Wednesday, February 23, 2011

Perjalanan Masa

:: Andai dapat aku ulangkan masa, aku nak berada kembali di zaman aku kanak-kanak. dan kalau boleh aku nak ubah perjalanan hidup aku, supaya aku tidak jadi seperti hari ini. jika ianya semudah memetik jari ataupun berkelip mata. pasti dunia ni tidak ada penderitaan dan kemusnahan. semuanya berjalan dengan lancar dan aman.

:: Andai dapat aku ubah dan tentukan hidup aku sendiri, pasti hidup aku tidak berada di tempat hari ini. dan semestinya aku berada di tempat yang lebih baik. sebab aku dah mengubah masa dan aku merubah masa depan.

:: Tapi aku percaya kepada takdir dan ketentuan.tanpa semua yang aku lalui selama ni,aku tak kan berada di tempat sekarang.aku takkan jumpa dengan kawan-kawan sekarang.aku takkan melalui pengalaman pelbagai seperti sekarang.

:: Hidup ni tak semudah seperti dalam drama yang selalunya indah.tak seperti garapan novel yang berkesudahan denagn kebahagiaan.tidak sesingkat perjalanan filem di layar perak.hidup ini penuh dengan warna.penuh denagn suka dan duka.penuh dengan gelak tawa,waima airmata.malah penuh dengan hinaan, cercaan, makian dan juga nista.

:: Cuma kita perlu bijak untuk melalui kehidupan seperti apa yang kita inginkan.mesti bijak melakar perjalanan dan tentukan arah tuju berpandukan kompas yang di bekalkn.

Saturday, February 19, 2011

Nama Saya..

M= Motivated,Moderate, Matured
O= Obserever, Outstanding
H= Humble, Honest, Humour
D= Defender

A= Ambitious, Addaptable
I= Independent
R= Responsible, Revitalize
J= Justice, Jeolus of others achievement
U= Understanding, Unpredictable
D= Desires
D= Dynamic
I= Interesting
N= Natural

Friday, February 18, 2011

Minggu Ni..

1- Minggu ni merupakan minggu tensen aku.aku tensen sebab line CELCOM macam siput BABI yang dah tua nak MAMPOS.wat menambah dosa aku dok menyumpah seranah. aku ade pengalaman ngan CELCOM ni.dan aku tau CELCOM ni sangat-sangat bermasalah.

2- Walaupun aku tau tapi masih guna jugak.aku lebih prefer DiGi buat masa sekarang ni.walaupun secara pukul rata,internet provider dekat malaysia ni semuanya sama.xder satu plan pun yang untungkan pengguna.tapi CELCOM is the worst among them!!!

3- Hari ni aku belajar sesuatu yang baru.sehingga sekarang baru aku tahu ape maksud cute. CUTE=ugly but addorable!!! terkejut beruk aku bila tahu. terdengar orang dok cakap camtu kat aku. maksudnya kau ni buruk tapi orang suka.orang masih nak.macam spongebob,bukanya cantek macam anak patung barbie.dengan warna kuning,segiempat membuatkan ianya cukup hodoh.tapi orang masih boleh terima dan meminatinya.itulah yang di katakan cute.cute jugak dikaitkan dengan benda-benda kecik seperti panda.

4- So,bile orang puji anda adalah cute..faham jer la maksudnya..kalau kita cantik atau kita harus di puji kecantikan kita bukan kerana cute.

5- Minggu ni jugak aku mengharubgi pengalaman malam di BB.En wunk jemput aku untuk teman dia. dia dapat voucher penginapan percuma kat mutira villa.dah ade org jemput tu so jgn dilepaskn peluang.boleh tahan la kehidupan mlm di sini..

6- Mingu ni jugak aku lepaskan gian menyanyi @ kareoke. dah macam wat konsert. aku beruda ngn amir jer.masing2 kaki kareoke.so ape lg..konsert bermula la.hheheheh

Thursday, February 17, 2011

Rejected

1- Rejected ataupun di tolak merupakan sesuatu yang sukar untuk di terima oleh sesiapa sahaja. lebih2-lebih lagi bagi diri seorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi.kesan daripada di tolak ini juga boleh meninggalkan kesan psikologi kepada empunya diri. dan ianya amat sukar untuk pulih seperti sediakala.

2- Banyak hal dan bidang yang boleh menyebabkan diri kita di tolak @ rejected. dalam percintaan ataupun sesuatu perhubungan perkara ini adalah lumrah biasa. begitu juga dalam alam pekerjaan dan kehidupan seharian.

3- Cuma apa yang saya tekankan kat sini dalam alam pekerjaan sebab ianya terlalu dekat denagn diri saya sekarang. anggapan mencuba dan memohon untuk semua jenis pekerjaan kerana ianya satu peluang adalah sesuatu yang boleh menyebabkan kita punya self-esteem and self-confidence akan turun.

4- Kenapa?sekiranya permohonan di terima dan di panggil untuk temuduga dan tidak berjaya. di sini self confidence akan jatuh."kenapa aku tak dapat?aku tak layak.aku teruk" bila dah jadi macam tu..percayalah..ianya mengambil masa yang lama untuk sembuh dan tingkatkan balik confidence.

5- Bile semua dah lowed, susah untuk kembali seperti biasa.untuk elakkan daripada berlaku, seeloknya kita apply untuk kerja yang sememangnya kita mahu dan faham tentang kerja tu.barulah peluang untuk kita dapat cerah dan boleh elakkan daripada rejected.

6- Tapi semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.sejauh mana kita mampu untuk motivasikan diri sendiri, sejauh mana kita mampu untuk tingkatkan keyakinan diri dan sejauh mana kita boleh menyembuhkan luka yang bakal terjadi..

Wednesday, February 16, 2011

Coret-Coretan..

1- Baru je bace blog che' det. ermm..aku xtau nk sokong ape. walaupun aku ni ahli berdaftar UMNO, tapi ade certain2 things dalam umno yang aku xsuka. dan pemikiran aku xsehaluan dgn PAS walaupun certain2 things dalam PAS aku suka. dan pada pendapat aku PKR totally nonsense. hanya memecahbelahkan umat Melayu yang semakin hari semakin mengecil.

2- Kenapa semakin mengecil? Umat Melayu sekarang terbahagi kepada 3 (UMNO,PAS,PKR). dalam 3 bahagian ni ade pulak puak melayu yang lupa daratan. dorang xkisah melayu ni masih wujud atau x. yang dorang tahu, kocek mesti di isi penuh. Melayu berkiblatkan barat pun ramai. Makin kecil Melayu di Tanah Melayu.

3- Pada aku, ke-3 parti puak melayu ni memang bongkak dan sombong. 1-bongkak dengan kuasa boleh menongkat langit samapi 20 keturunan..2-bongkak dan sombong nak memerangi melayu sendiri sampaikan dipergunakan musuh.bodoh sombong la tu..3-bodoh dan sombong,sibuk nak jatuhkan melayu lain..

4-Malaysia a.k.a Tanah Melayu ni sudah nazak..swarnabumi makin tandus..sudah tiba masanya pemimpin yang ada untuk turun secara terhormat.pilihan di tanagn masing2..samada terhormat atau dendam kesumat..bagi peluang kepada golongan muda yang lebih segar dan agresif dalam memacu pembangunan dan perubahan.

5-Dari sumber yang aku perolehi PRU yang akan dtg ni kerajaan sedia ada akan kekal. tapi itu hanyalah ramalan semata. dan dari sumber jugak UMNO sekarang sedang berusaha keras untuk kekal. cuma satu jer yang aku harap calon YAB nanti harus membuat medikal check up.aku rasa usul ni amat perlu.sebab untuk penggal ni saja,hampir 15 PRK di adakan.dan ini terang2 membazirkan wang rakyat,membazir tenaga.padahal wang dan tenaga itu kalau di gunakan untuk membasmi kemiskinan ataupun subsidi untuk golongan sasar lebih afdal.

6- Tapi siapalah aku.sebab orang yang bodoh sombong dan mengikut nafsu dan berajakan RM yang yang sedang berada di puncak. mereka semua ni takut untuk berubah demi kebaikan rakyat sejagat.

Tuesday, February 15, 2011

K.A.H.W.I.N



"Bila nak kawen?" soalan yang cukup-cukup aku benci dan tak suka.
K.A.H.W.I.N merupakan satu ikatan antara dua insan (off course laki pompuan)dan di tuntut dalam agama. persoalan yang berlegar sekarang dalam kepala otak aku ni..bila aku nak kawen?

Aku tak tau ape nikmatnye kawen sebab aku tak penah kawen. Dan aku jugak tak tau nikmatnye kawen daripada cerita-cerita orang lain sebab masyarakat melayu memang tak berbicara tentnag hal dalam kain. Aku tak tahu keindahan kawen sebab orang melayu nak tunjuk kasih sayang depan orang ramai.semua nak sorok dalam kain je.



Ape yang aku di sajikan cerai-berai perkahwinan. Gaduh laki bini tak cukup duit sebab nak bayar hutang wat kawen. Sebelum kawen i know the best, lepas kawen know the rest. masa tu la kurap panau keluar.

Camana la aku nak kawen..Gugurl pon xdak lagi ni..tu belom lagi dok fikir belanja nak kawen..kurang-kurang 20K kena ade dlm tangan..nampak gayanya dah ganyut (sekarang dah gendut) pon xkawen la jawabnye..
cari gugurl dulu la..then kawen..anybody?

SuaraOrangTimur: Kelantan Kini,:Berlambaknya Aktiviti Menjual Lendi...

SuaraOrangTimur: Kelantan Kini,:Berlambaknya Aktiviti Menjual Lendi...: "Salam Mesra Kepada Semua Rakan Blogger's Dan Pembaca Yang Budiman Sekalian.Kali Ini Terpanggil Apabila Sudah Banyak Pendedahan Demi Pendedah..."