Monday, July 27, 2009

Al-Fatihah buat arwah Muhammad Yamin b. Jahaya


Inilah satu-satunya gambar aku bersama arwah

Pada 23 Julai 2009 (hanya beberapa hari selepas ulang tahun hari lahir aku),kami telah kehilangan seorang sahabat. Arwah telah meninggal kerana masalah jantung semasa sedang bermain badminton.

Kali terakhir aku bertemu dengan arwah adalah semasa majlis solat hajat dan bacaan Yasin pada malam tersebut. Tapi tidak sempat menyapanya kerana kami duduk berjauhan. Aku agak terkilan. Kerana sebelum ini banyak benda yang berlaku. Sebagai sahabat aku telah menemani arwah sehingga perjalanan yang terakhir. Semoga arwah di cucuri rahmat-Nya.

Buat keluarga arwah, terimalah takdir ini dengan redha. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman di sisi Tuhan.

AL-FATIHAH...

1 comment:

  1. tulah.. itulah kali pertama dier ikut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan.. rupanya.. pertama dan terakhir... SIAPA SANGKA..

    ReplyDelete