Friday, March 13, 2009

Pengajaran N Pembelajaran Sains N Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Apa Pandangan Korang?

La ni org dok sibuk berkempen tuk pilihanraya kecil 2 bukit. Pada masa yang sama org dok sibuk sembang pasal PPSMI. Bagi pembangkang, isu ni salah satu isu untuk hentam kerajaan.Apa itu PPSMI? Tuh entry kat atas tuh la maksud dia. Apa pandangan korg tentang hal ni?

Ahli politik dok sibuk bahas perkara ni sebab ada udang di sebalik mee. Depa dok nampak dah coz org Melayu nih xleh sentuh hal2 or isu yg panas camnih. Mulalah nk melenting. Tapi depa xtau pun apa sebenarnya yang berlaku. Bagi org bukan Melayu depa xdak hal pun pasal benda ni. Sebab dorg dah ada bahasa ibunda dorg. Kenapa kita nak melenting? Org bukan Melayu terpaksa belajar Bahasa Melayu. Pada masa sama belajar Bahasa Inggeris dan praktikkan bahasa ibunda masing2. Sebab tu dorg boleh maju.-3 bahasa,dan otak aktif dok proses perkataan.

Orang Melayu pulak,nak cakap Bahasa Melayu pun masih lagi tak betul. Buktinya, berapa ramai student kita yg tak credit BM dlm SPM. Bangsa lain ada yg dapat A tuk BM.

Yang nak di ajar dalam BI hanyalah Sains n Matematik. Takkan lah balik rumah pun nak speaking London ngan mak bapak. Sepatutnya pada masa sama praktikkan BM. Atau mmg mungkin org Melayu ni mudah lupa. Bila dah belajar dlm BI terus lupa BM. Takkan lah org Melayu ni teruk sampai cmtu kot. Untuk buktikan kita ni tak teruk, amalkan 2-2 bahasa ni.

Banyak kebaikan PPSMI ni. Contoh paling hampir aku sendiri la. Masa aku belajar kat sekolah, tak der PPSMI ni. Belajar BI hanya untuk subjek BI jer. Tak cukup. Sampai sekarang BI aku ni teruk. Susah nak belajar di peringkat universiti. Aku rasa ramai yang hadapi masalah macm aku ni.

Bagilah pendapat korang dalam hal ni.
Korang jugak boleh baca blog Che Det pasal hal ni.http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

3 comments:

  1. tak salah sebenarnya kita menguasai dua bahasa dalam satu masa, PPSMI ni pun ada kebaikan dan keburukannya jugak la. Kalau ye pun nak suruh anak-anak melayu kuasai bahasa inggeris, jangan sampai bahasa ibunda yang dikorbankan, sepatutnya Dasar Pendidikan Kebangsaan dijadikan rujukan, pelaksanaan PPSMI ni sesuai dimulakan dari sekolah menengah sbb budak2 skolah rendah ni tak cukup matured lg so, perkasakan dulu bm kt bdak2 skolah rendah ni, jangan pening2kn kepala mereka.

    ReplyDelete
  2. apa yang makcik tahu... kita rakyat malaysia tak ader satu bahasa pun yang kita master nak kata master dalam bahasa melayu pun tak ttp rojak jugak nak kata master dalam bahasa inggeris pun tak??? kesimpulan nya kita rakyat malaysia sudah tidak ada identity nya... macam Jepun atau indonesia atau thailand kaaa ... mmg ado identity masing2 kan.... jadi selamat beramal renung2kan muah

    ReplyDelete
  3. iyo mak cik..
    i setuju sangat..
    kalo malaysia leh jadi cam indo or japan..
    maju malaysia nih..

    ReplyDelete