Wednesday, January 21, 2009

Melayu Berubah?

Malaysia dalam mood perayaan Tahun Baru Cina. Sebagai masyarakat majmuk, kita turut sama merasai kemeriahan dan kehangatan perayaan ini. Mana tidaknya, jualan murah sempena Tahun Baru Cina di sana sini. Sehinggakan diskaun sampai 80%. Kadangkala kaum Melayu yang berlebihan membeli belah mengalahkan masyarakat Cina yang akan menyambut Tahun Baru Cina. Dan yang pasti karnival jualan murah ini hanyalah menguntungkan satu kaum sahaja iaitu kaum Cina di mana kebanyakan pusat beli belah di Malaysia adalah milik sepenuhnya atau separuh penuh milik kaum Cina. Kecuali pasaraya Mydin yang sepenuhnya milik Melayu. Manakala kaum Melayu pula hanyalah berhabisan duit untuk membeli belah di gedung perniagaan milik kaum Cina dan hanyalah menambahkan koleksi hutang piutang.

Inilah sebenarnya tujuan Dasar Ekonomi Baru yang di perkenalkan oleh Kerajaan yang berakhir pada tahun 1990. Dasar ini di bentuk bertujuan untuk menyamaratakan pembahagian kek ekonomi antara kaum di Malaysia dan mencapai peratusan ekuiti Melayu sebanyak 30%. Hasrat dan tujuan dasar ternyata amat murni dan suci bagi membela masyarakat Melayu di bumi sendiri. Tetapi perlaksanaanya menyebabkan dasar ini di pandang serong oleh sesetengah pihak terutamanya masyarakat Cina yang memonopoli ekonomi.

Pada sesi kali ini polisi dan dasar kerajaan bukanlah topik yang ingin di bincangkan, tetapi disebalik perlaksanaan dasar ini yang ingin di sentuh. Sedikit masa dahulu heboh di perkatakan konsep Ali baba yang di guna pakai oleh segelintir kontraktor Melayu. Apa itu konsep Ali Baba? Dari pemahaman saya, konsep ini tidak lebih dari penswastaan. Di mana kontraktor Melayu yang mendapat tender kerajaan telah meng'outsourcing' tender itu kepada orang lain. Lebih memburukkan keadaan bila pihak ketiga itu adalah kaum Cina dan India. Jadi, tercapaikah tujuan utama dasar ini di jalankan. Bukan salah dasar,tapi salah sikap orang Melayu sendiri. Inikah sikap yang diperlukan untuk menongkah arus globalisasi dan untuk memastikan survivor Melayu?

Sikap ini bukan sahaja diamalkan oleh pemimpin dan golongan usahawan sahaja,malahan penyakit ini juga telah menular di kalangan pelajar-pelajar di peringkat sekolah dan juga IPTA. Bilamana assignment dan tugasan mereka di'outsourcing'kan. Mungkin orang Melayu memang suka untuk mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ini hanyalah kesimpulan dari pemerhatian dan pengalaman yang telah di lalui oleh penulis. Kenapa ini berlaku? Apa puncanya? Seperti apa yang telah saya tulis dalam entry sebelum ini, orang Melayu terlalu di gula-gulakan dengan segala kemudahan dan kesenangan demi survivor sesetengah pihak (permainan politik Melayu). Sehingga ada yang melabelkan Melayu sebagai Masyarakat subsidi. Memang subsidi ini perlu tapi perlaksanaan dan cara yang betul perlu di ubah. Begitu juga dengan penubuhan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Hasrat begitu murni untuk menghapus dan mencegah rasuah, tapi perlaksanaanya belum tentu lagi akan mencapai matlamat yang telah digariskan.


Banyak yang perlu masyarakat Melayu ubah dalam kehidupan seharian bagi memastikan survivor Melayu di Malaysia. Ini kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk. Orang Melayu PERLU dan MESTI untuk berubah. Tapi ianya memerlukan banyak faktor luaran dan dalaman. Kadangkala masyarakat Melayu masih lagi terikut dengan minda zaman penjajahan British. Ternyata British berjaya memainkan peranan dalam merubah minda Melayu. Kenapa kita tidak meniru cara mereka memerintah demi kebaikan. Dan bukannya sekadar meniru budaya barat dan meniru dalam peperiksaan sahaja...

Ini mungkin penulisan terakhir yang menyentuh tentang Melayu kerana semakin banyak saya menulis tentang melayu umpama membuka pekung di dada, meludah ke langit dan menepuk air di dulang. Semuanya kena pada diri saya sendiri..

Thursday, January 15, 2009

Siapa Si Kudung Itu?

Pernah dengar peribahasa ibarat si kudung mendapat cincin? Ataupun ibarat si kera mendapat bunga? Maksud kedua-dua peribahasa Melayu ini tidak sama. Peribahasa yang pertama menggambar jika di beri cincin kepada si kudung, tiada gunanya kerana si kudung tidak mempunyai tangan. Peribahasa kedua pula menggambarkan, jika di beri bunga kepada si kera, rosaklah bunga itu kerana kera tiada akal seperti kita manusia untuk menilai sesuatu yang baik ataupun buruk. Kenapa saya ingin berbicara tentang tajuk ini?

Sebabnya saya memerhatikan sebuah organisasi yang berorientasikan seperti parti politik sedang mengalami proses pertukaran tampuk pemerintahan. Bagi menampakkan organisasi ini mengamalkan suatu sistem pemilihan tampuk pemerintahan yang adil dan saksama, suatu pilihanraya yang bertunjangkan demokrasi telah di adakan dengan jayanya. Walhal situasi sebenar tidak ubah ibarat kanak-kanak yang berebut untuk mendapatkan gula-gula percuma dari si nenek kebayan yang berpura-pura baik hati.

Kenapa saya gambarkan situasi organisasi ini seperti si kudung mendapat cincin? Hal ini adalah kerana ahli-ahli di dalam organisasi ini mempunyai hak mereka untuk menentukan siapakah yang bakal menerajui organisasi mereka. Tetapi dalam masa yang sama, pilihanraya ini hanyalah sebagai topeng dan retorik untuk sekadar mengaburi mata ahli-ahli dalam organisasi ini. Walhal, semua kedudukan dalam tampuk pemerintahan telah di tentukan terlebih dahulu oleh si nenek kebayan dan proksi-proksinya. Jadi, mana kewajaranya pilihanraya itu di adakan. Apakah kewajaran ahli organisasi ini di berikan hak untuk menentukan tampuk pemerintahan organisasi mereka. Tidakkah ahli organisasi ini menyerupai peribahasa ibarat si kudung di beri cincin?

Bagi mereka yang sememangnya mengidamkan kerusi tampuk pemerintahan, mereka boleh di ibarat sebagai kera mendapt bunga. Impian mereka untuk berada di dalam tampuk pemerintahan hanyalah untuk mendapatkan kuasa yang bakal mereka gunakan untuk kepentingan diri dan kroni-kroni mereka. Kewujudan golongan ini hanyalah akan memburukan lagi keadaan di dalam organisasi. Lebih memburukkan keadaan, ahli organisasi ini yang akan menjadi mangsa.

Sebolehnya, jika kita memegang kedudukan sebagai nenek kebayan, seharusnya memantau perjalanan organisasi dari jauh dan bukannya menjadi penentu arah kepada organisasi. Sebolehnya bersuara jika ada kepincangan dan selebihnya biarlah tampuk pemerintahan yang menjalankan tugas mereka.

Bukan untuk berlagak pandai menghakimi organisasi ini. Tapi jika ada kepincangan seharusnya di betulkan. Ibarat seluar,jika senteng di sambungkan, jika panjang di kerat.

(Kisah ini adalah rekaan semata-mata untuk menggambarkan situasi kehidupan harian manusia)

Tuesday, January 13, 2009

Takkan Melayu Hilang Di Dunia..Sekadar Ungkapan?

Sebelum saya memulakan bicara, sama2lah kita berdoa agar saudara seagama kita yang sedang menderita dek kerana rakusnya rejim Zionis melancarkan peluru berpandu yang seolah sentiasa dahagakan darah warga Palestin dapat menghadapi musibah dan ujian ini dengan tabah. Sesungguhnya sesuatu yang terjadi di muka bumi ini adalah bersebab. Semoga mereka yang terkorban dicucuri rahmat di Sisi yang Maha Esa dan semoga syahid mengiringi pemergian mereka. Sesungguhnya musibah menghapuskan dosa. Saya akui bahawa saya tidak layak untuk berbicara pasal dosa dan pahala kerana ilmu di dada seumpama setitis air di lautan. Logik akal saya mengatakan sesuatu yang terjadi ada sebab dan musababnya. Ini yang membuatkan saya berfikir, mengapa umat islam Palestin di duga dan di uji sedemikian rupa? Begitu juga situasi di Iraq, dan juga umat islam di Acheh yang di landa tsunami.

Salah satu sebab kenapa Nabi dan Rasul di turunkan di kalangan bangsa Arab adalah kerana, bangsa Arab merupakan satu bangsa jahat dan jahil (maaf kerana terpaksa menggunakan perkataan ini). Contohnya, semasa pemerintahan firaun bayi lelaki dibunuh kerana mimpi si raja. Kaum kafir Quraisy juga telah menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana anak perempuan bakal menyusahkan mereka kelak. Mereka juga hidup secara berpuak-puak. Itu sebelum kedatangan Islam. Malah selepas kedatangan Islam pun, masyarakat Islam Arab terus hidup berpuak-puak. Ada yang sampai ke tahap ekstrem. Keadaan ini berterusan sehinggalah ke zaman moden. Tidak hairanlah jika mereka di uji sedemikian rupa. Musuh Islam melihat kelemahan ini dan ianya memudahkan mereka untuk menelempiaskan dendam mereka terhadap kekalahan mereka dalam perang salib.

Masyarakat Islam Acheh juga mengalami keadaan yang sama. Walaupun Acheh di kenali sebagai negeri serambi Mekah dan pusat penyebaran Islam yang terkenal suatu masa dahulu. Sebelum kejadia ombak besar menghempas bumi Acheh, ektremis Acheh yang menuntut kemerdekaan dari Indonesia telah bertindak kejam dengan membunuh dan menyembelih rakyat Acheh yang tidak berdosa untuk memberi tekanan kepada pemerintahan.

Kembali kita kepada situasi yang berlaku di tanah air kita yang tercinta. Masyarakat Melayu Islam terbahagi kepada tiga-UMNO,PAS dan PKR. Cuma di Malaysia perpecahan ini masih belum mencapai tahap ekstrem yakni sanggup berbunuhan sesama sendiri. Mungkin kerana kita masih lagi mempertahankan institusi beraja. Kenapa perpecahan ini harus berlaku sedangkan peratusan Melayu sekarang sedang berada dalam tahap kritikal. Kaum lain sekarang dengan beraninya mencabar ketuanan Melayu kerana mereka telah melihat perpaduan Melayu sekarang sudah goyah dan berada pada tahap yang kritikal.

Bilakah Melayu-Melayu semua akan bersatu padu kembali? Tidakkah kita mengambil iktibar daripada sejarah kejatuhan Kerajaan Melaka kepada Portugis di sebabkan oleh masalah perpaduan yang berlaku di sebabkan oleh pembesar-pembesar yang hanya bertunjangkan pangkat, pengaruh dan harta.(walaupun sebab utama kejatuhan Melaka kerana peperangan yang tidak adil dari segi persenjataan) Mahukah Melayu Malaysia menginginkan nasib mereka sama seperti Melayu Singapura yang seolah-olah dinafikan hak mereka di tanah tumpah darah mereka sendiri? Melihatkan kepada perpaduan masyarakat Melayu dan keadaan muda-mudi Melayu sekarang (yang banyak dapat di temui di pusat pemulihan akhlak, pusat serenti, penjara) tidak mustahil Malaysia akan menjadi Singapura ke-2.

Enggankah Melayu-Melayu (terutama pembesar-pembesar) sekalian mengambil iktibar daripada proses menuntut kemerdekaan daripada British. Waktu itu semua rakyat bersatu padu dan bekerjasama. Bersatu teguh, bercerai roboh.Bulat air dek kerana pembentung. Peribahasa Melayu dengan jelas dan terang menuntut kita supaya bersatu padu dan bekerjasama.

Saya bukanlah mahu berlagak pandai. Siapalah diri ini untuk mempersoalkan perkara ini. Tapi hal ini sepatutnya menjadi tanggungjawab kita semua sebagai Melayu untuk mempertahankan Bangsa kita dan kedaulatannya. Ingatlah pesan Laksamana Hang Tuah, Takkan Melayu Hilang Di Dunia..

Saturday, January 10, 2009

Cukup Melayukah Kita?

Aku rasa terpanggil untuk memikirkan perkara ini. Namun harus di ingat ini adalah ruang lingkup pemikiran aku yang tak sepanjang mana pun. Kadangkala di pengaruhi emosi dan situasi (teringat lagu Bunkface). Bila mana politician sibuk melaung-laungkan Hidup Melayu, terlintas juga di fikiran. Cukup Melayukah dia? Jangan jadi macam peribahasa Melayu "Cakap Berdegar-Degar, Tahi Terlekat Di Hujung Gelegar" (maaf kalau saya banyak menggunakan perkataan TAHI). Sebagai orang Melayu kita sepatutnya tahu maksud peribahasa ini. Pada pendapat saya perkataan ini digunakan untuk menggambarkan seseorang itu teruk. Kita semua maklum tempatnya perkataan tersebut dalam masyarakat Melayu. Jika ianya digunakan, sudah tentu menggambarkan perbuatan yang di bayangkan dengan peribahasa ini adalah teruk. Bagaimana nak bela nasib Melayu jika kita tidak cukup Melayu.

Berbalik kepada persoalan di atas cukup Melayukah kita. Adakah Melayu seseorang itu bila mengamalkan cara,adat dan budaya Melayu? Ataupun Melayukah seseorang itu kerana ibu bapa mereka adalah Melayu? Ataupun Melayunya seseorang itu kerana hidup dalam rumpun kawanan masyarakat Melayu. Saya tidak pasti tentang definisi Melayu itu sendiri kerana saya tidak membuat sebarang kajian terperinci mengenai itu. Pada hemat saya Melayu itu adalah kerana keturunan nenek moyang adalah Melayu dan mengamalkan cara hidup, adat dan budaya Melayu. (saya lupa definisi Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia) Itulah Melayu tulen. Dan bagi saya Melayu peranakan (Melayu yang berkahwin campur) adalah bukan Melayu tulen.

Pada pandangan saya, Melayu tulen mempunyai susuk tubuh yang sederhana tinggi, berkulit sawo matang, berambut ikal mayang, hidung pesek, mungkin lebih mirip kepada rupa kaum bumiputera di semenanjung. Kita juga boleh merujuk kepada orang Melayu di tanah Jawa.Ini hanyalah pandangan saya sahaja. Semuanya kuasa Tuhan yang mencipta kita. Contohnya di tempat tinggal saya ada sebuah keluarga. Di mana semua ahli keluarganya berkulit cerah kecuali salah seorang daripada anaknya berkulit gelap. Maksud saya disini walaupun seseorang itu mempunyai ciri-ciri Melayu tulen seperti yang saya katakan di atas, atas kuasa Tuhan kemungkinan anaknya tidak mempunyai ciri-ciri tersebut.

Kerana negara kita telah melalui sejarah yang pelbagai telah menyebabkan imigran-imigran dari pelusuk asia (cina,arab,india) bermastautin di negara ini sejak puluhan tahun yang lalu malah ratusan tahun yang lalu. Dan ini telah mengakibatkan perkahwinan campur berlaku dan wujudnya masyarakat yang pelbagai seperti Mamak, Baba Nyonya. (sekadar menyebut beberapa nama sahaja)

Sengaja saya menerbitkan persoalan cukup Melayukah kita? Cukupkah pakej kita sebagai Melayu?-Melayu dari segi rupa paras dan perlakuan. Ini kerana masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat dan adab timur yang sopan dan bersusila. Tapi banyak masyarakat kita memilih untuk meminggirkan adat budaya timur dengan mengagung-agungkan budaya Barat. Orang Melayu sekarang sudah jauh menyimpang dari adat dan budaya Melayu. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa kawalan, zina berleluasa, segala jenis budaya kuning-punk,black metal etc. Ianya bukan hanya bercanggah dengan budaya dan adat Melayu tetapi bercanggah dengan agama Islam. Kita seharusnya bangga dengan adat dan budaya kita. Jadilah seperti masyarakat Jepun dan Korea yang begitu berbangga dengan adat dan budaya mereka. Walaupun mencapai kemajuan, tapi budaya dan adat masih terpelihara.

Saya minta maaf kepada sesiapa jua sekiranya coretan ini menyinggung perasaan. Ini adalah sekadar pandangan sempit saya. Masih banyak perspektif yang dapat kita lihat apabila berbicara topik ini. Bukan niat untuk menidakkan hak sesiapa. Saya sendiri pun tidak tahu samada saya ini Melayu tulen atau tidak. Dan saya mengaku saya masih belum cukup Melayu..Cukup Melayukah Anda?

Anak-Anak Kita..

Persekitaran rumah sewa aku di kelilingi oleh pasangan muda yang mempunyai anak yang masih kecil-kecil. Kadang-kadang aku tertekan juga berada di kawasan ni. Yalah dengan suara kanak-kanak dan sidang tergempar ahli mesyuarat bawah pokok ceri Malaysia (sekadar meminjam ayat dari filem Do Re Mi). Mana taknya, seawal 7 pagi suasana sudah hingar bingar dengan suara-suara ibu muda yang bersidang. Itu belum lagi dengan segala macam bunyi. Kalau hari minggu dan exam memang aku betul-betul tension. Kadang-kadang waktu malam pun diorang masih lagi bising-bising.

Aku faham dengan diorang. Mungkin sebab berkahwin dalam usia yang muda meyebabkan mereka masih belum bersedia untuk alam perkahwinan dan terbawa-bawa dengan kehidupan semasa masih lagi menjadi anak dara. Dan mungkin juga kerana mereka ini adalah surirumah sepenuh masa yang tugasnya hanya memasak, kemas rumah, jaga makan pakai anak-anak dan suami. Bila masa terluang mengadakan sidang tergempar dengan rakan sejawatan bagi memulakan forum.


Aku bukan mahu berlagak pandai. Tapi dah memang perangai aku bagi memerhatikan perangai dan gelagat orang. Kadang-kadang tatkala muazin mengalunkan alunan azan maghrib, dorang masih lagi leka bersidang. Dan yang lebih teruk mereka seolah-olah tidak menghiraukan azan. Kadang-kadang anak-anak yang terpaksa mengajak ibu-ibu untuk pulang. Ini merupakan contoh yang tidak baik untuk anak-anak yang sedang membesar. Tidak hairanlah kalau anak-anak muda sekarang berperangai teruk. Dengan gejala sosial yang tak berkesudahan. Pepatah Melayu ada menyebutkan “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Kalau memang sudah di asuh dari kecil sedemikian rupa, makin ligatlah anak itu apabila besar kelak. Ini hanyalah contoh yang kecil berlaku di depan mata aku. Contoh lain tak tau la aku.


Satu lagi contoh yang aku dapat tengok ialah golongan bapa yang selalu lepak di kedai makan dan warung kopi bermain dam. Kadangkala sampai lewat malam. Secara tidak langsung perbuatan ini akan di tiru oleh anak-anak dan akan di perturunkan ke generasi seterusnya. Apa salahnya kalau golongan ini berada di rumah bersama anak dan isteri. Luangkan lebih masa bersama dan mendidik dan mengajar anak-anak.


Satu contoh yang berlaku di depan mata aku ialah, keluarga sepupu aku. Sepupu aku tinggal bersama dengan mak cik aku. Semasa anak-anak kecil, mak cik aku selalu menggula-gulakan cucunya dengan duit. Bila cucu-cucunya buat hal, bukan hukuman yang diberikan tetapi duit bagi meredakan jerit tangis. Kesanya dah nampak dengan ketara sekarang. Anak-anak sepupu aku membesar dalam keadaan yang tidak seimbang. Tidak takut kepada sesiapa. Malahan datuk dan neneknya pun di herdik. 3 orang daripada mereka tidak bersekolah dengan seorang terjebak dalam mencuri dan gejala najis dadah. Selalunya masyarakat kita akan mengaitkan fenomena ini sebagai sikap atau kelakuan turun temurun. Ada benar juga pendapat ini, kerana orang Melayu dulu2 mencipta pepatah "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Bagi aku ini merupakan salah satu faktor. Faktor lain adalah didikan dan ajaran serta bimbingan ibu bapa serta orang-orang disekeliling mereka. Seperti masyarakat, intitusi pendidikan, institusi masjid. Yang paling penting adalah ibu bapa. "melentur buluh biarlah dari rebungnya". "sayangkan anak,tangan-tangankan". Dewasa kini banyak yang kita dengar anak-anak kita terlalu dimanjakan, sehinggakan ada yang sanggup saman guru, saman sekolah, saman kerajaan dan sebagainya. Situasi teramatlah tidak sihat dan tidak baik untuk pembangunan minda anak-anak kita.


Aku sendiri pun bukan baik sangat untuk menghakimi orang lain. Tapi Allhamdulillah, aku dibesarkan dalam suasana yang berdisiplin. Bagaikan masih terasa perit aku dihukum bila buat salah. Rotan dan herdikan makanan biasa. Itu semua berbaloi kerana aku berjaya menjadi aku sekarang berada di UiTM dan bukannya di Pusat serenti atau penjara. Bukannya aku ingin membangga diri sebab aku bukannya baik sangat.


Anak-anak kita adalah tanggungjawab kita. Kita yang harus mencorak dan mendidik mereka supaya menjadi insan yang beguna kelak. Jika ibu bapa sendiri memberi contoh yang tidak baik, maka tidak hairanlah sebilangan besar anak-anak kita (Melayu) yang menjuarai segala kategori gejala sosial. Beginikah keadaan anak-anak kita yang akan mewarisi dan menyambung kesinambunagn manusia di dunia ini? Anak-anak kita...

Friday, January 9, 2009

Sehangat Tahi Ayam @ Mentari?

Malas betul nak update blog nih..Tapi aku tetap gagahkan minda aku untuk mencari idea bagi menulis coretan yang tidak seberapa ini. Sekadar coretan dari pemerhatian,analisa dan pengalaman yang aku sendiri..

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat tahun baru 2009 pada semua. Hari ni kita melalui hari ke-9 dlm tahun 2009. Masih bersisa 356 hari (tak termasuk tahun lompat, aku tak sure 2009 tahun lompat atau tak) untuk menghabis tahun 2009. Apa azam baru tahun ni? Aku pasti dan teramat pasti, ramai yang menanam azam baru apabila menjelang tahun baru. Aku sendiri pun tak terkecuali. Azam aku tahun ni nak berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik melalui jalan dan lebuhraya yang lurus tanpa bengkok. Sebelum ni banyak sangat simpangnya (tak perlu di ceritakan simpangnya menghala ke mana). Seiring dengan awal Muharam dan hari ini 10 Muharam.

Tapi satu perkara yang selalu bermain di minda aku dan perkara ini tak pernah selesai. Apa jadi dengan azam tahun yang sudah? Entahlah aku pun tak pasti. Biasanya semangat aku akan berkobar-kobar bila dah mula setting azam baru. Banyak benda yang aku rangka dan plan dalam misi aku untuk melaksanakan azam tahun baru. Dengan harapan segala azam dan perancangan yang di citakan akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektif yang telah di tetapkan.(macam belajar management la plak, banyak yang kita boleh apply apa yang kita belajar dlm kehidupan seharian)

Tapi biasanya tak sampai seminggu, azam ke utara, plan ke selatan, objektif ke barat, aku pulak statik tak kemana-mana. Tetap seperti dulu dan tahun-tahun sebelumnya. Hangat-hangat tahi ayam. Itu peribahasa Melayu yang tepat untuk menggambarkan orang yang seperti aku dan yang seangkatan dengannya. Kenapa orang dulu-dulu mereka dan mencipta peribahasa sedemikian rupa? Adakah kerana budaya orang Melayu memang suka buat kerja separuh jalan? Sehinggkan ada peribahasa (genggam bara biar jadi debu,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan etc.) yang memerli golongan ini supaya lebih bersungguh-sungguh.

Sebab tu lah kita dapat lihat banyak tanah yang terbiar, projek yang terbengkalai (tak termasuk projek yang menghadapi financial problem) unqualified student, kompeni2 melayu yg gulung tikar. Bila kita bicara tentang Melayu banyak tentang negatif. Melayu tak berdaya saing, Melayu tak boleh di sentuh, Melayu terlalau manja, Melayu itu, Melayu ini..Mungkinkah ini adalah kesan dan natijah daripada sikap hangat-hangat tahi ayam? Bila dah buat kerja separuh jalan, macam mana Melayu nak maju, nak berdaya saing dengan kaum lain. Tapi satu je masalah yang aku dapat lihat dan mungkin menjadi batu penghalang kepada Melayu. Melayu sukar untuk menerima kenyataan.

Dan inilah yang berlaku pada aku sendiri. Aku tak boleh terima kenyataan aku menganggur di bumi sendiri. Sedangkan aku bumiputera di sini. Tapi dalam masa yang sama aku bersikap sehangat tahi ayam dan bukan sehangat mentari. Dan aku setuju dengan Che Det(perdana menteri malaysia yang ke-4 dan yang paling lama memegang tampuk pemerintahan), Melayu mudah lupa. Lupa pada sejarah Melaka betapa kita di jajah Portugis kerana bercakaran sesama sendiri. Lupa kejadian Highlands Towers sehinggakan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kita lupa Nurin Jazlin membawa kepada Sharlini. Peristiwa 13 Mei begitu mudah dilupakan sehinggakan banyak pihak yang begitu berani dan terbuka meniup api perkauman. Bukankah ini sindrom2 dan simptom2 hangat2 tahi ayam. Semasa hal ini hangat di perkatakan, bermacam pandangan di utarakan. Dari Kuatkuasakan undang2 sehinggalah cadangan yang tidak masuk akal. Tapi bila sudah sejuk dan reda, kita lupa. Betapa kita mudah lupa.

Coretan ini bukanlah untuk ditujukan kepada sesiapa. Tapi sebagai ingatan untuk diri aku sendiri. Aku lupa bagaimana semasa diploma dulu (sebelum aku sambung ijazah BAS kat sini,aku buat dip.accounting kat UiTM Machang) betapa aku main2 dan natijahnya aku tergolong dalam golongan unqulified student. Dan bila aku datang kesini, azam aku berkobar2 untuk berubah. Tapi dek kerana hangat2 tahi ayam dan bukannya hangat2 mentari aku masih seperti dulu. Dengan coretan ini aku dapat muhasabah diri aku agar pisang tidak berbuah dua,tiga,empat,lima kali..Sehangat Tahi Ayam @ Mentari? Aku akan cuba untuk menjadi sehangat mentari..

Wednesday, January 7, 2009

Senyumlah Sikit...

Hari ni kelas memenatkan. Seawal 8.00 pagi sehinggalah 4.00 ptg. Kalau bukan dek gap 2 jam (12-2) mau lunyai hari ni. otak pun dah tepu dengan segala macam ilmu (dari arab,management hinggalah IR). Allhamdulillah esok tidak ada kelas. Memang sengaja jadual di atur sedemikian rupa untuk memberi masa dan ruang yang lebih bagi merehatkan minda dan badan. (Khamis,jumaat n sabtu). Tambahan pula semester ini banyak pula subjek yang memerlukan saya untuk melakukan field reseacrh.

Bukan pasal field research yang mahu dikongsikan. Pasal senyum. Ada yang berkata senyum dapat meredakan kemarahan. Dalam islam itu sendiri, senyuman itu umpama sedekah. Jadi tidak rugilah untuk kita senyum. Tak payah keluarkan modal,wang ringgit atau tenaga, dah boleh buat amal jariah sedekah-SENYUMAN. Hatta kajian sains juga menunjukkan kita menggunakan sedikit otot di muka untuk menguntumkan senyum berbanding memuncungkan bibir dan berkerut dahi.

Tapi ada juga yang tak mahu senyum, walaupun bidang tugas mereka memerlukan mereka senyum. Ini selalu terjadi pada saya. Yang terbaru, apabila saya berurusan dengan kaunter kewangan. Bukanlah layanan 5 bintang yang di tagih, cukuplah sekadar senyum seikhlas hati. Itu dah memadai bagi saya untuk meredakan mengah mendaki tangga ke aras 3 yang menempatkan kaunter kewangan. Bila terjadi seperti ini, darah cepat je menyirap. Saya pun pernah bertugas di kaunter. Boss saya selalu pesan, apa pun terjadi SENYUM.

Another issue is, walaupun saya tegak berdiri di depan kaunter,diorang boleh wat derk jer. Angkat kepala pun tak. Sebesar badan saya mereka boleh tak nampak. Walaupun yang bertugas di kaunter 2 orang, tapi macam tak ada orang. Yang perempuan asyik bersembang dan yang lelaki buat kerja. Agak lama jugak saya berdiri di depan kaunter walaupun mata saya tidak buta untuk melihat mereka-mereka di belakang kaunter. Paling tidak ucapkanlah "adik sila tunggu sekejap". Setelah selesai berurusan, segera saya ucapkan terima kasih walaupun tidak berbalas. Seolah tidak ikhlas mereka menjalankan tugas. Berkatkah gaji yang dibelanjakan untuk anak isteri jika hati tidak ikhlas.

Kerajaan berhabis wang jutaan ringgit semata-mata untuk mempromosikan, membudayakan, melancarkan kempen budi bahasa. Sehinggakan dicipta lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza yang mempromosikan budi bahasa. Dengan insiden ini, jelas dan nyata kempen ini tidak berjaya. Mana adat, adab dan budaya timur yang selalu kita megah-megahkan, agung-agungkan. Semakin lama semakin terhakis budaya ini. Masyarakat hari ini lebih senang untuk mempraktikkan budaya samseng, dan kurang ajar. Banyak contoh yang berlaku, samseng jalanraya, pergaduhan berlaku saban hari hingga ada nyawa yang melayang. Kita kembali kepada zaman batu di mana yang kuat dan berkuasa mendominasi.

ini hanyalah salah satu insiden yang terjadi ke atas diri saya. Senyum merupakan sesuatu yang mudah untuk di lakukan. Dan ianya tidak melanggar mana-mana peraturan dalam dunia malahan tidak bertentangan dengan mana-mana agama di dunia, terutama islam. Tapi impaknya besar. Tak rugi untuk senyum. SENYUMLAH SIKIT...

Tuesday, January 6, 2009

Unqualified Student. Salah Siapa?

Hari ni my 2nd day bukak blog. Dalam kelas international relation tadi, serius aku tak faham sangat apa yang En. Mujibu ajar. Ni sebab lack of knowledge. Tak banyak membaca tentang hal2 yang terjadi di luar lingkup Malaysia. Natijahnya dalam kelas, pasang telinga, bukak mata, nganga mulut, tunggu orang suap.

Benda ni lah yang selalu terjadi kepada student2 IPTA di Malaysia terutamanya kaum Melayu. Bukan niat untuk menidakkan segelintir student Melayu yang memang sentiasa peka, aware dan yang seangkatan dengannya. Tetapi kehadiran mereka hanyalah di wakili persen yang kecil (sekadar anggaran). Dan selebihnya IPTA di Malaysia hanya di penuhi dengan student yang masih galak bermimpi, khayal dalam dunia cinta monyet, leka dalam mengejar impian dan cita2 tanpa ada setitis keringat yang gugur kebumi. Ibarat seperti Mat jenin. Memang ini yang terjadi di kalangan students Melayu masa kini. Kita tidak boleh menidakkan perkara ini hanya dengan mendedahkan kejayaan2 segelintir golongan yang di sebut di atas tanpa melihat kepada golongan yang sebaliknya iaitu golongan yang menamatkan pengajian tetapi tanpa kecemerlangan, kemilangan dan terbilang.

Ini juga punca kenapa kadar pengangguran di Malaysia amat tinggi. Kepada siapa hendak di tuding jari apabila hal ini berlaku? Selalunya kesalahan ini akan di pikul oleh students itu sendiri. Tapi apabila di hitung, di congak dan dihisab apa puncanya student Melayu menjadi begitu malas, dan hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan. Tentu ianya berpunca daripada didikan di rumah. Iaitu ibu bapa, adik beradik, datuk nenek serta orang2 di sekeliling yang mempengaruhi dalam pembentukan sahsiah.

Apabila dipanjangkan lagi kenapa ibu bapa memberi ajaran sedemikian rupa terhadap anak2 mereka, kerana mereka mengikut contoh daripada ibu bapa mereka dan begitu seterusnya. Jika dihitung sampai 7 keturunan belum tentu kita jumpa penyebabnya. Secara pukal dapat disimpulkan semua yang terlibat memainkan peranan penting. Tiada siapa yang salah. Tetapi jika ingin menuding jari, kesalahan total harus di tujukan kepada pemimpin terdahulu yang bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju orang Melayu. Kononya merekalah yang mewakili orang Melayu, membela nasib orang Melayu. Tanpa mereka sedari, mereka telah menggula-gulakn orang Melayu sehingga orang Melayu telah lupa bahawa mereka perlu untuk survive. Pemimpin2 ini yang telah membentuk masyarakat Melayu yang selesa dalam comfort zone mereka tanpa perlu untuk berusaha sedaya upaya.

Dan mungkin sebab ini jugalah, segala gejala sosial di Malaysia samada maksiat, pergaulan bebas, dadah, dan sebagainya, kaum Melayu di wakili percent yang tinggi. Orang melayu perlu untuk melupakan zon selesa mereka untuk lebih survive dan belajar hidup susah. Mungkin dengan cara ini dapat menyedarkan orang Melayu dari lena yang panjang.

Saya pun orang Melayu, dan di lahirkan dalam keluarga dan kejiranan Melayu. Saya sedar tentang semua ini. Dan saya selalu memerhatikan dan membuat kesimpulan sendiri. Coretan ini adalah sekadar pemerhatian saya dan tidak berniat untuk memburukkan dan memalukan sesiapa...

Monday, January 5, 2009

Welcome to www.ejuputera.blogspot.com. Sebenarnya saya tak tahu n tak berminat pon nak ada akaun ni. Tapi bila En. Salehuddin (lecturer CSC kami) mintak kami hantar soalan melalui benda lah ni, terbuka jua hati untuk ada akaun ni.

Selalu dengar orang dok sembang pasal benda lah ni. Even di peringkat kebangsaan pun orang dok sembang pasal blog melalui rancangan "Blog" kat RTM1. Sejak prestasi buruk yang di tunjukkan oleh kerajaan BN dalam pilihanraya yang ke-13 yang lepas isu blog ni makin panas. selepas analisis or post mortem PRU 13, salah satu faktor kemerosotan pengaruh or empayar BN di kalangan rakyat Malaysia yang bangkit dari mimpi lena adalah Blog. Besar pengaruh blog ni.

tak tahu nak tulis apa..juz omong2 kosong je..
welcome to the blogger world to me..