Thursday, February 17, 2011

Rejected

1- Rejected ataupun di tolak merupakan sesuatu yang sukar untuk di terima oleh sesiapa sahaja. lebih2-lebih lagi bagi diri seorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi.kesan daripada di tolak ini juga boleh meninggalkan kesan psikologi kepada empunya diri. dan ianya amat sukar untuk pulih seperti sediakala.

2- Banyak hal dan bidang yang boleh menyebabkan diri kita di tolak @ rejected. dalam percintaan ataupun sesuatu perhubungan perkara ini adalah lumrah biasa. begitu juga dalam alam pekerjaan dan kehidupan seharian.

3- Cuma apa yang saya tekankan kat sini dalam alam pekerjaan sebab ianya terlalu dekat denagn diri saya sekarang. anggapan mencuba dan memohon untuk semua jenis pekerjaan kerana ianya satu peluang adalah sesuatu yang boleh menyebabkan kita punya self-esteem and self-confidence akan turun.

4- Kenapa?sekiranya permohonan di terima dan di panggil untuk temuduga dan tidak berjaya. di sini self confidence akan jatuh."kenapa aku tak dapat?aku tak layak.aku teruk" bila dah jadi macam tu..percayalah..ianya mengambil masa yang lama untuk sembuh dan tingkatkan balik confidence.

5- Bile semua dah lowed, susah untuk kembali seperti biasa.untuk elakkan daripada berlaku, seeloknya kita apply untuk kerja yang sememangnya kita mahu dan faham tentang kerja tu.barulah peluang untuk kita dapat cerah dan boleh elakkan daripada rejected.

6- Tapi semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.sejauh mana kita mampu untuk motivasikan diri sendiri, sejauh mana kita mampu untuk tingkatkan keyakinan diri dan sejauh mana kita boleh menyembuhkan luka yang bakal terjadi..

Wednesday, February 16, 2011

Coret-Coretan..

1- Baru je bace blog che' det. ermm..aku xtau nk sokong ape. walaupun aku ni ahli berdaftar UMNO, tapi ade certain2 things dalam umno yang aku xsuka. dan pemikiran aku xsehaluan dgn PAS walaupun certain2 things dalam PAS aku suka. dan pada pendapat aku PKR totally nonsense. hanya memecahbelahkan umat Melayu yang semakin hari semakin mengecil.

2- Kenapa semakin mengecil? Umat Melayu sekarang terbahagi kepada 3 (UMNO,PAS,PKR). dalam 3 bahagian ni ade pulak puak melayu yang lupa daratan. dorang xkisah melayu ni masih wujud atau x. yang dorang tahu, kocek mesti di isi penuh. Melayu berkiblatkan barat pun ramai. Makin kecil Melayu di Tanah Melayu.

3- Pada aku, ke-3 parti puak melayu ni memang bongkak dan sombong. 1-bongkak dengan kuasa boleh menongkat langit samapi 20 keturunan..2-bongkak dan sombong nak memerangi melayu sendiri sampaikan dipergunakan musuh.bodoh sombong la tu..3-bodoh dan sombong,sibuk nak jatuhkan melayu lain..

4-Malaysia a.k.a Tanah Melayu ni sudah nazak..swarnabumi makin tandus..sudah tiba masanya pemimpin yang ada untuk turun secara terhormat.pilihan di tanagn masing2..samada terhormat atau dendam kesumat..bagi peluang kepada golongan muda yang lebih segar dan agresif dalam memacu pembangunan dan perubahan.

5-Dari sumber yang aku perolehi PRU yang akan dtg ni kerajaan sedia ada akan kekal. tapi itu hanyalah ramalan semata. dan dari sumber jugak UMNO sekarang sedang berusaha keras untuk kekal. cuma satu jer yang aku harap calon YAB nanti harus membuat medikal check up.aku rasa usul ni amat perlu.sebab untuk penggal ni saja,hampir 15 PRK di adakan.dan ini terang2 membazirkan wang rakyat,membazir tenaga.padahal wang dan tenaga itu kalau di gunakan untuk membasmi kemiskinan ataupun subsidi untuk golongan sasar lebih afdal.

6- Tapi siapalah aku.sebab orang yang bodoh sombong dan mengikut nafsu dan berajakan RM yang yang sedang berada di puncak. mereka semua ni takut untuk berubah demi kebaikan rakyat sejagat.

Tuesday, February 15, 2011

K.A.H.W.I.N



"Bila nak kawen?" soalan yang cukup-cukup aku benci dan tak suka.
K.A.H.W.I.N merupakan satu ikatan antara dua insan (off course laki pompuan)dan di tuntut dalam agama. persoalan yang berlegar sekarang dalam kepala otak aku ni..bila aku nak kawen?

Aku tak tau ape nikmatnye kawen sebab aku tak penah kawen. Dan aku jugak tak tau nikmatnye kawen daripada cerita-cerita orang lain sebab masyarakat melayu memang tak berbicara tentnag hal dalam kain. Aku tak tahu keindahan kawen sebab orang melayu nak tunjuk kasih sayang depan orang ramai.semua nak sorok dalam kain je.



Ape yang aku di sajikan cerai-berai perkahwinan. Gaduh laki bini tak cukup duit sebab nak bayar hutang wat kawen. Sebelum kawen i know the best, lepas kawen know the rest. masa tu la kurap panau keluar.

Camana la aku nak kawen..Gugurl pon xdak lagi ni..tu belom lagi dok fikir belanja nak kawen..kurang-kurang 20K kena ade dlm tangan..nampak gayanya dah ganyut (sekarang dah gendut) pon xkawen la jawabnye..
cari gugurl dulu la..then kawen..anybody?

SuaraOrangTimur: Kelantan Kini,:Berlambaknya Aktiviti Menjual Lendi...

SuaraOrangTimur: Kelantan Kini,:Berlambaknya Aktiviti Menjual Lendi...: "Salam Mesra Kepada Semua Rakan Blogger's Dan Pembaca Yang Budiman Sekalian.Kali Ini Terpanggil Apabila Sudah Banyak Pendedahan Demi Pendedah..."

Saturday, February 12, 2011

EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (EDP)

1-EDP adalah satu program anjuran pembangunan sumber manusia berhad (PSMB) dan ianya khusus untuk graduan-graduan yang masih belum bekerja. Secara umumnya program ini adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia dan yuran serta elaun adalah di tanggung sepenuhnya oleh Kementerian ini (GOV M'SIA).

2-Program ini berlangsung selama 4 bulan di mana 2 bulan untuk training (kelas/teori) dan 2 bulan praktikal di syarikat-syarikat swasta. Sepanjang program ini berjalan peserta di beri elaun sebanyak RM500.00. Walaupun tak cukup,ianya memadai untuk menampung pengangkutan kos dan kos makan minum.

3-Aku mengikuti program ini yang telah di jalankan oleh KEMAHIRAN PROGRESIF yang berlokasi di Sri Rampai, Setapak, KL. Dan aku bernasib baik kerana trainer yang berpengalamn luas telah sudi untuk berkongsi maklumat malah tips-tips yang berharga.

4-Dan aku juga telah berpeluang untuk mendapat pekerjaan setelah tamatnya program ini. Tetapi ianya bergantung kepada kebolehan serta performance aku juga nanti.

5-Wlaupun segala maklumat dan informasi serta tips yang aku dapat melalui program ini aku boleh dapati dari mana-mana sumber malahan dari universiti,tapi trainer yang program ini berpengalaman dan berkongsi berdasarkan pengalamn sebenar. Ianya membuka minda tentang maklumat yang sebelum ini perlu di kembangkan lagi.

Thursday, February 10, 2011

Menuju Pulau Impian

1-Kini sudah bulan Febuari..rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut tahun baru 2011..dan juga selamat menyambut tahun baru cina..

2-Dah lama tak update blog aku ni..banyak perkara yang nk di tulis..tapi sebab malas bersawang blog aku ni..

3-Aku update hari ni sebab tergerak hati tengok kawan2 update blog..walau perkataan yang di tulis hanya 4 perkataan, kire update gak r tuh..

4-Sekarang ni aku masih lagi terumbang ambing mencari hala tuju..nasib baik aku cepat tersedar, kalo tak aku dah jauh belayar dengan kapal yang aku tak suke..natijahnya aku masih lagi terdampar kat pulau yang di diami lebih 100 ribu orang yg bijak pandai..

4-Tapi aku percaya pada hikmah di sebalik kejadian..kerana tuhan itu maha adil dan maha mengetahui..dan aku percaya adanya pulau yang lebih baik untuk aku diami..

Monday, July 12, 2010

Rezeki oh Rezeki..

Kalau dah bukan rezeki, makanan dalam mulut pun boleh keluar balik. Kalau dah tak der rezeki, macam2 boleh berlaku. Kena tenang dan berfikir sejenak. Apa yang kita buat betul atau tidak. Mungkin sebab terlalu asyik hingga lupa dan sesat. Kalau tuhan nak tarik rezeki cepat je. Sekelip mata boleh berlaku.

Ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Mungkin ini juga satu ujian. Jika di teliti dari sudut positif, ujian ini akan menguji tahap kesabaran kita. Membuatkan kita lebih kuat dan tabah mentaliti. Dan juga menyedarkan kita dari terus terlena. Tuhan tidak akan uji hamba-Nya lebih dari kemampuan diri kita.

Mungkin juga kita tidak cukup berusaha untuk rezeki itu. Jadi Tuhan tarik supaya kita lebih berusaha dengan lebih kuat supaya kita layak untuk apa yang kita dapat. Kalau nak bercakap pasal rezeki, takdir , nasib terlalu laus dan banyak. Cuma jangan terpesong dan terlalai sehinggakan menyalahkan nasib untuk musibah yang menimpa.