Wednesday, May 26, 2010

Trip ke Gunung Jerai..18th November 2009

Dah hampir setahun baru aku berkesempatan untuk mencoretkan trip ke Gunung Jerai yang terletak dalam daerah Yan. Setiap hari aku melihat puncak gunung Jerai dari rumah sewa dan akhirnya berpeluang jugak untuk menjejak kaki ke sana. Perjalan seawal 9 pagi menuju ke kaki gunung dan merupakan pintu masuk. Ada pelbagai cara untuk ke Puncak Jerai samada mendaki dengan menggunakan kereta atau motosikal persendirian atau menggunakan van yang memang di sediakan untuk membawa pelawat dan pelancong ke puncak Jerai. Pelancong juga boleh memilih untuk mendaki secara jungle tracking melalui track yang telah di sediakan.

Perjalanan ke kaki gunung hanyalah 1/2 jam dari rumah sewa. Perjalanan ke atas adalah sejauh 13KM melaui jalan yang berliku di lereng bukit. Amat mnyeramkan bagi aku perjalanan ini. Aku sehinggakan tak sempat bernafas. Aku ni seorang yang gayat. Jadi ianya amat menyeksakan aku sepanjang perjalanan ke atas. Tambahan pula keadaan hujan renyai di musim tengkujuh.

Tapi bila selamat sampai di atas, pemandangan yang cantik terbentang di depan mata untuk di nikmati.Sungguhpun begitu pergerakan di atas Puncak adalah terhad kerana terhadnya tanah rata.Tapi ianya seronok dan menenangkan.











Kalau ade rezeki boleh ke sana lagi..mungkin untuk bulan madu..hahahahah

No comments:

Post a Comment