Wednesday, January 21, 2009

Melayu Berubah?

Malaysia dalam mood perayaan Tahun Baru Cina. Sebagai masyarakat majmuk, kita turut sama merasai kemeriahan dan kehangatan perayaan ini. Mana tidaknya, jualan murah sempena Tahun Baru Cina di sana sini. Sehinggakan diskaun sampai 80%. Kadangkala kaum Melayu yang berlebihan membeli belah mengalahkan masyarakat Cina yang akan menyambut Tahun Baru Cina. Dan yang pasti karnival jualan murah ini hanyalah menguntungkan satu kaum sahaja iaitu kaum Cina di mana kebanyakan pusat beli belah di Malaysia adalah milik sepenuhnya atau separuh penuh milik kaum Cina. Kecuali pasaraya Mydin yang sepenuhnya milik Melayu. Manakala kaum Melayu pula hanyalah berhabisan duit untuk membeli belah di gedung perniagaan milik kaum Cina dan hanyalah menambahkan koleksi hutang piutang.

Inilah sebenarnya tujuan Dasar Ekonomi Baru yang di perkenalkan oleh Kerajaan yang berakhir pada tahun 1990. Dasar ini di bentuk bertujuan untuk menyamaratakan pembahagian kek ekonomi antara kaum di Malaysia dan mencapai peratusan ekuiti Melayu sebanyak 30%. Hasrat dan tujuan dasar ternyata amat murni dan suci bagi membela masyarakat Melayu di bumi sendiri. Tetapi perlaksanaanya menyebabkan dasar ini di pandang serong oleh sesetengah pihak terutamanya masyarakat Cina yang memonopoli ekonomi.

Pada sesi kali ini polisi dan dasar kerajaan bukanlah topik yang ingin di bincangkan, tetapi disebalik perlaksanaan dasar ini yang ingin di sentuh. Sedikit masa dahulu heboh di perkatakan konsep Ali baba yang di guna pakai oleh segelintir kontraktor Melayu. Apa itu konsep Ali Baba? Dari pemahaman saya, konsep ini tidak lebih dari penswastaan. Di mana kontraktor Melayu yang mendapat tender kerajaan telah meng'outsourcing' tender itu kepada orang lain. Lebih memburukkan keadaan bila pihak ketiga itu adalah kaum Cina dan India. Jadi, tercapaikah tujuan utama dasar ini di jalankan. Bukan salah dasar,tapi salah sikap orang Melayu sendiri. Inikah sikap yang diperlukan untuk menongkah arus globalisasi dan untuk memastikan survivor Melayu?

Sikap ini bukan sahaja diamalkan oleh pemimpin dan golongan usahawan sahaja,malahan penyakit ini juga telah menular di kalangan pelajar-pelajar di peringkat sekolah dan juga IPTA. Bilamana assignment dan tugasan mereka di'outsourcing'kan. Mungkin orang Melayu memang suka untuk mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ini hanyalah kesimpulan dari pemerhatian dan pengalaman yang telah di lalui oleh penulis. Kenapa ini berlaku? Apa puncanya? Seperti apa yang telah saya tulis dalam entry sebelum ini, orang Melayu terlalu di gula-gulakan dengan segala kemudahan dan kesenangan demi survivor sesetengah pihak (permainan politik Melayu). Sehingga ada yang melabelkan Melayu sebagai Masyarakat subsidi. Memang subsidi ini perlu tapi perlaksanaan dan cara yang betul perlu di ubah. Begitu juga dengan penubuhan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Hasrat begitu murni untuk menghapus dan mencegah rasuah, tapi perlaksanaanya belum tentu lagi akan mencapai matlamat yang telah digariskan.


Banyak yang perlu masyarakat Melayu ubah dalam kehidupan seharian bagi memastikan survivor Melayu di Malaysia. Ini kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk. Orang Melayu PERLU dan MESTI untuk berubah. Tapi ianya memerlukan banyak faktor luaran dan dalaman. Kadangkala masyarakat Melayu masih lagi terikut dengan minda zaman penjajahan British. Ternyata British berjaya memainkan peranan dalam merubah minda Melayu. Kenapa kita tidak meniru cara mereka memerintah demi kebaikan. Dan bukannya sekadar meniru budaya barat dan meniru dalam peperiksaan sahaja...

Ini mungkin penulisan terakhir yang menyentuh tentang Melayu kerana semakin banyak saya menulis tentang melayu umpama membuka pekung di dada, meludah ke langit dan menepuk air di dulang. Semuanya kena pada diri saya sendiri..

2 comments:

  1. Melayu Oh Melayu .. pesanan Arena Wati " jangan nanti suatu hari, Melayu hanya sebuah bangsa yang menjadi kajian di muzium" Mungkin kah ni terjadi .. tak mustahil kan???

    ReplyDelete
  2. Boowat NiCK, i memang ahli Pemuda UMNO cawangan Tanah Merah..

    Boowat miss comel,itu semua tak mustahil jika orang masih lagi berpuak-puak dan bermusuhan sesama sendiri..

    ReplyDelete