Friday, April 20, 2012

Cinta Pertama - Part 2

Bab Dua…

"Deana, kau serius ke tolak lamaran Ezral? Rugi la kau ni. Kalau aku jadi kau mesti tak tolak punya. Masa orang nak kat kita ni la kita kena terima. Ambik je. Kalau dah kerepot nanti melopong la kau. Ezral tu pun apa kurangnya. Rupa ada, kerja bagus. Apa lagi yang kau nak?”

“ Walaupun aku tak cinta? Come on la Maya. Kau pun tahu kan hati aku, cinta aku dan sayang aku hanya untuk Shafiq. Aku percayakan perhubungan yang berlandaskan cinta.”

“ Cinta? Cinta apa kalau kau di tinggalkan? Jangan la kau seksa hidup kau. Macam pungguk rindukan bulan. Kalau aku, sorry naik lori la. Sekarang ni pun aku tengok kau dah macam mayat hidup. Tak ada seri langsung. Hari ni nasib baik En. Zaini pergi kursus kat Langkawi tau. Kalau tak mesti kau dah kena warning dengan dia.” En. Zaini pegawai merangkap boss di pejabat aku memang pantang melihat staffnya yang muram. Tak masuk rezeki katanya.

Terbayang di kepala aku tubuh gempal En. Zaini yang berketinggian 155cm dengan perut boroi dan kepala saujana mata memandang. Apabila marah biasanya dia akan berdiri sambil bercekak pinggang sambil menjengilkan mata dan mulutnya akan membebel macam bertih yang di goreng.

“ Entah la Maya..aku dalam persimpangan ni. Macam lagu Nora tu ‘Persimpangan Di Lema’. Sukar untuk aku memilih. Ezral terlalu mengharap tapi aku masih mengharapkan janji Shafiq. Aku akan tunggu. Itu janji aku padanya dulu.” Kataku sayu mempertahankan cinta aku pada Shafiq.

“Susah lah aku cakap dengan kau ni. Sah-sah si Shafiq tu tinggalkan kau. Ada dia hubungi kau? Atau jumpa dengan kau sejak dia sambung pelajaran ke US? Dah 7 tahun berlalu. Tak ada kan. Setia pun biarlah bertempat. Entah-entah dia dah ada makwe Minah Saleh kat sana. Kau kat sini masih setia dengan janji-janji cinta monyet kau tu.” dengus Maya. Maya lah satu-satunya yang tahu perhubungan aku dengan Shafiq.

“ Aku akan tunggu dia. Tak mungkin Shafiq akan mungkiri janji kami berdua..” aku masih lagi mempertahankan cinta kami.

“ Suka hati kau lah. Aku sebagai kawan sudah melakukan yang terbaik untuk kau. Jangan cakap aku tak bagi nasihat.Terpulanglah pada tuan empunya diri. Jangan sampai esok-esok si Shafiq tu muncul dah beranak pinak. Kau pulak dah tua ganyut. Masa tu kau nak menyesal pun dah tak de gunanya lagi”

“ Macam mana dengan pak we Cina yang langgar kereta kau hari tu?Hensem tak? Kau kenalkan lah kat aku. Biar aku ngurat dia. Aku memang suka dengan mamat Cina ni. Hensem. Putih. Cute..” Maya mengingatkan aku pada Ray yang melanggar kereta aku tempoh hari. Dah lama tak jumpa dengan Ray sejak dia menemani aku untuk mengambil kereta di bengkel minggu lepas.

“ Hish..kau ni Maya. Habis tu si Shahrul Izman jejaka idaman Malaya kau tu, kau nak lempar ke mana? Selat Melaka?..” teringat aku akan jejaka dari Alor Setar yang minat pada Maya. Orangnya kurus, tinggi dan berkulit hitam. Lelaki yang Maya kenali melalui alam siber.

“ Eeeii… Simpang malaikat 44. Tak nak la aku. Kalau bagi free pun aku tak ingin. Kalau kau nak, kau ambik je la..” balas Maya sambil membuat mimik muka geli. Kalau aku pun tak nak lelaki macam tu. Aku cuba membandingkan Shafiq dengan Shahrul. Jauh berbeza 10 kali ganda.

“ Agaknya kalau lempar kat sungai Merbuk, buaya pun tak ingin. Tulang jer..” sambung Maya lagi.

”Kalau tulang boleh buat sup..” aku cuba menambah di sambut gelak sakan oleh Maya.
“ Kalau sup tulang si Shahrul Izman tu, aku bagi kat kau je. Free of charge. Tak selera aku.”

“ Kau tak jawab lagi soalan aku pasal mamat Cina tu?” Maya menuntut jawapan pada soalannya yang aku malas nak jawab.

“Ray tak call atau mesej aku pun. Mungkin dia sibuk kot. Banyak kerja lah tu. Ya lah, bukan senang nak menguruskan syarikat ni..” walhal malam tadi Ray menghantar SMS mengajak aku dinner malam ni. Sengaja aku tak beritahu Maya. Kalau tidak nanti satu Bandar SP akan tahu yang aku dinner dengan Ray.

“ kau ni tak ada kerja ke bertenggek kat meja aku. Mentang la boss kesayangan kau berkursus hari ni. Kau ambil kesempatan ek?” malas aku nak melayan karenah Maya. Makin di layan makin menjadi. Alamak nanti tak siaplah kerja aku hari ni.

“ OKlah..aku pergi dulu..jangan lupa lunch kat jam besar ye. Banyak benda aku nak cerita kat kau ni..” aku selalu tengok filem Mami Jarum arahan prof. Razak Mohaideen.

Dalam filem tu mengisahkan perihal seorang mami yang terlalu menjaga tepi kain orang lain sehinggakan di gelar internet bergerak. Sekarang aku dah jumpa dengan internet bergerak itu. Walaupun Maya kecoh orangnya, tapi hatinya baik.


AKU menunggu di depan rumah. Walaupun masih ada 10 minit sebelum pukul 8 malam, aku lebih selesa menunggu daripada di tunggu. Kerana aku tahu betapa seksanya penantian itu. Mak dan ayah aku telah memberi kebenaran untuk aku keluar makan malam dengan Ray. Lagipun mak dan ayah sudah mengenali Ray sejak malam dia menghantar aku. Tambahan pula Ray adalah jiran tetangga kami walaupun berlainan lorong tapi masih satu taman perumahan dengan kami. Atas dasar itulah agaknya ayah memberi kepercayaan kepada Ray.

“ Bagus budak Ray tu. Berbudi bahasa, baik pekerti, hormat orang tua. Pandai pulak cakap Melayu. Susah nak cari lelaki macam tu sekarang. Yang ada pun lebih suka jadi mat rempit, berlumba sana berlumba sini. Menyusahkan orang ramai.” Melambung-lambung ayah memuji Ray tatkala aku meminta izin untuk keluar makan malam dengan Ray.

Lantas aku teringatkan Shafiq. Kalau nak di bandingkan dengan Ray jauh panggang dari api. Macam langit dengan bumi. Sikap mereka jauh berbeza. Ibarat utara dan selatan. Shafiq seorang yang kepala angin. Pantang salah sikit semua orang di maki hamun. Tapi bila anginya baik, dialah orang yang paling baik dalam dunia, tutur katanya manis bak gula dan amat romantis. Mungkin atas sebab itu aku terpikat dan terpaut padanya.

Shafiq memang popular dan menjadi rebutan di kalangan pelajar wanita seiring dengan jawatannya sebagai pengawas dan budak sport. Wajahnya yang kacak ala model di padankan dengan sesusuk tubuh yang tinggi lampai dan sasa. Sehinggakan aku jadi gila bayang. Aku tahu bukan aku seorang yang tergilakan Shafiq.

Impian aku hampir jadi kenyataan bila aku dan Shafiq di gandingkan dalam satu kumpulan untuk projek sains semasa aku tingkatan lima. kumpulan kami terdiri daripada aku, Maya, Linda, Hijan dan Ezral. Ternyata kehadirannya dalam kumpulan kami menjadikan aku lebih bersemangat untuk belajar. Dan sejak dari itu kami menjadi kawan sehinggalah timbulnya bibit-bibit cinta antara kami berdua.

Aku masih ingat lagi aku, Maya dan Linda berpakat untuk mengadakan perbincangan projek kami sekerap mungkin semata-mata untuk menghbiskan masa bersama-sama Shafiq. Kami memang gila waktu itu.

Bunyi hon kereta mengejutkan aku. Kereta Satria Neo oren sedang menunggu di luar pintu pagar. Aku bangun dan membetulkan baju dan rambut aku. Aku menguntumkan senyum pada Ray yang sudah keluar dari kereta dan membukakan pintu kereta untuk aku. Ray bergaya simple berkemeja kasual di padankan dengan jeans dan kasut. Walaupun simple tetap menampakkan kematangan dan kacak. Aku terus masuk ke kereta dan kereta bergerak menghala ke lebuhraya.


JARUM jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Tapi aku masih tidak dapat melelapkan mata. Aku masih memikirkan lelaki di tempat parking Restoran Rasa Sayang tadi. Saat aku terpandang wajahnya, hati aku jadi berdebar-debar. Walau aku melihat dalam samar cahaya lampu jalan, aku masih dapat melihat dengan jelas wajahnya. Lelaki itu sedang berjalan ke arah keretanya sambil memandang ke arah aku yang berjalan di sebelah Ray. Wajahnya mirip benar dengan Shafiq. Tapi fizikal dan batang tubuh yang membezakannya. Mungkinkah itu Shafiq?

Kenangan manis lalu terimbau di ingatan. Di saat kami berpimpinan tangan menyusuri Padang Kota. Waktu itu kami sungguh bahagia. Sengaja kami memilih Pulau Mutiara sebagai tempat kami berjumpa supaya tidak di ketahui oleh pelajar lain akan perhubungan kami.

Shafiq seorang yang bercita-cita tinggi dan terlalu obsess dengan apa yang di lakukannya. Sebab itulah dia mahu merahsiakan perhubungan kami kerana bimbang akan mengganggu pembelajaran. Aku akur kerana cinta dan sayang yang mendalam kepadanya.

Tidak aku sedar pukul berapa aku melelapkan mata, tapi bila aku bangun jarum jam sudah menginjak ke angka 7 pagi. Nasib baik aku off hari ini. Kalau tak terlewat solat subuh. Aku bersiap ala kadar untuk ke pejabat. Aku rimas bersolek 3-4 inchi tebal menampal bedak ke muka. Prinsip aku, jika muka di penuhi jerawat dan jeragat kalau di tampal bedak berkilo-kilo pun tak guna. Yang pasti, aku akan dengar bebelan En. Zaini sebab aku lewat lagi.

No comments:

Post a Comment