Monday, June 7, 2010

Maaf

Maaf? Satu perkataan yang amat mudah di ucapkan. Tapi berapa kerat je yang sanggup melafazkan maaf.

Sebab manusia ni di bekalkan dengan ego yang tinggi. Cuma kebijaksanaan kita untuk mengawal ego itu supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk.

Perkataan maaf ni kadang2 boleh melenyapkan sengketa berabad lamanya. Boleh menyiram api kemarahan. Boleh melembutkan hati sekeras kerikil. Boleh merapatkan jurang antara dua pihak.

Tapi kadang2 maaf hanyalah sekadar di mulut sahaja tidak di zahirkan dengan perbuatan. Baik dari penerima dan pemberi maaf, kemaafan tidak ikhlas berkecenderungan untuk melebarkan lagi jurang antara dua pihak.

Sudah menjadi sifat semulajadi manusia untuk bercakap di belakang tanpa mengambil pendekatan bersemuka.

Sebab ramai yang tidak mampu untuk menerima kenyataan dan realiti dan ego.

Kadang2 kita tidak sedar perbuatan, tingkahlaku kita dan perbuatan kita bisa menyinggung dan mengguris perasaan orang lain tanpa di sedari.

Dan kita kadang2 janganlah terlalu sensitif untuk mengambil hati setiap perkara yang berlaku. Ingat lah yang kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Mungkin perkara yang sentap berlaku di luar kawan kita.

Sebab itulah maaf ni penting dalam setiap perhubungan. Dan maaf perlulah ikhlas. Jangan pada hari raya je nak mintak maaf.

Maafkan saya...

No comments:

Post a Comment