Friday, April 20, 2012

Cinta Pertama - Part 1

Bab Satu…

Warna jingga mentari petang mewarnai segenap ruang ufuk langit. Membiaskan cahaya keemasan di permukaan laut. Dalam samar-samar cahaya rembang petang dapat aku lihat bot nelayan perlahan-lahan menghampiri pantai. Dentuman enjin berkuasa kuda kedengaran di bawa angin senja dari Selat Melaka. Aku masih duduk termanggu di atas bongkah kayu memandang ke arah Pantai Merdeka. Pantai yang pernah menjadi saksi cinta aku dan Shafiq. Menjadi saksi lafaz ikrar setia aku dan Shafiq. Masih terbayang saat itu di ruangan mindaku. Seakan terdengar suara Shafiq di iringi deruan ombak kecil bersulam suara camar laut. Semuanya masih segar dan utuh terpahat di hati dan minda aku. Bagaikan semalam aku di sana bersama Shafiq.

Dan hari ini, aku di sini, di tepian pantai Tanjung Dawai menghadap Pantai Merdeka. Keseorangan tanpa Shafiq di sisi. Kesepian mengcengkam hati ini. Sesepi Tanjung Dawai ini yang hanya gah pada namanya. Terbayang wajah Ezral di mata aku. Wajah Shafiq terukir di hati aku. Aku melangkah perlahan menuju ke kereta. Deringan telefon bimbit mengejutkan aku. Tertera nama Ezral di skrin. Ingin sekali aku menjawab panggilannya. Tapi, biarlah. Aku masih keliru dengan perasaan aku sendiri. Wajah mengharap Ezral tatkala mengucapkan lamaran siang tadi masih terbayang di ruangan mata.

“ Ezz..Ina minta maaf. Ina tak dapat terima lamaran ni. Cinta Ina bukan pada Ezz. Kasih Ina terpaut pada orang lain. Selama ini Ina hanya menganggap Ezz tak lebih dari sekadar kawan biasa..”

“ Ezz akan tunggu cinta Ina sampai bila-bila. Kasih Ezz pada Ina tidak akan berubah biarpun di landa badai tsunami…”
” Ina cinta pertama Ezz. Takkan ada yang lain..”

Maafkan Ina Ezz. Hati Ina hanya pada Shafiq. Ina harap Ezz akan menemui insan yang dapat mencintai Ezz setulusnya. Kereta Perodua Kelisa berwarna perak perlahan-lahan meninggalkan Tanjung Dawai menuju ke arah bandar Sungai Petani. Meninggalkan segala keraguan dan kekusutan hati ini di hanyutkan arus Selat Melaka. Pergilah sepi.


“BIAR apapun yang terjadi, kasih Fiq tetap pada Ina. Tidak akan berubah sampai bila-bila. Ini janji Fiq..”

“Tapi kenapa perlu dirahsiakan hubungan kita?”

“Ini untuk kepentingan dan kebaikan kita bersama. Fiq tak nak hubungan kita akan jadi penghalang kepada cita-cita kita nanti seandainya orang lain tahu hubungan kita.”

“Ina berpegang pada janji Fiq. Ina akan tunggu Fiq. Sampai bila-bila..”

Aku tersedar dari mimpi indah bersama Fiq. Makin kerap aku bermimpikan lelaki itu. Rindukah dia padaku. Masih adakah cintanya untuk diriku. Angin malam kau bawakanlah rinduku ini padanya. Aku tidak dapat melelapkan mata setelah terjaga. Wajah Fiq terlukis di ruang mataku.


BANDAR Sungai Petani di simbahi hujan menjadikan jalan licin. Aku memandu dengan berhati-hati untuk mengelakkan malapetaka berlaku. Hujan yang renyai tapi titiknya kasar menyebabkan pandangan aku terhad. Semasa aku berhenti di lampu isyarat, aku rasakan keretaku bergegar dan serentak dengan itu kedengaran bunyi dentuman dari arah belakang. Sebuah kereta Satria Neo berwarna oren telah melanggar kereta aku dari belakang.

Mujurlah perlanggaran itu tidak seteruk mana dan aku memakai tali pinggang keledar. Tapi cukuplah untuk mengempiskan gaji aku sebulan. Aku terus keluar dari kereta meredah hujan renyai. Seorang lelaki sedang meninjau kerosakan kereta aku sambil bercakap melalui telefon bimbit. Mungkin pemandu kereta Satria Neo oren yang melanggar aku. Darah aku menyirap.

“ Macam mana awak memandu ni? Awak pakai lessen terbang ke? Awak tak nampak ke lampu isyarat tu warna merah? Dah kemik kereta saya awak langgar, awak nak ganti ke?” aku terus menyerang lelaki itu. Mentanglah aku ni wanita jangan di anggap lemah.

“ Maafkan saya Cik. Saya tak sengaja. Saya mengaku, Memang saya yang salah. Cik jangan risau saya akan bayar kerosakan kereta Cik..” orang ramai mula mengerumi kami. Seorang lelaki dalam pertengahan 40-an tampil dan memperkenalkan diri sebagai mekanik di bengkel yang berhampiran.

Setelah berunding, aku bersetuju untuk meninggalkan kereta di bengkel memandangkan pemandu kereta Satria Neo oren telah sanggup untuk membayar segala kos membaiki kereta aku.

“Apalah nasib malang aku hari ini. Dahlah kereta kena langgar. Telefon bimbit pulak tak ada kredit. Macam mana aku nak balik malam-malam buta ni.” Aku mengomel sendirian. Aku mencari kelibat lelaki yang memandu kereta Satria Neo oren. Dia masih di bengkel. Mungkin sedang berbincang tentang harga kos membaiki kereta aku. Lantak kau la. Siapa suruh kau langgar kereta aku. Lain kali kalau nak memandu jangan menggunakan telefon bimbit. Ni baru sikit. Kalau silap hari bulan, umur tak panjang boleh mengundang maut. Minta simpang malaikat 44.

Lelaki itu datang menghampiri aku yang sedang menunggu di perhentian bas.
“ Cik, saya minta maaf sekali lagi. Saya memang tak sengaja langgar kereta Cik. Nama saya Ray. Ini kad saya. Kalau ada apa-apa Cik boleh hubungi saya.” Lelaki itu menghulurkan kad bisnes kepada aku.

Aku terkebil-kebil. Raymond Albert Tan, Pengurus Operasi Mekar Sdn. Bhd. salah sebuah syarikat pembinaan yang agak terkenal di daerah ini. Manis sungguh senyumannya. Di hiasi lesung pipit. Orangnya pun boleh tahan. Tinggi, kacak dan hensem. Walau pun berbangsa Tionghua, kaya pulak dengan budi dan bahasa. Tersipu dan malu sendiri aku bila mengenangkan lagak aku terjerit-jerit memaki hamun pada Ray tadi. Ray memiliki rupa paras Melayu, aku fikir dia mempunyai kacukan Siam ataupun kacukan India. Tidak hairan kerana Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dengan pelbagai bangsa dan agama. Dan cinta itu buta tidak mengenal bangsa, darjat, bahasa dan agama.

“ Cik tinggal di mana? Biar saya yang hantar Cik pulang memandangkan kereta Cik terpaksa di tinggalkan di sini.”

“ Nama saya Deana Anita. Panggil je Ina. Tak payah ber’Cik” dengan saya. Tak apalah. Saya tinggal tidak jauh dari sini. Kawan saya boleh datang jemput nanti.” Aku berbohong. Padahal telefon bimbit aku telah kehabisan kredit. Aku takut kalau-kalau Ray ada niat tak baik terhadap aku. Zaman sekarang ni, kita tidak boleh percaya pada orang yang kita tidak kenal. Banyak kes culik dan rogol berlaku di sebabkan terlalu mudah percaya pada orang yang pertama kali kenal. Cerita dan berita seperti itu saban hari memenuhi dada akhbar tabloid yang sememangnya menghidangkan berita sensasi mahupun akhbar arus perdana.

“Tak bolehlah macam tu. Tak manis seorang wanita nak menunggu di perhentian bas tengah malam macam ni. Biarlah saya hantar Cik Ina balik. Saya tak ada niat apa-apa terhadap Cik Ina. Saya ikhlas nak hantar Cik Ina pulang. Lagipun di sebabkan saya kereta Cik Ina rosak. Menjadi tanggungjawab saya untuk menghantar dan memastikan keselamatan Cik Ina” Tambah Ray lagi menghilangkan rasa ragu dan gusar di hati aku seolah-olah dia dapat membaca fikiran aku.

“ Baiklah. Awak dah cakap macam tu. Saya tinggal di Taman Ria.”

“ Owh.. What a coincidence.. Saya pun tinggal di situ juga. Lorong 6. Cik Ina?”
“ Saya lorong 4.. nampaknya kita ni berjiran. Tapi kenapa saya tak pernah nampak awak atau kereta awak?”

“ Owh.. Sebenarnya saya baru balik dari US. I’m going to further my study there and stayed there for a couple years. Now I am running family business here.”

“ OK la tu..mesti makwe awak Minah Saleh kan.. Saya ni Cuma kerja kerani cabuk kerajaan je.”aku merendah diri.

“ Tak ada la. Saya kat sana belajar. Mana sempat nak cari buah hati..tak apalah kerja sebagai kerani pun. Ramai lagi kat luar sana yang menganggur tak dapat pekerjaan.. sudahnya merempit tak tentu pasal..” balas Ray. Memang sekarang ini kadar pengangguran di Malaysia amat tinggi. Tambah pulak dengan pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Negara ASEAN yang lain.

“ Deana pulak tak ada pakwe ke? Nanti teruk saya kena belasah kerana langgar kereta Deana..” Tanya Ray.

“Mana ada. Saya tak ada pak we. Siapalah yang nak jadikan saya sebagai girlfriend. Rupa tak ada.” Aku merendah diri.

“ Rupa tak ada, manis ada..” Ray berlawak dengan meminjam bait lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam cerita Labu-Labi.

Perbualan kami terhenti apabila sampai di hadapan rumah aku. Ray memang seorang yang berbudi bahasa. Dia meminta maaf dengan ayahku dan menceritakan segala yang terjadi tanpa di pinta. Mungkin dia rasa bertanggungjawab menyebabkan perlanggaran itu walaupun pada skala yang kecil dan aku tidak mengalami sebarang kecederaan. Dan aku sememangnya sudah tahu reaksi ayah, dia tidak akan marah tak tentu fasal. Lagipun En. Nordin Saad merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Pengalamannya bekerja sebagai buruh kasar di luar negara mematangkan dan menjadi tauladan serta sempadan kepadanya dalam kehidupan. Susah untuk menemui lelaki yang baik dan bertanggung jawab macam Ray sekarang.


AKU mencapai diari dan mencoretkan peristiwa hari ini. Aku memang suka mencatatkan perkara dan peristiwa penting yang berlaku dalam hidup aku. Memang dari sejak zaman aku bersekolah lagi dan tabiat ini telah menjadi satu rutin dalam hidup aku. Ianya bagaikan rumusan kehidupan aku dalam menempuhi seharian yang pastinya penuh denagn pahit manis. Dengan cara ini segala peristiwa manis akan terus kekal dalam simpanan memori aku. Termasuklah kenangan indah bersama Shafiq. Walaupun tak banyak tapi ianya cukup untuk membahagiakan aku.

Kali terakhir aku mendapat khabar tentang Shafiq dari adik kembar tak seirasnya Shafiz. Walau mereka kembar tapi perangai mereka berdua berbeza. Shafiz seorang yang sempoi dan mempunyai jiwa memberontak. Manakala Shafiq seorang yang bercita-cita tinggi dan obsess dengan impianya. Dan dia juga seorang yang tegas. Sekarang dia bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat di Pulau Mutiara. Memang itu cita-citanya sejak zaman persekolahan lagi.

Malam kian larut, mata aku bagaikan merayu – rayu untuk bertaut. Moga kau hadir dalam mimpi indah ku – Shafiq.

1 comment:

  1. mcm pernah ku baca cherita ini...tp d mana ya? huhuhuhuhuhu....da lm terperap, br nk smbg ke?

    ReplyDelete