Wednesday, January 7, 2009

Senyumlah Sikit...

Hari ni kelas memenatkan. Seawal 8.00 pagi sehinggalah 4.00 ptg. Kalau bukan dek gap 2 jam (12-2) mau lunyai hari ni. otak pun dah tepu dengan segala macam ilmu (dari arab,management hinggalah IR). Allhamdulillah esok tidak ada kelas. Memang sengaja jadual di atur sedemikian rupa untuk memberi masa dan ruang yang lebih bagi merehatkan minda dan badan. (Khamis,jumaat n sabtu). Tambahan pula semester ini banyak pula subjek yang memerlukan saya untuk melakukan field reseacrh.

Bukan pasal field research yang mahu dikongsikan. Pasal senyum. Ada yang berkata senyum dapat meredakan kemarahan. Dalam islam itu sendiri, senyuman itu umpama sedekah. Jadi tidak rugilah untuk kita senyum. Tak payah keluarkan modal,wang ringgit atau tenaga, dah boleh buat amal jariah sedekah-SENYUMAN. Hatta kajian sains juga menunjukkan kita menggunakan sedikit otot di muka untuk menguntumkan senyum berbanding memuncungkan bibir dan berkerut dahi.

Tapi ada juga yang tak mahu senyum, walaupun bidang tugas mereka memerlukan mereka senyum. Ini selalu terjadi pada saya. Yang terbaru, apabila saya berurusan dengan kaunter kewangan. Bukanlah layanan 5 bintang yang di tagih, cukuplah sekadar senyum seikhlas hati. Itu dah memadai bagi saya untuk meredakan mengah mendaki tangga ke aras 3 yang menempatkan kaunter kewangan. Bila terjadi seperti ini, darah cepat je menyirap. Saya pun pernah bertugas di kaunter. Boss saya selalu pesan, apa pun terjadi SENYUM.

Another issue is, walaupun saya tegak berdiri di depan kaunter,diorang boleh wat derk jer. Angkat kepala pun tak. Sebesar badan saya mereka boleh tak nampak. Walaupun yang bertugas di kaunter 2 orang, tapi macam tak ada orang. Yang perempuan asyik bersembang dan yang lelaki buat kerja. Agak lama jugak saya berdiri di depan kaunter walaupun mata saya tidak buta untuk melihat mereka-mereka di belakang kaunter. Paling tidak ucapkanlah "adik sila tunggu sekejap". Setelah selesai berurusan, segera saya ucapkan terima kasih walaupun tidak berbalas. Seolah tidak ikhlas mereka menjalankan tugas. Berkatkah gaji yang dibelanjakan untuk anak isteri jika hati tidak ikhlas.

Kerajaan berhabis wang jutaan ringgit semata-mata untuk mempromosikan, membudayakan, melancarkan kempen budi bahasa. Sehinggakan dicipta lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza yang mempromosikan budi bahasa. Dengan insiden ini, jelas dan nyata kempen ini tidak berjaya. Mana adat, adab dan budaya timur yang selalu kita megah-megahkan, agung-agungkan. Semakin lama semakin terhakis budaya ini. Masyarakat hari ini lebih senang untuk mempraktikkan budaya samseng, dan kurang ajar. Banyak contoh yang berlaku, samseng jalanraya, pergaduhan berlaku saban hari hingga ada nyawa yang melayang. Kita kembali kepada zaman batu di mana yang kuat dan berkuasa mendominasi.

ini hanyalah salah satu insiden yang terjadi ke atas diri saya. Senyum merupakan sesuatu yang mudah untuk di lakukan. Dan ianya tidak melanggar mana-mana peraturan dalam dunia malahan tidak bertentangan dengan mana-mana agama di dunia, terutama islam. Tapi impaknya besar. Tak rugi untuk senyum. SENYUMLAH SIKIT...

1 comment:

  1. OK semua ... S.E.N.Y.U.M sokma yer.. baru cepat laku kan??? kuikuikuikui... bukan aku cakap tau.. nik cakap.. jangan tak M*nJ**a... ok... teruskan senyum...

    ReplyDelete