Friday, January 9, 2009

Sehangat Tahi Ayam @ Mentari?

Malas betul nak update blog nih..Tapi aku tetap gagahkan minda aku untuk mencari idea bagi menulis coretan yang tidak seberapa ini. Sekadar coretan dari pemerhatian,analisa dan pengalaman yang aku sendiri..

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat tahun baru 2009 pada semua. Hari ni kita melalui hari ke-9 dlm tahun 2009. Masih bersisa 356 hari (tak termasuk tahun lompat, aku tak sure 2009 tahun lompat atau tak) untuk menghabis tahun 2009. Apa azam baru tahun ni? Aku pasti dan teramat pasti, ramai yang menanam azam baru apabila menjelang tahun baru. Aku sendiri pun tak terkecuali. Azam aku tahun ni nak berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik melalui jalan dan lebuhraya yang lurus tanpa bengkok. Sebelum ni banyak sangat simpangnya (tak perlu di ceritakan simpangnya menghala ke mana). Seiring dengan awal Muharam dan hari ini 10 Muharam.

Tapi satu perkara yang selalu bermain di minda aku dan perkara ini tak pernah selesai. Apa jadi dengan azam tahun yang sudah? Entahlah aku pun tak pasti. Biasanya semangat aku akan berkobar-kobar bila dah mula setting azam baru. Banyak benda yang aku rangka dan plan dalam misi aku untuk melaksanakan azam tahun baru. Dengan harapan segala azam dan perancangan yang di citakan akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektif yang telah di tetapkan.(macam belajar management la plak, banyak yang kita boleh apply apa yang kita belajar dlm kehidupan seharian)

Tapi biasanya tak sampai seminggu, azam ke utara, plan ke selatan, objektif ke barat, aku pulak statik tak kemana-mana. Tetap seperti dulu dan tahun-tahun sebelumnya. Hangat-hangat tahi ayam. Itu peribahasa Melayu yang tepat untuk menggambarkan orang yang seperti aku dan yang seangkatan dengannya. Kenapa orang dulu-dulu mereka dan mencipta peribahasa sedemikian rupa? Adakah kerana budaya orang Melayu memang suka buat kerja separuh jalan? Sehinggkan ada peribahasa (genggam bara biar jadi debu,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan etc.) yang memerli golongan ini supaya lebih bersungguh-sungguh.

Sebab tu lah kita dapat lihat banyak tanah yang terbiar, projek yang terbengkalai (tak termasuk projek yang menghadapi financial problem) unqualified student, kompeni2 melayu yg gulung tikar. Bila kita bicara tentang Melayu banyak tentang negatif. Melayu tak berdaya saing, Melayu tak boleh di sentuh, Melayu terlalau manja, Melayu itu, Melayu ini..Mungkinkah ini adalah kesan dan natijah daripada sikap hangat-hangat tahi ayam? Bila dah buat kerja separuh jalan, macam mana Melayu nak maju, nak berdaya saing dengan kaum lain. Tapi satu je masalah yang aku dapat lihat dan mungkin menjadi batu penghalang kepada Melayu. Melayu sukar untuk menerima kenyataan.

Dan inilah yang berlaku pada aku sendiri. Aku tak boleh terima kenyataan aku menganggur di bumi sendiri. Sedangkan aku bumiputera di sini. Tapi dalam masa yang sama aku bersikap sehangat tahi ayam dan bukan sehangat mentari. Dan aku setuju dengan Che Det(perdana menteri malaysia yang ke-4 dan yang paling lama memegang tampuk pemerintahan), Melayu mudah lupa. Lupa pada sejarah Melaka betapa kita di jajah Portugis kerana bercakaran sesama sendiri. Lupa kejadian Highlands Towers sehinggakan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kita lupa Nurin Jazlin membawa kepada Sharlini. Peristiwa 13 Mei begitu mudah dilupakan sehinggakan banyak pihak yang begitu berani dan terbuka meniup api perkauman. Bukankah ini sindrom2 dan simptom2 hangat2 tahi ayam. Semasa hal ini hangat di perkatakan, bermacam pandangan di utarakan. Dari Kuatkuasakan undang2 sehinggalah cadangan yang tidak masuk akal. Tapi bila sudah sejuk dan reda, kita lupa. Betapa kita mudah lupa.

Coretan ini bukanlah untuk ditujukan kepada sesiapa. Tapi sebagai ingatan untuk diri aku sendiri. Aku lupa bagaimana semasa diploma dulu (sebelum aku sambung ijazah BAS kat sini,aku buat dip.accounting kat UiTM Machang) betapa aku main2 dan natijahnya aku tergolong dalam golongan unqulified student. Dan bila aku datang kesini, azam aku berkobar2 untuk berubah. Tapi dek kerana hangat2 tahi ayam dan bukannya hangat2 mentari aku masih seperti dulu. Dengan coretan ini aku dapat muhasabah diri aku agar pisang tidak berbuah dua,tiga,empat,lima kali..Sehangat Tahi Ayam @ Mentari? Aku akan cuba untuk menjadi sehangat mentari..

1 comment:

  1. mood yang bercampur, cukup menarik dan cukup mengesankan. Nik pn tiap2 tahun ada azam but for this year, i have none because last2 year, i never keep them...itulah 'sehangat tahi ayam bkn sehangat mentari'

    ReplyDelete