Saturday, January 10, 2009

Cukup Melayukah Kita?

Aku rasa terpanggil untuk memikirkan perkara ini. Namun harus di ingat ini adalah ruang lingkup pemikiran aku yang tak sepanjang mana pun. Kadangkala di pengaruhi emosi dan situasi (teringat lagu Bunkface). Bila mana politician sibuk melaung-laungkan Hidup Melayu, terlintas juga di fikiran. Cukup Melayukah dia? Jangan jadi macam peribahasa Melayu "Cakap Berdegar-Degar, Tahi Terlekat Di Hujung Gelegar" (maaf kalau saya banyak menggunakan perkataan TAHI). Sebagai orang Melayu kita sepatutnya tahu maksud peribahasa ini. Pada pendapat saya perkataan ini digunakan untuk menggambarkan seseorang itu teruk. Kita semua maklum tempatnya perkataan tersebut dalam masyarakat Melayu. Jika ianya digunakan, sudah tentu menggambarkan perbuatan yang di bayangkan dengan peribahasa ini adalah teruk. Bagaimana nak bela nasib Melayu jika kita tidak cukup Melayu.

Berbalik kepada persoalan di atas cukup Melayukah kita. Adakah Melayu seseorang itu bila mengamalkan cara,adat dan budaya Melayu? Ataupun Melayukah seseorang itu kerana ibu bapa mereka adalah Melayu? Ataupun Melayunya seseorang itu kerana hidup dalam rumpun kawanan masyarakat Melayu. Saya tidak pasti tentang definisi Melayu itu sendiri kerana saya tidak membuat sebarang kajian terperinci mengenai itu. Pada hemat saya Melayu itu adalah kerana keturunan nenek moyang adalah Melayu dan mengamalkan cara hidup, adat dan budaya Melayu. (saya lupa definisi Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia) Itulah Melayu tulen. Dan bagi saya Melayu peranakan (Melayu yang berkahwin campur) adalah bukan Melayu tulen.

Pada pandangan saya, Melayu tulen mempunyai susuk tubuh yang sederhana tinggi, berkulit sawo matang, berambut ikal mayang, hidung pesek, mungkin lebih mirip kepada rupa kaum bumiputera di semenanjung. Kita juga boleh merujuk kepada orang Melayu di tanah Jawa.Ini hanyalah pandangan saya sahaja. Semuanya kuasa Tuhan yang mencipta kita. Contohnya di tempat tinggal saya ada sebuah keluarga. Di mana semua ahli keluarganya berkulit cerah kecuali salah seorang daripada anaknya berkulit gelap. Maksud saya disini walaupun seseorang itu mempunyai ciri-ciri Melayu tulen seperti yang saya katakan di atas, atas kuasa Tuhan kemungkinan anaknya tidak mempunyai ciri-ciri tersebut.

Kerana negara kita telah melalui sejarah yang pelbagai telah menyebabkan imigran-imigran dari pelusuk asia (cina,arab,india) bermastautin di negara ini sejak puluhan tahun yang lalu malah ratusan tahun yang lalu. Dan ini telah mengakibatkan perkahwinan campur berlaku dan wujudnya masyarakat yang pelbagai seperti Mamak, Baba Nyonya. (sekadar menyebut beberapa nama sahaja)

Sengaja saya menerbitkan persoalan cukup Melayukah kita? Cukupkah pakej kita sebagai Melayu?-Melayu dari segi rupa paras dan perlakuan. Ini kerana masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat dan adab timur yang sopan dan bersusila. Tapi banyak masyarakat kita memilih untuk meminggirkan adat budaya timur dengan mengagung-agungkan budaya Barat. Orang Melayu sekarang sudah jauh menyimpang dari adat dan budaya Melayu. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa kawalan, zina berleluasa, segala jenis budaya kuning-punk,black metal etc. Ianya bukan hanya bercanggah dengan budaya dan adat Melayu tetapi bercanggah dengan agama Islam. Kita seharusnya bangga dengan adat dan budaya kita. Jadilah seperti masyarakat Jepun dan Korea yang begitu berbangga dengan adat dan budaya mereka. Walaupun mencapai kemajuan, tapi budaya dan adat masih terpelihara.

Saya minta maaf kepada sesiapa jua sekiranya coretan ini menyinggung perasaan. Ini adalah sekadar pandangan sempit saya. Masih banyak perspektif yang dapat kita lihat apabila berbicara topik ini. Bukan niat untuk menidakkan hak sesiapa. Saya sendiri pun tidak tahu samada saya ini Melayu tulen atau tidak. Dan saya mengaku saya masih belum cukup Melayu..Cukup Melayukah Anda?

2 comments:

  1. melayu masih lagi mendongak ke langit, melihat awan, bulan, bintang dan matahari...tapi bila melayu akan menjadi setinggi langit??? Klu dilihat daripada salah sebuah rancangan realiti tv, 'mencari gadis melayu', fikir2kn lah, sudah cukup melayukah kita dengan hanya memakai baju tradisional, berjalan menunduk dan duduk bersimpuh? isu 'CUKUP MELAYUKAH KITA' sangat menarik...teruskan membela melayu...I LIKE IT!!!

    ReplyDelete
  2. Tajuk entri yang menarik.. persuade me to think more.. im not ori Malay coz i mix Perakian n Javanese.. heheheh tapi sejauh mana kita berjalan, setinggi mana kita terbang, kita adalah kita. Tetap makan belacan, budu, tempoyak, cencaluk dan semuanya. Satu masa dulu Melayu cukup Gah seantero Dunia. Tapi kerana melayu semakin "Me'Layu".. lupa jati diri dan sejarah...

    ReplyDelete