Friday, June 25, 2010

Dapat Keje Dapat Duit..=)

Minggu yang baik, di berkati, di rahmati. Sebab, banyak perkara baik yang berlaku. Ak pegi interview dan dapat. Minggu ni jugak aku dapat khabar berita duit yang aku tunggu akan di bank-in kan.Syukur Alhamdulillah.

Semoga hari-hari yang baik ini akan berterusan.

Tuesday, June 22, 2010

Interview dan Medical Check up

21 june 2010 aku pergi interview kt Stamford College di PJ selepas beberapa kali menangguhkan sesi tersebut. Allahamdulillah aku berjaya melepasi temuduga dan di terima untuk memasuki pasukan pegawai khidmat pelanggan astro. Tapi sekarang timbul pulak masalah baru sebab training tu bermula hari ni. dan aku tidak dapt mengikutinya dan mintak tangguh kepada next batch. yer la aku mana tau lepas temuduga terus training. aku tak bersedia. sekarang aku hanya menunggu panggilan tuk masuk training tu.
kalo ade rezeki,ade la. Runsing jugak aku fikir ni. Semalam jugak aku buat medical check up untuk menyertai astro. mengejutkan jugak sebab tekanan darah tinggi aku agak tinggi. Hari ni aku ada temujanji untuk check teknan darah aku sekali lagi..
aku bimbang jugak tu...

Banyak jugak yang aku fikir sebenarnya untuk menyertai astro ni..
sekarang ni terpulang la..kalo dorg kol dpt,kalo x,aku xtaw nk ckp ape..

Friday, June 18, 2010

sudah 2 minggu aku tidak mengupdate (merosakkan bahasa) blog aku ni. Maklumlah aku agak sibuk kebelakangan ni. Tambah2 pulak internet bermasalah. Banyak perkara yang terjadi dalam masa 2 minggu ni.

1-aku terjumpa dengan seorang kawan lama yang sudah lama aku tidak jumpa dan sangat2 aku rindu.

2-result exam dah keluar. dan aku terpaksa berpuas hati dengan result yang hanya cukup2 mkn sahaja. Kecewa ada n pada masa sama gembira sebab sudah tmat belajar.

3-aku dpt panggilan untuk temuduga tetapi terpaksa postpone sebb kenduri. dan terpaksa postpone sekali lagi sebab aku berada di kg n tmpt interview kt kl.

4-kenduri yang sangat2 memenatkan. dan majlis bertandang yang jauh.



Monday, June 7, 2010

Maaf

Maaf? Satu perkataan yang amat mudah di ucapkan. Tapi berapa kerat je yang sanggup melafazkan maaf.

Sebab manusia ni di bekalkan dengan ego yang tinggi. Cuma kebijaksanaan kita untuk mengawal ego itu supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk.

Perkataan maaf ni kadang2 boleh melenyapkan sengketa berabad lamanya. Boleh menyiram api kemarahan. Boleh melembutkan hati sekeras kerikil. Boleh merapatkan jurang antara dua pihak.

Tapi kadang2 maaf hanyalah sekadar di mulut sahaja tidak di zahirkan dengan perbuatan. Baik dari penerima dan pemberi maaf, kemaafan tidak ikhlas berkecenderungan untuk melebarkan lagi jurang antara dua pihak.

Sudah menjadi sifat semulajadi manusia untuk bercakap di belakang tanpa mengambil pendekatan bersemuka.

Sebab ramai yang tidak mampu untuk menerima kenyataan dan realiti dan ego.

Kadang2 kita tidak sedar perbuatan, tingkahlaku kita dan perbuatan kita bisa menyinggung dan mengguris perasaan orang lain tanpa di sedari.

Dan kita kadang2 janganlah terlalu sensitif untuk mengambil hati setiap perkara yang berlaku. Ingat lah yang kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Mungkin perkara yang sentap berlaku di luar kawan kita.

Sebab itulah maaf ni penting dalam setiap perhubungan. Dan maaf perlulah ikhlas. Jangan pada hari raya je nak mintak maaf.

Maafkan saya...

Thursday, June 3, 2010

29 Mei - 2 Jun 2010

Aku kat negeri kedah tuk mengikuti program finishing skool. program ni berlangsung 29-31 may 2010. katenye program ni under KPT. Tapi yang reg ari tu hanyalah +- 40 orang sahaja. mungkin sebab program ni bermula lewat, 2 minggu selepas exam last. apa yang aku dpt simpulkan, program ni bagus dan aku byk skip. Acara Makan2 jugak memberangsangkan.(bayangkan makanan di sediakan untuk 106 peserta,tapi yang hadir hanya 36)dalam pada tu aku sempt juga buat clearance. so, lepas ni xyah la aku nk mai sini lg wat clearance.



Acara sebenar hanyalah bermula selepas finishing skool-"Acara Jalan2 Cari Makan"
Makan2 yang pertama kat umah Suriyati a.k.a Cik Puan. Kitorg (aku,amar,yati,chichi,z,mazidah)p umah dia malam kt Sungai Limau, Yan. Rupanya umah su ni dekat ngan pulau Bunting. Kalau kat puncak Jerai nampak la pulau ni. Kalo p siang leh la p pulau tu. Ada jambatan yng nk p pulau tu. Makan2 kat umah su simple jer,tapi kitorg berselera giler. Melantak mcm xmakan seminggu. Time kasih su a.k.a cik puan.

Acara kedua makan2 kat umah mazidah a.k.a ustajah propa a.k.a puan pengetua akademi propa. umah dia kat alor star atau lebih tepat kat anak bukit. Dekat ngan istana kedah and bangunan pentadbiran baru kedah. Makan kt sini pun simple dimple gak, tapi menyelerakan. Aku pulun tak ingat. Sume orag kot. Makan ramai2 n last. Pasni xjumpa dah. Lepaih p umah mazidah, ronda2 kt loq staq sat. P umah raymond kt ngn stadium. dekat setaun jdik hosmet dia, ni la first n last time p umah dia.heheheh.aku bukan selalu sgt p loq staq pon.



lepas p umah raymond,kami terus p umah chichi. ni kali ke-3 aku p umah dia. ngn mak dia n adik dia pun aku da bese. p antaq chichi sambil2 jalan2 kt perlis. umah chichi kt kola perlih. syang tol aku ngh bajet,kalo x leh terus p langkawi.heheheh. smpai umah chichi dlm kul 6.30 ptg. malam kitorg kuar p mkn char koey teow kt batu 2. sedap la jugak. esoknya kitorg p gua kelam. perjalanan dr kola perlis ke gua kelam lebih kurg 45 minit jer. best jugak kt sini. bayaran masuk tuk dewasa rm1 sahaja. ni 1st time aku merasa dpt masuk gua yg real. aku xpenah masuk gua sebelum ni. view cantik di tambah dgn pencahayaan dlm gua.














Lepas p gua kelam kitorg p padang besaq. ni 2nd time mai sini. bukan nk p shoping pon. terlajak sampai sini p je la. kami p mkn jer pun. tom yam udang yang chichi syorkan. bleh tahan sedap n harga pun pun boleh la. kami ronda2 n belek2 saja. xder duit n xtaw nk beli apa. selbihnya kitorg bergambar je la sebagai bukti kami da sampai kt sini.





sat ja kami dok sini. 2taun setengah rasa cm 2 abad. huhuhu. tapi byk lg tempt kt kedah ni kami xp lagi (sedim,puncak jeniang,langkawi,lata bayu n ada la beberpa tmpat hak nk p). xpa,kwn2 ada kt sini sng la nnt nk mai lgi.heheheh.

adios.