Saturday, January 10, 2009

Anak-Anak Kita..

Persekitaran rumah sewa aku di kelilingi oleh pasangan muda yang mempunyai anak yang masih kecil-kecil. Kadang-kadang aku tertekan juga berada di kawasan ni. Yalah dengan suara kanak-kanak dan sidang tergempar ahli mesyuarat bawah pokok ceri Malaysia (sekadar meminjam ayat dari filem Do Re Mi). Mana taknya, seawal 7 pagi suasana sudah hingar bingar dengan suara-suara ibu muda yang bersidang. Itu belum lagi dengan segala macam bunyi. Kalau hari minggu dan exam memang aku betul-betul tension. Kadang-kadang waktu malam pun diorang masih lagi bising-bising.

Aku faham dengan diorang. Mungkin sebab berkahwin dalam usia yang muda meyebabkan mereka masih belum bersedia untuk alam perkahwinan dan terbawa-bawa dengan kehidupan semasa masih lagi menjadi anak dara. Dan mungkin juga kerana mereka ini adalah surirumah sepenuh masa yang tugasnya hanya memasak, kemas rumah, jaga makan pakai anak-anak dan suami. Bila masa terluang mengadakan sidang tergempar dengan rakan sejawatan bagi memulakan forum.


Aku bukan mahu berlagak pandai. Tapi dah memang perangai aku bagi memerhatikan perangai dan gelagat orang. Kadang-kadang tatkala muazin mengalunkan alunan azan maghrib, dorang masih lagi leka bersidang. Dan yang lebih teruk mereka seolah-olah tidak menghiraukan azan. Kadang-kadang anak-anak yang terpaksa mengajak ibu-ibu untuk pulang. Ini merupakan contoh yang tidak baik untuk anak-anak yang sedang membesar. Tidak hairanlah kalau anak-anak muda sekarang berperangai teruk. Dengan gejala sosial yang tak berkesudahan. Pepatah Melayu ada menyebutkan “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Kalau memang sudah di asuh dari kecil sedemikian rupa, makin ligatlah anak itu apabila besar kelak. Ini hanyalah contoh yang kecil berlaku di depan mata aku. Contoh lain tak tau la aku.


Satu lagi contoh yang aku dapat tengok ialah golongan bapa yang selalu lepak di kedai makan dan warung kopi bermain dam. Kadangkala sampai lewat malam. Secara tidak langsung perbuatan ini akan di tiru oleh anak-anak dan akan di perturunkan ke generasi seterusnya. Apa salahnya kalau golongan ini berada di rumah bersama anak dan isteri. Luangkan lebih masa bersama dan mendidik dan mengajar anak-anak.


Satu contoh yang berlaku di depan mata aku ialah, keluarga sepupu aku. Sepupu aku tinggal bersama dengan mak cik aku. Semasa anak-anak kecil, mak cik aku selalu menggula-gulakan cucunya dengan duit. Bila cucu-cucunya buat hal, bukan hukuman yang diberikan tetapi duit bagi meredakan jerit tangis. Kesanya dah nampak dengan ketara sekarang. Anak-anak sepupu aku membesar dalam keadaan yang tidak seimbang. Tidak takut kepada sesiapa. Malahan datuk dan neneknya pun di herdik. 3 orang daripada mereka tidak bersekolah dengan seorang terjebak dalam mencuri dan gejala najis dadah. Selalunya masyarakat kita akan mengaitkan fenomena ini sebagai sikap atau kelakuan turun temurun. Ada benar juga pendapat ini, kerana orang Melayu dulu2 mencipta pepatah "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Bagi aku ini merupakan salah satu faktor. Faktor lain adalah didikan dan ajaran serta bimbingan ibu bapa serta orang-orang disekeliling mereka. Seperti masyarakat, intitusi pendidikan, institusi masjid. Yang paling penting adalah ibu bapa. "melentur buluh biarlah dari rebungnya". "sayangkan anak,tangan-tangankan". Dewasa kini banyak yang kita dengar anak-anak kita terlalu dimanjakan, sehinggakan ada yang sanggup saman guru, saman sekolah, saman kerajaan dan sebagainya. Situasi teramatlah tidak sihat dan tidak baik untuk pembangunan minda anak-anak kita.


Aku sendiri pun bukan baik sangat untuk menghakimi orang lain. Tapi Allhamdulillah, aku dibesarkan dalam suasana yang berdisiplin. Bagaikan masih terasa perit aku dihukum bila buat salah. Rotan dan herdikan makanan biasa. Itu semua berbaloi kerana aku berjaya menjadi aku sekarang berada di UiTM dan bukannya di Pusat serenti atau penjara. Bukannya aku ingin membangga diri sebab aku bukannya baik sangat.


Anak-anak kita adalah tanggungjawab kita. Kita yang harus mencorak dan mendidik mereka supaya menjadi insan yang beguna kelak. Jika ibu bapa sendiri memberi contoh yang tidak baik, maka tidak hairanlah sebilangan besar anak-anak kita (Melayu) yang menjuarai segala kategori gejala sosial. Beginikah keadaan anak-anak kita yang akan mewarisi dan menyambung kesinambunagn manusia di dunia ini? Anak-anak kita...

No comments:

Post a Comment