Tuesday, May 18, 2010

Aku nak buat, TAPI...

Baru aku sdar selama ni aku banyak sangat menggunakan perkataan TAPI. Tapi itu,tapi ini dan macam-macam tapi lagi. Sedar tak sedar perkataan tu lah yang menyebabkan aku bertangguh, beralasan, bermalasan, berhalangan dan bermacam ber.. lagi. Dan setuju atau tidak perkataan itu jugak yang membuatkan aku gagal, kecewa, sedih, marah, tertekan dan sebagainya.

Di sebabkan perkataan tapi juga lah yang menyebabkan aku berhalangan untuk membuat sesuatu perkara. Tak kira benda baik atau buruk. Menyebabkan teragak-agak dalam membuat pekerjaan dan juga menghilangkan keyakinan diri. Tapi juga adalah perkataan terbaik untuk memujuk diri sekiranya sesuatu perkara berlaku. Contohnya, markah test aku rendah, TAPI sebab yang di baca tak masuk dalam soalan. Dan bermacam contoh lain lagi.

Kadang-kadang elok jugak kita mengamalkan budaya YES BOSS, BAIKLAH, BOLEH, OK, dan sebagainya. Tak salah untuk kita menjadi pak turut kalau ianya adalah untuk kebaikan diri kita sendiri. Tetapi haruslah di nilai baik buruk setiap sesuatu pekerjaan yamg ingin di turuti.

Semoga aku tidak mengamalkan budaya TAPI lagi selepas ini..TAPI, boleh ke?

2 comments:

  1. huhuhu.. jawapan yg aku nak kasi ni moga memuaskan hati ko ... TAPIIIIIIRAHLah... huhuhu boleh ker???

    ReplyDelete