Perjalanan ke kaki gunung hanyalah 1/2 jam dari rumah sewa. Perjalanan ke atas adalah sejauh 13KM melaui jalan yang berliku di lereng bukit. Amat mnyeramkan bagi aku perjalanan ini. Aku sehinggakan tak sempat bernafas. Aku ni seorang yang gayat. Jadi ianya amat menyeksakan aku sepanjang perjalanan ke atas. Tambahan pula keadaan hujan renyai di musim tengkujuh.
Tapi bila selamat sampai di atas, pemandangan yang cantik terbentang di depan mata untuk di nikmati.Sungguhpun begitu pergerakan di atas Puncak adalah terhad kerana terhadnya tanah rata.Tapi ianya seronok dan menenangkan.





Kalau ade rezeki boleh ke sana lagi..mungkin untuk bulan madu..hahahahah