasi mereka. Tidakkah ahli organisasi ini menyerupai peribahasa ibarat si kudung di beri cincin?

Bagi mereka yang sememangnya mengidamkan kerusi tampuk pemerintahan, mereka boleh di ibarat sebagai kera mendapt bunga. Impian mereka untuk berada di dalam tampuk pemerintahan hanyalah untuk mendapatkan kuasa yang bakal mereka gunakan untuk kepentingan diri dan kroni-kroni mereka. Kewujudan golongan ini hanyalah akan memburukan lagi keadaan di dalam organisasi. Lebih memburukkan keadaan, ahli organisasi ini yang akan menjadi mangsa.

Sebolehnya, jika kita memegang kedudukan sebagai nenek kebayan, seharusnya memantau perjalanan organisasi dari jauh dan bukannya menjadi penentu arah kepada organisasi. Sebolehnya bersuara jika ada kepincangan dan selebihnya biarlah tampuk pemerintahan yang menjalankan tugas mereka.

Bukan untuk berlagak pandai menghakimi organisasi ini. Tapi jika ada kepincangan seharusnya di betulkan. Ibarat seluar,jika senteng di sambungkan, jika panjang di kerat.

(Kisah ini adalah rekaan semata-mata untuk menggambarkan situasi kehidupan harian manusia)

Tuesday, January 13, 2009

Takkan Melayu Hilang Di Dunia..Sekadar Ungkapan?

Sebelum saya memulakan bicara, sama2lah kita berdoa agar saudara seagama kita yang sedang menderita dek kerana rakusnya rejim Zionis melancarkan peluru berpandu yang seolah sentiasa dahagakan darah warga Palestin dapat menghadapi musibah dan ujian ini dengan tabah. Sesungguhnya sesuatu yang terjadi di muka bumi ini adalah bersebab. Semoga mereka yang terkorban dicucuri rahmat di Sisi yang Maha Esa dan semoga syahid mengiringi pemergian mereka. Sesungguhnya musibah menghapuskan dosa. Saya akui bahawa saya tidak layak untuk berbicara pasal dosa dan pahala kerana ilmu di dada seumpama setitis air di lautan. Logik akal saya mengatakan sesuatu yang terjadi ada sebab dan musababnya. Ini yang membuatkan saya berfikir, mengapa umat islam Palestin di duga dan di uji sedemikian rupa? Begitu juga situasi di Iraq, dan juga umat islam di Acheh yang di landa tsunami.

Salah satu sebab kenapa Nabi dan Rasul di turunkan di kalangan bangsa Arab adalah kerana, bangsa Arab merupakan satu bangsa jahat dan jahil (maaf kerana terpaksa menggunakan perkataan ini). Contohnya, semasa pemerintahan firaun bayi lelaki dibunuh kerana mimpi si raja. Kaum kafir Quraisy juga telah menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana anak perempuan bakal menyusahkan mereka kelak. Mereka juga hidup secara berpuak-puak. Itu sebelum kedatangan Islam. Malah selepas kedatangan Islam pun, masyarakat Islam Arab terus hidup berpuak-puak. Ada yang sampai ke tahap ekstrem. Keadaan ini berterusan sehinggalah ke zaman moden. Tidak hairanlah jika mereka di uji sedemikian rupa. Musuh Islam melihat kelemahan ini dan ianya memudahkan mereka untuk menelempiaskan dendam mereka terhadap kekalahan mereka dalam perang salib.

Masyarakat Islam Acheh juga mengalami keadaan yang sama. Walaupun Acheh di kenali sebagai negeri serambi Mekah dan pusat penyebaran Islam yang terkenal suatu masa dahulu. Sebelum kejadia ombak besar menghempas bumi Acheh, ektremis Acheh yang menuntut kemerdekaan dari Indonesia telah bertindak kejam dengan membunuh dan menyembelih rakyat Acheh yang tidak berdosa untuk memberi tekanan kepada pemerintahan.

Kembali kita kepada situasi yang berlaku di tanah air kita yang tercinta. Masyarakat Melayu Islam terbahagi kepada tiga-UMNO,PAS dan PKR. Cuma di Malaysia perpecahan ini masih belum mencapai tahap ekstrem yakni sanggup berbunuhan sesama sendiri. Mungkin kerana kita masih lagi mempertahankan institusi beraja. Kenapa perpecahan ini harus berlaku sedangkan peratusan Melayu sekarang sedang berada dalam tahap kritikal. Kaum lain sekarang dengan beraninya mencabar ketuanan Melayu kerana mereka telah melihat perpaduan Melayu sekarang sudah goyah dan berada pada tahap yang kritikal.

Bilakah Melayu-Melayu semua akan bersatu padu kembali? Tidakkah kita mengambil iktibar daripada sejarah kejatuhan Kerajaan Melaka kepada Portugis di sebabkan oleh masalah perpaduan yang berlaku di sebabkan oleh pembesar-pembesar yang hanya bertunjangkan pangkat, pengaruh dan harta.(walaupun sebab utama kejatuhan Melaka kerana peperangan yang tidak adil dari segi persenjataan) Mahukah Melayu Malaysia menginginkan nasib mereka sama seperti Melayu Singapura yang seolah-olah dinafikan hak mereka di tanah tumpah darah mereka sendiri? Melihatkan kepada perpaduan masyarakat Melayu dan keadaan muda-mudi Melayu sekarang (yang banyak dapat di temui di pusat pemulihan akhlak, pusat serenti, penjara) tidak mustahil Malaysia akan menjadi Singapura ke-2.

Enggankah Melayu-Melayu (terutama pembesar-pembesar) sekalian mengambil iktibar daripada proses menuntut kemerdekaan daripada British. Waktu itu semua rakyat bersatu padu dan bekerjasama. Bersatu teguh, bercerai roboh.Bulat air dek kerana pembentung. Peribahasa Melayu dengan jelas dan terang menuntut kita supaya bersatu padu dan bekerjasama.

Saya bukanlah mahu berlagak pandai. Siapalah diri ini untuk mempersoalkan perkara ini. Tapi hal ini sepatutnya menjadi tanggungjawab kita semua sebagai Melayu untuk mempertahankan Bangsa kita dan kedaulatannya. Ingatlah pesan Laksamana Hang Tuah, Takkan Melayu Hilang Di Dunia..

Saturday, January 10, 2009

Cukup Melayukah Kita?

Aku rasa terpanggil untuk memikirkan perkara ini. Namun harus di ingat ini adalah ruang lingkup pemikiran aku yang tak sepanjang mana pun. Kadangkala di pengaruhi emosi dan situasi (teringat lagu Bunkface). Bila mana politician sibuk melaung-laungkan Hidup Melayu, terlintas juga di fikiran. Cukup Melayukah dia? Jangan jadi macam peribahasa Melayu "Cakap Berdegar-Degar, Tahi Terlekat Di Hujung Gelegar" (maaf kalau saya banyak menggunakan perkataan TAHI). Sebagai orang Melayu kita sepatutnya tahu maksud peribahasa ini. Pada pendapat saya perkataan ini digunakan untuk menggambarkan seseorang itu teruk. Kita semua maklum tempatnya perkataan tersebut dalam masyarakat Melayu. Jika ianya digunakan, sudah tentu menggambarkan perbuatan yang di bayangkan dengan peribahasa ini adalah teruk. Bagaimana nak bela nasib Melayu jika kita tidak cukup Melayu.

Berbalik kepada persoalan di atas cukup Melayukah kita. Adakah Melayu seseorang itu bila mengamalkan cara,adat dan budaya Melayu? Ataupun Melayukah seseorang itu kerana ibu bapa mereka adalah Melayu? Ataupun Melayunya seseorang itu kerana hidup dalam rumpun kawanan masyarakat Melayu. Saya tidak pasti tentang definisi Melayu itu sendiri kerana saya tidak membuat sebarang kajian terperinci mengenai itu. Pada hemat saya Melayu itu adalah kerana keturunan nenek moyang adalah Melayu dan mengamalkan cara hidup, adat dan budaya Melayu. (saya lupa definisi Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia) Itulah Melayu tulen. Dan bagi saya Melayu peranakan (Melayu yang berkahwin campur) adalah bukan Melayu tulen.

Pada pandangan saya, Melayu tulen mempunyai susuk tubuh yang sederhana tinggi, berkulit sawo matang, berambut ikal mayang, hidung pesek, mungkin lebih mirip kepada rupa kaum bumiputera di semenanjung. Kita juga boleh merujuk kepada orang Melayu di tanah Jawa.Ini hanyalah pandangan saya sahaja. Semuanya kuasa Tuhan yang mencipta kita. Contohnya di tempat tinggal saya ada sebuah keluarga. Di mana semua ahli keluarganya berkulit cerah kecuali salah seorang daripada anaknya berkulit gelap. Maksud saya disini walaupun seseorang itu mempunyai ciri-ciri Melayu tulen seperti yang saya katakan di atas, atas kuasa Tuhan kemungkinan anaknya tidak mempunyai ciri-ciri tersebut.

Kerana negara kita telah melalui sejarah yang pelbagai telah menyebabkan imigran-imigran dari pelusuk asia (cina,arab,india) bermastautin di negara ini sejak puluhan tahun yang lalu malah ratusan tahun yang lalu. Dan ini telah mengakibatkan perkahwinan campur berlaku dan wujudnya masyarakat yang pelbagai seperti Mamak, Baba Nyonya. (sekadar menyebut beberapa nama sahaja)

Sengaja saya menerbitkan persoalan cukup Melayukah kita? Cukupkah pakej kita sebagai Melayu?-Melayu dari segi rupa paras dan perlakuan. Ini kerana masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat dan adab timur yang sopan dan bersusila. Tapi banyak masyarakat kita memilih untuk meminggirkan adat budaya timur dengan mengagung-agungkan budaya Barat. Orang Melayu sekarang sudah jauh menyimpang dari adat dan budaya Melayu. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa kawalan, zina berleluasa, segala jenis budaya kuning-punk,black metal etc. Ianya bukan hanya bercanggah dengan budaya dan adat Melayu tetapi bercanggah dengan agama Islam. Kita seharusnya bangga dengan adat dan budaya kita. Jadilah seperti masyarakat Jepun dan Korea yang begitu berbangga dengan adat dan budaya mereka. Walaupun mencapai kemajuan, tapi budaya dan adat masih terpelihara.

Saya minta maaf kepada sesiapa jua sekiranya coretan ini menyinggung perasaan. Ini adalah sekadar pandangan sempit saya. Masih banyak perspektif yang dapat kita lihat apabila berbicara topik ini. Bukan niat untuk menidakkan hak sesiapa. Saya sendiri pun tidak tahu samada saya ini Melayu tulen atau tidak. Dan saya mengaku saya masih belum cukup Melayu..Cukup Melayukah Anda?

Anak-Anak Kita..

Persekitaran rumah sewa aku di kelilingi oleh pasangan muda yang mempunyai anak yang masih kecil-kecil. Kadang-kadang aku tertekan juga berada di kawasan ni. Yalah dengan suara kanak-kanak dan sidang tergempar ahli mesyuarat bawah pokok ceri Malaysia (sekadar meminjam ayat dari filem Do Re Mi). Mana taknya, seawal 7 pagi suasana sudah hingar bingar dengan suara-suara ibu muda yang bersidang. Itu belum lagi dengan segala macam bunyi. Kalau hari minggu dan exam memang aku betul-betul tension. Kadang-kadang waktu malam pun diorang masih lagi bising-bising.

Aku faham dengan diorang. Mungkin sebab berkahwin dalam usia yang muda meyebabkan mereka masih belum bersedia untuk alam perkahwinan dan terbawa-bawa dengan kehidupan semasa masih lagi menjadi anak dara. Dan mungkin juga kerana mereka ini adalah surirumah sepenuh masa yang tugasnya hanya memasak, kemas rumah, jaga makan pakai anak-anak dan suami. Bila masa terluang mengadakan sidang tergempar dengan rakan sejawatan bagi memulakan forum.


Aku bukan mahu berlagak pandai. Tapi dah memang perangai aku bagi memerhatikan perangai dan gelagat orang. Kadang-kadang tatkala muazin mengalunkan alunan azan maghrib, dorang masih lagi leka bersidang. Dan yang lebih teruk mereka seolah-olah tidak menghiraukan azan. Kadang-kadang anak-anak yang terpaksa mengajak ibu-ibu untuk pulang. Ini merupakan contoh yang tidak baik untuk anak-anak yang sedang membesar. Tidak hairanlah kalau anak-anak muda sekarang berperangai teruk. Dengan gejala sosial yang tak berkesudahan. Pepatah Melayu ada menyebutkan “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Kalau memang sudah di asuh dari kecil sedemikian rupa, makin ligatlah anak itu apabila besar kelak. Ini hanyalah contoh yang kecil berlaku di depan mata aku. Contoh lain tak tau la aku.


Satu lagi contoh yang aku dapat tengok ialah golongan bapa yang selalu lepak di kedai makan dan warung kopi bermain dam. Kadangkala sampai lewat malam. Secara tidak langsung perbuatan ini akan di tiru oleh anak-anak dan akan di perturunkan ke generasi seterusnya. Apa salahnya kalau golongan ini berada di rumah bersama anak dan isteri. Luangkan lebih masa bersama dan mendidik dan mengajar anak-anak.


Satu contoh yang berlaku di depan mata aku ialah, keluarga sepupu aku. Sepupu aku tinggal bersama dengan mak cik aku. Semasa anak-anak kecil, mak cik aku selalu menggula-gulakan cucunya dengan duit. Bila cucu-cucunya buat hal, bukan hukuman yang diberikan tetapi duit bagi meredakan jerit tangis. Kesanya dah nampak dengan ketara sekarang. Anak-anak sepupu aku membesar dalam keadaan yang tidak seimbang. Tidak takut kepada sesiapa. Malahan datuk dan neneknya pun di herdik. 3 orang daripada mereka tidak bersekolah dengan seorang terjebak dalam mencuri dan gejala najis dadah. Selalunya masyarakat kita akan mengaitkan fenomena ini sebagai sikap atau kelakuan turun temurun. Ada benar juga pendapat ini, kerana orang Melayu dulu2 mencipta pepatah "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Bagi aku ini merupakan salah satu faktor. Faktor lain adalah didikan dan ajaran serta bimbingan ibu bapa serta orang-orang disekeliling mereka. Seperti masyarakat, intitusi pendidikan, institusi masjid. Yang paling penting adalah ibu bapa. "melentur buluh biarlah dari rebungnya". "sayangkan anak,tangan-tangankan". Dewasa kini banyak yang kita dengar anak-anak kita terlalu dimanjakan, sehinggakan ada yang sanggup saman guru, saman sekolah, saman kerajaan dan sebagainya. Situasi teramatlah tidak sihat dan tidak baik untuk pembangunan minda anak-anak kita.


Aku sendiri pun bukan baik sangat untuk menghakimi orang lain. Tapi Allhamdulillah, aku dibesarkan dalam suasana yang berdisiplin. Bagaikan masih terasa perit aku dihukum bila buat salah. Rotan dan herdikan makanan biasa. Itu semua berbaloi kerana aku berjaya menjadi aku sekarang berada di UiTM dan bukannya di Pusat serenti atau penjara. Bukannya aku ingin membangga diri sebab aku bukannya baik sangat.


Anak-anak kita adalah tanggungjawab kita. Kita yang harus mencorak dan mendidik mereka supaya menjadi insan yang beguna kelak. Jika ibu bapa sendiri memberi contoh yang tidak baik, maka tidak hairanlah sebilangan besar anak-anak kita (Melayu) yang menjuarai segala kategori gejala sosial. Beginikah keadaan anak-anak kita yang akan mewarisi dan menyambung kesinambunagn manusia di dunia ini? Anak-anak kita...

Friday, January 9, 2009

Sehangat Tahi Ayam @ Mentari?

Malas betul nak update blog nih..Tapi aku tetap gagahkan minda aku untuk mencari idea bagi menulis coretan yang tidak seberapa ini. Sekadar coretan dari pemerhatian,analisa dan pengalaman yang aku sendiri..

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat tahun baru 2009 pada semua. Hari ni kita melalui hari ke-9 dlm tahun 2009. Masih bersisa 356 hari (tak termasuk tahun lompat, aku tak sure 2009 tahun lompat atau tak) untuk menghabis tahun 2009. Apa azam baru tahun ni? Aku pasti dan teramat pasti, ramai yang menanam azam baru apabila menjelang tahun baru. Aku sendiri pun tak terkecuali. Azam aku tahun ni nak berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik melalui jalan dan lebuhraya yang lurus tanpa bengkok. Sebelum ni banyak sangat simpangnya (tak perlu di ceritakan simpangnya menghala ke mana). Seiring dengan awal Muharam dan hari ini 10 Muharam.

Tapi satu perkara yang selalu bermain di minda aku dan perkara ini tak pernah selesai. Apa jadi dengan azam tahun yang sudah? Entahlah aku pun tak pasti. Biasanya semangat aku akan berkobar-kobar bila dah mula setting azam baru. Banyak benda yang aku rangka dan plan dalam misi aku untuk melaksanakan azam tahun baru. Dengan harapan segala azam dan perancangan yang di citakan akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektif yang telah di tetapkan.(macam belajar management la plak, banyak yang kita boleh apply apa yang kita belajar dlm kehidupan seharian)

Tapi biasanya tak sampai seminggu, azam ke utara, plan ke selatan, objektif ke barat, aku pulak statik tak kemana-mana. Tetap seperti dulu dan tahun-tahun sebelumnya. Hangat-hangat tahi ayam. Itu peribahasa Melayu yang tepat untuk menggambarkan orang yang seperti aku dan yang seangkatan dengannya. Kenapa orang dulu-dulu mereka dan mencipta peribahasa sedemikian rupa? Adakah kerana budaya orang Melayu memang suka buat kerja separuh jalan? Sehinggkan ada peribahasa (genggam bara biar jadi debu,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan etc.) yang memerli golongan ini supaya lebih bersungguh-sungguh.

Sebab tu lah kita dapat lihat banyak tanah yang terbiar, projek yang terbengkalai (tak termasuk projek yang menghadapi financial problem) unqualified student, kompeni2 melayu yg gulung tikar. Bila kita bicara tentang Melayu banyak tentang negatif. Melayu tak berdaya saing, Melayu tak boleh di sentuh, Melayu terlalau manja, Melayu itu, Melayu ini..Mungkinkah ini adalah kesan dan natijah daripada sikap hangat-hangat tahi ayam? Bila dah buat kerja separuh jalan, macam mana Melayu nak maju, nak berdaya saing dengan kaum lain. Tapi satu je masalah yang aku dapat lihat dan mungkin menjadi batu penghalang kepada Melayu. Melayu sukar untuk menerima kenyataan.

Dan inilah yang berlaku pada aku sendiri. Aku tak boleh terima kenyataan aku menganggur di bumi sendiri. Sedangkan aku bumiputera di sini. Tapi dalam masa yang sama aku bersikap sehangat tahi ayam dan bukan sehangat mentari. Dan aku setuju dengan Che Det(perdana menteri malaysia yang ke-4 dan yang paling lama memegang tampuk pemerintahan), Melayu mudah lupa. Lupa pada sejarah Melaka betapa kita di jajah Portugis kerana bercakaran sesama sendiri. Lupa kejadian Highlands Towers sehinggakan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kita lupa Nurin Jazlin membawa kepada Sharlini. Peristiwa 13 Mei begitu mudah dilupakan sehinggakan banyak pihak yang begitu berani dan terbuka meniup api perkauman. Bukankah ini sindrom2 dan simptom2 hangat2 tahi ayam. Semasa hal ini hangat di perkatakan, bermacam pandangan di utarakan. Dari Kuatkuasakan undang2 sehinggalah cadangan yang tidak masuk akal. Tapi bila sudah sejuk dan reda, kita lupa. Betapa kita mudah lupa.

Coretan ini bukanlah untuk ditujukan kepada sesiapa. Tapi sebagai ingatan untuk diri aku sendiri. Aku lupa bagaimana semasa diploma dulu (sebelum aku sambung ijazah BAS kat sini,aku buat dip.accounting kat UiTM Machang) betapa aku main2 dan natijahnya aku tergolong dalam golongan unqulified student. Dan bila aku datang kesini, azam aku berkobar2 untuk berubah. Tapi dek kerana hangat2 tahi ayam dan bukannya hangat2 mentari aku masih seperti dulu. Dengan coretan ini aku dapat muhasabah diri aku agar pisang tidak berbuah dua,tiga,empat,lima kali..Sehangat Tahi Ayam @ Mentari? Aku akan cuba untuk menjadi sehangat mentari..

Wednesday, January 7, 2009

Senyumlah Sikit...

Hari ni kelas memenatkan. Seawal 8.00 pagi sehinggalah 4.00 ptg. Kalau bukan dek gap 2 jam (12-2) mau lunyai hari ni. otak pun dah tepu dengan segala macam ilmu (dari arab,management hinggalah IR). Allhamdulillah esok tidak ada kelas. Memang sengaja jadual di atur sedemikian rupa untuk memberi masa dan ruang yang lebih bagi merehatkan minda dan badan. (Khamis,jumaat n sabtu). Tambahan pula semester ini banyak pula subjek yang memerlukan saya untuk melakukan field reseacrh.

Bukan pasal field research yang mahu dikongsikan. Pasal senyum. Ada yang berkata senyum dapat meredakan kemarahan. Dalam islam itu sendiri, senyuman itu umpama sedekah. Jadi tidak rugilah untuk kita senyum. Tak payah keluarkan modal,wang ringgit atau tenaga, dah boleh buat amal jariah sedekah-SENYUMAN. Hatta kajian sains juga menunjukkan kita menggunakan sedikit otot di muka untuk menguntumkan senyum berbanding memuncungkan bibir dan berkerut dahi.

Tapi ada juga yang tak mahu senyum, walaupun bidang tugas mereka memerlukan mereka senyum. Ini selalu terjadi pada saya. Yang terbaru, apabila saya berurusan dengan kaunter kewangan. Bukanlah layanan 5 bintang yang di tagih, cukuplah sekadar senyum seikhlas hati. Itu dah memadai bagi saya untuk meredakan mengah mendaki tangga ke aras 3 yang menempatkan kaunter kewangan. Bila terjadi seperti ini, darah cepat je menyirap. Saya pun pernah bertugas di kaunter. Boss saya selalu pesan, apa pun terjadi SENYUM.

Another issue is, walaupun saya tegak berdiri di depan kaunter,diorang boleh wat derk jer. Angkat kepala pun tak. Sebesar badan saya mereka boleh tak nampak. Walaupun yang bertugas di kaunter 2 orang, tapi macam tak ada orang. Yang perempuan asyik bersembang dan yang lelaki buat kerja. Agak lama jugak saya berdiri di depan kaunter walaupun mata saya tidak buta untuk melihat mereka-mereka di belakang kaunter. Paling tidak ucapkanlah "adik sila tunggu sekejap". Setelah selesai berurusan, segera saya ucapkan terima kasih walaupun tidak berbalas. Seolah tidak ikhlas mereka menjalankan tugas. Berkatkah gaji yang dibelanjakan untuk anak isteri jika hati tidak ikhlas.

Kerajaan berhabis wang jutaan ringgit semata-mata untuk mempromosikan, membudayakan, melancarkan kempen budi bahasa. Sehinggakan dicipta lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza yang mempromosikan budi bahasa. Dengan insiden ini, jelas dan nyata kempen ini tidak berjaya. Mana adat, adab dan budaya timur yang selalu kita megah-megahkan, agung-agungkan. Semakin lama semakin terhakis budaya ini. Masyarakat hari ini lebih senang untuk mempraktikkan budaya samseng, dan kurang ajar. Banyak contoh yang berlaku, samseng jalanraya, pergaduhan berlaku saban hari hingga ada nyawa yang melayang. Kita kembali kepada zaman batu di mana yang kuat dan berkuasa mendominasi.

ini hanyalah salah satu insiden yang terjadi ke atas diri saya. Senyum merupakan sesuatu yang mudah untuk di lakukan. Dan ianya tidak melanggar mana-mana peraturan dalam dunia malahan tidak bertentangan dengan mana-mana agama di dunia, terutama islam. Tapi impaknya besar. Tak rugi untuk senyum. SENYUMLAH SIKIT...

Tuesday, January 6, 2009

Unqualified Student. Salah Siapa?

Hari ni my 2nd day bukak blog. Dalam kelas international relation tadi, serius aku tak faham sangat apa yang En. Mujibu ajar. Ni sebab lack of knowledge. Tak banyak membaca tentang hal2 yang terjadi di luar lingkup Malaysia. Natijahnya dalam kelas, pasang telinga, bukak mata, nganga mulut, tunggu orang suap.

Benda ni lah yang selalu terjadi kepada student2 IPTA di Malaysia terutamanya kaum Melayu. Bukan niat untuk menidakkan segelintir student Melayu yang memang sentiasa peka, aware dan yang seangkatan dengannya. Tetapi kehadiran mereka hanyalah di wakili persen yang kecil (sekadar anggaran). Dan selebihnya IPTA di Malaysia hanya di penuhi dengan student yang masih galak bermimpi, khayal dalam dunia cinta monyet, leka dalam mengejar impian dan cita2 tanpa ada setitis keringat yang gugur kebumi. Ibarat seperti Mat jenin. Memang ini yang terjadi di kalangan students Melayu masa kini. Kita tidak boleh menidakkan perkara ini hanya dengan mendedahkan kejayaan2 segelintir golongan yang di sebut di atas tanpa melihat kepada golongan yang sebaliknya iaitu golongan yang menamatkan pengajian tetapi tanpa kecemerlangan, kemilangan dan terbilang.

Ini juga punca kenapa kadar pengangguran di Malaysia amat tinggi. Kepada siapa hendak di tuding jari apabila hal ini berlaku? Selalunya kesalahan ini akan di pikul oleh students itu sendiri. Tapi apabila di hitung, di congak dan dihisab apa puncanya student Melayu menjadi begitu malas, dan hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan. Tentu ianya berpunca daripada didikan di rumah. Iaitu ibu bapa, adik beradik, datuk nenek serta orang2 di sekeliling yang mempengaruhi dalam pembentukan sahsiah.

Apabila dipanjangkan lagi kenapa ibu bapa memberi ajaran sedemikian rupa terhadap anak2 mereka, kerana mereka mengikut contoh daripada ibu bapa mereka dan begitu seterusnya. Jika dihitung sampai 7 keturunan belum tentu kita jumpa penyebabnya. Secara pukal dapat disimpulkan semua yang terlibat memainkan peranan penting. Tiada siapa yang salah. Tetapi jika ingin menuding jari, kesalahan total harus di tujukan kepada pemimpin terdahulu yang bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju orang Melayu. Kononya merekalah yang mewakili orang Melayu, membela nasib orang Melayu. Tanpa mereka sedari, mereka telah menggula-gulakn orang Melayu sehingga orang Melayu telah lupa bahawa mereka perlu untuk survive. Pemimpin2 ini yang telah membentuk masyarakat Melayu yang selesa dalam comfort zone mereka tanpa perlu untuk berusaha sedaya upaya.

Dan mungkin sebab ini jugalah, segala gejala sosial di Malaysia samada maksiat, pergaulan bebas, dadah, dan sebagainya, kaum Melayu di wakili percent yang tinggi. Orang melayu perlu untuk melupakan zon selesa mereka untuk lebih survive dan belajar hidup susah. Mungkin dengan cara ini dapat menyedarkan orang Melayu dari lena yang panjang.

Saya pun orang Melayu, dan di lahirkan dalam keluarga dan kejiranan Melayu. Saya sedar tentang semua ini. Dan saya selalu memerhatikan dan membuat kesimpulan sendiri. Coretan ini adalah sekadar pemerhatian saya dan tidak berniat untuk memburukkan dan memalukan sesiapa...

Monday, January 5, 2009

Welcome to www.ejuputera.blogspot.com. Sebenarnya saya tak tahu n tak berminat pon nak ada akaun ni. Tapi bila En. Salehuddin (lecturer CSC kami) mintak kami hantar soalan melalui benda lah ni, terbuka jua hati untuk ada akaun ni.

Selalu dengar orang dok sembang pasal benda lah ni. Even di peringkat kebangsaan pun orang dok sembang pasal blog melalui rancangan "Blog" kat RTM1. Sejak prestasi buruk yang di tunjukkan oleh kerajaan BN dalam pilihanraya yang ke-13 yang lepas isu blog ni makin panas. selepas analisis or post mortem PRU 13, salah satu faktor kemerosotan pengaruh or empayar BN di kalangan rakyat Malaysia yang bangkit dari mimpi lena adalah Blog. Besar pengaruh blog ni.

tak tahu nak tulis apa..juz omong2 kosong je..
welcome to the blogger world to me..