Wednesday, January 20, 2010

Assalamualaikum..
lama sudah page ni x update..kalo rumah sudah bersawang..kereta dah berkarat brek..
kalo org yg da lama koma n mula2 sedar pasti kebingungan..

Banyak cerita..peristiwa..suka duka..lucu berlaku..
Yang pasti tahun berganti menganjak umur ke depan..
sudah lebih 1/4 abad bernafas di alam fana dgn segala suka duka,pahit manis,getir hidup..
Kalau itu semua masih belum mematangkan fikiran, xtahu lah..

Tahun baru 2010 bermula dgn semester baru..semester akhir yg penuh dgn kerisaun n kejutan yg bakal berlaku..
tapi aku xtahu apa kejutan itu..
yang pasti dosa berbakul sudah jd bertan..

Tahun 2010 juga dtg dgn azam baru yg semangatnya dtg ntha dr mana..
harapnya azam ini tidak berkubur seperti tahun sudah..
yang pasti azam ini sukar di lakukan..

Semester baru tapi semester terakhir..Sayonara bumi kedah yang gersang n panas ni...
Tapi kerisauan terbit mampukah aku tuk meninggalkan bumi kedah dgn penuh kegemilanagn dan juga sebagai wira?????
Yang pasti aku akan kembali ke bumi kedah ini n bukan di Lembah gersang bujang dan bukan sebgai pelajar,mungkin sbg pelawat,pelancong,pekerja atau pemastautin!!!!

Tahun 2010 juga mungkin menyaksikan aku bakal menjadi penganggur terhormat yang mencari lubang2 rezeki di celah2 gergasi kabel koloni lebah yang kerjanya menghasilkan madu yang menjadi penawar yang paling mujarab..

Tahun 2010 baru bermula dan masih panjang untuk aku lakarkan dan warnakan kain 2010 samada menjadi corak yg menarik atau sekadar kain basahan alas pijakan kaki rakus menghisap madu..

2010 mengeruhkan sungai di kuala simpang 3 (mungkin lebih dr simpang 3)dan menyusahkan kaum2 di kuala tetapi di hulu airnya masih lagi bersih walaupun keruh kadangkala bila hujan lebat..
Di kuala airnya di cemari aktiviti di tepian sungai..
Mungkin juga org hulu akn turun ke kuala n org kuala akan naik ke hulu..
erubah angin kadangkala bagus juga..

Saturday, August 29, 2009

Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Kemerdekeaan Yang Ke-52..

Setahun sudah berlalu.Rasanya baru semalam berpuasa kat bumi kedah ni.

Hari ni puasa jugak, tapi untuk tahun yang lain.Pejam celik dah hampir 2 tahun aku kat

kedah ni.Awal Ramadhan tahun ni jatuh pada hari Sabtu,bagi warga KL dan yang

seangkatan dengannya peluang di ambil untuk menyambut awal Ramadhan di kampung masing-

masing. Tapi bagi kami di negeri Utara ni, tak dapat berbuat demikian.

Minngu pertama puasa aku sudah di kejutkan dengan berita kemalangan membabitkan mak

aku di Gua Musang. Nasib baik hanya cedera ringan dan keadaan kereta tidak teruk.

Cukup 7 hari puasa aku pula yang terlibat dalam kemalangan. Syukur aku tidak

mengalami kecederaan. Kami semua selamat. Tapi kereta? Volvo Vs. kancil..



Tahun ni Perayaan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-52 jatuh pada bulan puasa.

Sambutan hanyalah sekadar sederhana di perkarangan Parlimen. Apa yang dapat di lihat

di kalangan rakyat Malaysia, tahap semangat patriotik masih amat berkurangan. Baik

Melayu, Cina ,India atau lain-lain. Dalam usia 52 tahun kemerdekaan, masih ramai

yang leka dan lalai akan kepentingan negara. Apa ertinya rakyat tanpa negara.

walau apapun masih ada yang semangat patriotiknya tinggi. Itupun hanya dalam

kalangan veteran sahaja. Aku tak mahu mengulas panjang hal macam ni, nanti ada yang

melenting. Tapi aku amat bersyukur hidup dalam negara yang merdeka dan aman damai

ini. Selamat berpuasa dan selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-52..

Tuesday, August 11, 2009

H1N1 menghantui dunia...UiTM?


Satu dunia kecoh pasal H1N1 ni..
Kat UiTM ni pon kecoh..
Walaupun xder kes yang positif tapi ianya agak membimbangkan..
Kadar student yang demam meningkat hampir 100%..
Sebagai langkah berjaga2 UiTM telah mengkuarantinkan student yang di suspek mengalami gejala2 H1N1..
Banyak langkah yang perlu diambil untuk mengelak H1N1..
layarilah www.moh.gov.my..

Thursday, August 6, 2009

Protegeons Notre Planete a.k.a Protect Our Planet



Jom kita sama-sama menjaga bumi kita dengan kitar semula..
Banyak benefit dari ni..
1- global warming
2- flood
3- land slide
4- clean water source
5- the most important for our generation..

kepada kawan-kawan yang menyokong program ni, terima kasih yang tidak terhingga..
Semoga bumi hari ini kekal untuk geneasi seterusnya..

Monday, July 27, 2009

Al-Fatihah buat arwah Muhammad Yamin b. Jahaya


Inilah satu-satunya gambar aku bersama arwah

Pada 23 Julai 2009 (hanya beberapa hari selepas ulang tahun hari lahir aku),kami telah kehilangan seorang sahabat. Arwah telah meninggal kerana masalah jantung semasa sedang bermain badminton.

Kali terakhir aku bertemu dengan arwah adalah semasa majlis solat hajat dan bacaan Yasin pada malam tersebut. Tapi tidak sempat menyapanya kerana kami duduk berjauhan. Aku agak terkilan. Kerana sebelum ini banyak benda yang berlaku. Sebagai sahabat aku telah menemani arwah sehingga perjalanan yang terakhir. Semoga arwah di cucuri rahmat-Nya.

Buat keluarga arwah, terimalah takdir ini dengan redha. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman di sisi Tuhan.

AL-FATIHAH...

Tuesday, July 21, 2009

Besday=Tua?



Minggu lepas 6 jahanam da group cam bese wat gathering..
lokasi kt TiTi Hayun, Yan..
Ermmm..bez..
walaupun banyak benda yg berlaku sebelum tuh..
contohnya kejar mengejar di tgh malam dengan pak guard..
Alhamdulillah berjalan dengan lancar jugak..
bese la plan ade larik sket tuh...




Pa pon tengkiu pada yang terlibat..
sambut besday tak penting..
yang penting kita enjoy..


Psstt..Sem depan ke mana pulak geng 6 jahanam nak pg?

Birokrasi...Birokrasi...Birokrasi....

Aku dah penat dengar perkataan ni.
Bila dah kena batang hidung sendiri aku rasa bengang tol.
Rasa cam nak bom jer @#$%^ tuh.
Menyusahkan aku betol.
Birokrasi ni mana-mana pun ada.
Bezanya levelnya tinggi atau rendah je.
Aku dah fed up dan malas sekali nak berhadapan dengan benda ni.
Yang jadi mangsanya orang-orang bawahan dan yang sewaktu dengannya.
Harap-harap aku tak terlibat dengan birokrasi lagi..

Korang kalau ada cer pasal birokrasi ni kongsi lah kat sini..