Monday, May 24, 2010

Surat Berantai

Tadi aku ade terima satu mesej dlm facebook aku. Mesej tersebut secara lebih kurang telah meminta aku untuk menghantar/forward mesej tersebut kepada 20 teman dan rakan. Jika tidak aku akn di timpa musibah seperti kehilangan sesuatu yang berharga.Mesej ini merupakan surat berantai.Aku bukan tak mau percaya, tapi secara logik akal bolehkah ia berlaku tanpa izin Yang Maha Esa. Mesej tersebut aku telah terima beberapa minggu lepas.

Dan aku telah forward kepada teman 20.Tak de ape pon yg berlaku. Duit yang aku tunggu2 pun tak masuk. Jadi aku simpulkan benda ni mengarut dan boleh jadi khurafat kalau tersalah tafsir. Cuma apa yang terkandung dalam mesej tu adalah satu nasihat dan peringatan yang berguna. Tak salah kalau kita menyebarkan peringatan kepada umat islam yang lain demi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Aku telah forwardkan mesej tersebut pada kali pertama sebab aku rasa bertanggungjawab kepada sesama Muslim.Mesej yang aku terima tadi sudah tidak wajib malah tidak perlu untuk aku sebarkan lagi.

Kadang2 aku terfikir juga,Kalaulah orang yang menerima surat berantai ini samada dari segi phisycal atau sms dan pada masa yg sama tidak mmpu untuk menyebarkan surat berantai tersebut (xada kredit & kewanagn)adakah mereka akan di timpa malang? amat malanglah nasib mereka, dah la tidak berduit dan akan di timpa malang kerana tidak menyebarkan surat berantai tersebut. Sudah jatuh di timpa tangga,tercium pulak taik ayam..Kadang2 surat berantai ni seolah2 memaksa kita untuk melakukannya. Saya tak tahu sangat dan tidak pernah terbaca atau mengetahui pasal surat berantai ni di ulas oleh para ulama. Saya hanya mengulas dari sudut pandanagn dan logik akal saya sahaja.

No comments:

Post a Comment