Wednesday, May 26, 2010

Trip ke Gunung Jerai..18th November 2009

Dah hampir setahun baru aku berkesempatan untuk mencoretkan trip ke Gunung Jerai yang terletak dalam daerah Yan. Setiap hari aku melihat puncak gunung Jerai dari rumah sewa dan akhirnya berpeluang jugak untuk menjejak kaki ke sana. Perjalan seawal 9 pagi menuju ke kaki gunung dan merupakan pintu masuk. Ada pelbagai cara untuk ke Puncak Jerai samada mendaki dengan menggunakan kereta atau motosikal persendirian atau menggunakan van yang memang di sediakan untuk membawa pelawat dan pelancong ke puncak Jerai. Pelancong juga boleh memilih untuk mendaki secara jungle tracking melalui track yang telah di sediakan.

Perjalanan ke kaki gunung hanyalah 1/2 jam dari rumah sewa. Perjalanan ke atas adalah sejauh 13KM melaui jalan yang berliku di lereng bukit. Amat mnyeramkan bagi aku perjalanan ini. Aku sehinggakan tak sempat bernafas. Aku ni seorang yang gayat. Jadi ianya amat menyeksakan aku sepanjang perjalanan ke atas. Tambahan pula keadaan hujan renyai di musim tengkujuh.

Tapi bila selamat sampai di atas, pemandangan yang cantik terbentang di depan mata untuk di nikmati.Sungguhpun begitu pergerakan di atas Puncak adalah terhad kerana terhadnya tanah rata.Tapi ianya seronok dan menenangkan.











Kalau ade rezeki boleh ke sana lagi..mungkin untuk bulan madu..hahahahah

Monday, May 24, 2010

Berapa Umur Kamu?

"Berape umur?
ermm..da tua dah..26..
hmmm..xnampak mcm 26 pon..nampak muda dr tuh.."

"tuh gambar awak ker?
ya la sapa lagi..
bape umo awak?
26!
u look too young!!"

"awak part 1 ker?" Soalan yang pnh junior tanya kat aku.

"Tunggu sekejap ye dik.."padahal cashier tu sah2 lepas SPM.



Itu adalah situasi yang pernah aku lalui.Cuma kat sini aku jugak tertanya2 adakah sifat dan perangai seseorang itu mempengaruhi penampilan diri dan rupa bentuk luaran seseorang itu. Sebab aku sendiri pun mengaku,aku tak pernah rasa yang diri aku sudah menginjak ke lewat 20-an.Aku masih rasakan yang diri aku di alam remaja yang lepas alam persekolahan.Jika nak di bandingkan dengan rakan taulan yang seangkatan dan sebaya dengan aku,terlalu jauh perbezaan yang ketara antara kami.

Atau cara hidup boleh menentukan gaya penampilan seseorang. Dan juga persekitaran banyak mempengaruhi. Mungkin jugak sebab aku masih lagi di kelilingi oleh alam study. Tapi junior aku lebih kelihatan senior dr aku,ape kes?huhuhuhu.... Kadang-kadang orang yang lebih muda usianya dari aku lebih kelihatan matang dan berusia dari aku. Persoalannya,adakah mereka matang dalam pemikiran dan tindak tanduk mereka?
aku sendiri pun belum matang..sebab dlm proses mencari pengalaman. Pengalaman adalah cikgu sebenar yang mengajar praktikal bukan teori.

Apa-apa pun,umur tak penting. Seperti yang Cik BAd selalu sebut, umur hanyalah nombor. Apa yang penting kat dalam diri kita. Kadang-kadang aku malu kalo orang tanya BErapa Umur Kamu?hhahah..perasan tol aku nih..Berapa Umur Kamu?

Surat Berantai

Tadi aku ade terima satu mesej dlm facebook aku. Mesej tersebut secara lebih kurang telah meminta aku untuk menghantar/forward mesej tersebut kepada 20 teman dan rakan. Jika tidak aku akn di timpa musibah seperti kehilangan sesuatu yang berharga.Mesej ini merupakan surat berantai.Aku bukan tak mau percaya, tapi secara logik akal bolehkah ia berlaku tanpa izin Yang Maha Esa. Mesej tersebut aku telah terima beberapa minggu lepas.

Dan aku telah forward kepada teman 20.Tak de ape pon yg berlaku. Duit yang aku tunggu2 pun tak masuk. Jadi aku simpulkan benda ni mengarut dan boleh jadi khurafat kalau tersalah tafsir. Cuma apa yang terkandung dalam mesej tu adalah satu nasihat dan peringatan yang berguna. Tak salah kalau kita menyebarkan peringatan kepada umat islam yang lain demi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Aku telah forwardkan mesej tersebut pada kali pertama sebab aku rasa bertanggungjawab kepada sesama Muslim.Mesej yang aku terima tadi sudah tidak wajib malah tidak perlu untuk aku sebarkan lagi.

Kadang2 aku terfikir juga,Kalaulah orang yang menerima surat berantai ini samada dari segi phisycal atau sms dan pada masa yg sama tidak mmpu untuk menyebarkan surat berantai tersebut (xada kredit & kewanagn)adakah mereka akan di timpa malang? amat malanglah nasib mereka, dah la tidak berduit dan akan di timpa malang kerana tidak menyebarkan surat berantai tersebut. Sudah jatuh di timpa tangga,tercium pulak taik ayam..Kadang2 surat berantai ni seolah2 memaksa kita untuk melakukannya. Saya tak tahu sangat dan tidak pernah terbaca atau mengetahui pasal surat berantai ni di ulas oleh para ulama. Saya hanya mengulas dari sudut pandanagn dan logik akal saya sahaja.

Thursday, May 20, 2010

Anak-Anak Kita..

Mat ni orang kampong
Anak bina kena di kepong
Takut-takut depa terpesong
Jadi tragidi tak guna melolong.

Janganlah kita jadi kilang
Buat anak malam dan siang
Anak kita bukan barang-barang
Jagalah mereka jangan kepalang.

Anak orang jahat kita marah
Kita mengumpat tak sudah-sudah
Tapi anak sendiri buat mudah
Akhir-akhir kita tanggung padah.

Sayang bini tinggal-tinggalkan
Sayang anak tangan-tangankan
Jangan tersangat bagi kebebasan
Takut merana tubuh dan badan.

Jangan bagi anak kereta dan motor
Kalau mereka di bawah umur
Kalau jatuh mati tersungkor
Tak guna lagi kepala dan ekor.

Jangan dok salah kepada orang
Kalau jaga anak kita lebih kurang
Anak merayau malam dan siang
Jadi hantu, jadi jemalang.

Jagalah anak jagalah bini
Biar tahu mana depa pi
Kalau kena tembak cedera dan mati
Teriak darah pun tak guna lagi.

Mat Tunjang berundur dulu
Hilir dan hulu nak kena tuju
Menega kecik mamanglah macam tu
Belanja keluar untung belum tentu.

Di petik darpada Mat Tunjang Enterprise

Tuesday, May 18, 2010

Bangga Diri, Riak & Takbur

Orang yang suka membanggakan dirinya adalah orang yang lemah. Kerana, membanggakan diri adalah salah satu bentuk terapi untuk memotivasikan diri dan menutup kelemahan diri. Dan orang jenis ini juga adalah orang yang suka mencari perhatian/publicity/attention seeker. Tak salah nak bangga diri, tapi biarlah bertempat. Sehinggakan menimbulkan umpatan dan fitnah. Memanglah bagus untuk berbangga dengan diri sendiri, tapi pada masa yang sama mengumpul dosa bagi orang skeliling. Sebab tu dalam Islam di galakkan untuk merendah diri.


Cukup tak suka dengan orang yang berlagak dan menunjuk2 kelebihan yang di miliki. Apa yang mahu di tunjuk sebenarnya hanyalah sifat riak dan takbur, bukan barang dan kemewahan di miliki. Secara tak langsung menunjukkan buruk perangai diri sendiri ibarat membuka pekung di dada. Ada segelintir teman2 yang berperangai sedemikian, sehingakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan teman2 yang tidak mampu. Aku sentiasa mengingatkan diri supaya tidak riak dan takbur.

Aku nak buat, TAPI...

Baru aku sdar selama ni aku banyak sangat menggunakan perkataan TAPI. Tapi itu,tapi ini dan macam-macam tapi lagi. Sedar tak sedar perkataan tu lah yang menyebabkan aku bertangguh, beralasan, bermalasan, berhalangan dan bermacam ber.. lagi. Dan setuju atau tidak perkataan itu jugak yang membuatkan aku gagal, kecewa, sedih, marah, tertekan dan sebagainya.

Di sebabkan perkataan tapi juga lah yang menyebabkan aku berhalangan untuk membuat sesuatu perkara. Tak kira benda baik atau buruk. Menyebabkan teragak-agak dalam membuat pekerjaan dan juga menghilangkan keyakinan diri. Tapi juga adalah perkataan terbaik untuk memujuk diri sekiranya sesuatu perkara berlaku. Contohnya, markah test aku rendah, TAPI sebab yang di baca tak masuk dalam soalan. Dan bermacam contoh lain lagi.

Kadang-kadang elok jugak kita mengamalkan budaya YES BOSS, BAIKLAH, BOLEH, OK, dan sebagainya. Tak salah untuk kita menjadi pak turut kalau ianya adalah untuk kebaikan diri kita sendiri. Tetapi haruslah di nilai baik buruk setiap sesuatu pekerjaan yamg ingin di turuti.

Semoga aku tidak mengamalkan budaya TAPI lagi selepas ini..TAPI, boleh ke?

NYAH kau tikus dari sini!!

Operasi meghalau/membunuh tikus sedang giat di lakukan. Kalau dulu ada gak kucing kat umah aku ni. Name kucing tuh "SELAMAH". Nama org2 zaman dulu kala.ehhehe.aku sengaja letak nama tuh. Tak de la tikus bermaharajalela. Sekarang tikus2 ni suma sudah nek tocang. Depan aku selamba jer melintas. Menguji kesabaran aku tol.

Dan yang paling buat aku hilang sabar bila aku bukak tudung periuk, ade tikus. Melompat la aku terkejut. Penat jer aku masak nasi goreng. Tapi sudah di makan oleh si tikus durjana. Bersiap sedia lah tikus untuk berperang dengan aku. Aku dah beli racun tikus spesel tuk korang sumer. GET READY!!!