Thursday, January 15, 2009

Siapa Si Kudung Itu?

Pernah dengar peribahasa ibarat si kudung mendapat cincin? Ataupun ibarat si kera mendapat bunga? Maksud kedua-dua peribahasa Melayu ini tidak sama. Peribahasa yang pertama menggambar jika di beri cincin kepada si kudung, tiada gunanya kerana si kudung tidak mempunyai tangan. Peribahasa kedua pula menggambarkan, jika di beri bunga kepada si kera, rosaklah bunga itu kerana kera tiada akal seperti kita manusia untuk menilai sesuatu yang baik ataupun buruk. Kenapa saya ingin berbicara tentang tajuk ini?

Sebabnya saya memerhatikan sebuah organisasi yang berorientasikan seperti parti politik sedang mengalami proses pertukaran tampuk pemerintahan. Bagi menampakkan organisasi ini mengamalkan suatu sistem pemilihan tampuk pemerintahan yang adil dan saksama, suatu pilihanraya yang bertunjangkan demokrasi telah di adakan dengan jayanya. Walhal situasi sebenar tidak ubah ibarat kanak-kanak yang berebut untuk mendapatkan gula-gula percuma dari si nenek kebayan yang berpura-pura baik hati.

Kenapa saya gambarkan situasi organisasi ini seperti si kudung mendapat cincin? Hal ini adalah kerana ahli-ahli di dalam organisasi ini mempunyai hak mereka untuk menentukan siapakah yang bakal menerajui organisasi mereka. Tetapi dalam masa yang sama, pilihanraya ini hanyalah sebagai topeng dan retorik untuk sekadar mengaburi mata ahli-ahli dalam organisasi ini. Walhal, semua kedudukan dalam tampuk pemerintahan telah di tentukan terlebih dahulu oleh si nenek kebayan dan proksi-proksinya. Jadi, mana kewajaranya pilihanraya itu di adakan. Apakah kewajaran ahli organisasi ini di berikan hak untuk menentukan tampuk pemerintahan organisasi mereka. Tidakkah ahli organisasi ini menyerupai peribahasa ibarat si kudung di beri cincin?

Bagi mereka yang sememangnya mengidamkan kerusi tampuk pemerintahan, mereka boleh di ibarat sebagai kera mendapt bunga. Impian mereka untuk berada di dalam tampuk pemerintahan hanyalah untuk mendapatkan kuasa yang bakal mereka gunakan untuk kepentingan diri dan kroni-kroni mereka. Kewujudan golongan ini hanyalah akan memburukan lagi keadaan di dalam organisasi. Lebih memburukkan keadaan, ahli organisasi ini yang akan menjadi mangsa.

Sebolehnya, jika kita memegang kedudukan sebagai nenek kebayan, seharusnya memantau perjalanan organisasi dari jauh dan bukannya menjadi penentu arah kepada organisasi. Sebolehnya bersuara jika ada kepincangan dan selebihnya biarlah tampuk pemerintahan yang menjalankan tugas mereka.

Bukan untuk berlagak pandai menghakimi organisasi ini. Tapi jika ada kepincangan seharusnya di betulkan. Ibarat seluar,jika senteng di sambungkan, jika panjang di kerat.

(Kisah ini adalah rekaan semata-mata untuk menggambarkan situasi kehidupan harian manusia)

2 comments:

  1. Saya rasa macam nak bersetuju je dengan penulisan ni dan penulisan ni sebenarnya telah membuatkan saya tersenyum. Mungkin kerana perumpamaan yang saya rasakan sangat sesuai untuk menggambarkan situasa tersebut atau mungkin saya tertarik dengan watak yang dimainkan oleh 'nenek kebayan' itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. bukan setuju sahaja malah benar2 terjadi.. huuuhuhuuu.. HIDUP SEMANGAT "kita"....

    ReplyDelete