Monday, July 12, 2010

Rezeki oh Rezeki..

Kalau dah bukan rezeki, makanan dalam mulut pun boleh keluar balik. Kalau dah tak der rezeki, macam2 boleh berlaku. Kena tenang dan berfikir sejenak. Apa yang kita buat betul atau tidak. Mungkin sebab terlalu asyik hingga lupa dan sesat. Kalau tuhan nak tarik rezeki cepat je. Sekelip mata boleh berlaku.

Ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Mungkin ini juga satu ujian. Jika di teliti dari sudut positif, ujian ini akan menguji tahap kesabaran kita. Membuatkan kita lebih kuat dan tabah mentaliti. Dan juga menyedarkan kita dari terus terlena. Tuhan tidak akan uji hamba-Nya lebih dari kemampuan diri kita.

Mungkin juga kita tidak cukup berusaha untuk rezeki itu. Jadi Tuhan tarik supaya kita lebih berusaha dengan lebih kuat supaya kita layak untuk apa yang kita dapat. Kalau nak bercakap pasal rezeki, takdir , nasib terlalu laus dan banyak. Cuma jangan terpesong dan terlalai sehinggakan menyalahkan nasib untuk musibah yang menimpa.

Friday, June 25, 2010

Dapat Keje Dapat Duit..=)

Minggu yang baik, di berkati, di rahmati. Sebab, banyak perkara baik yang berlaku. Ak pegi interview dan dapat. Minggu ni jugak aku dapat khabar berita duit yang aku tunggu akan di bank-in kan.Syukur Alhamdulillah.

Semoga hari-hari yang baik ini akan berterusan.

Tuesday, June 22, 2010

Interview dan Medical Check up

21 june 2010 aku pergi interview kt Stamford College di PJ selepas beberapa kali menangguhkan sesi tersebut. Allahamdulillah aku berjaya melepasi temuduga dan di terima untuk memasuki pasukan pegawai khidmat pelanggan astro. Tapi sekarang timbul pulak masalah baru sebab training tu bermula hari ni. dan aku tidak dapt mengikutinya dan mintak tangguh kepada next batch. yer la aku mana tau lepas temuduga terus training. aku tak bersedia. sekarang aku hanya menunggu panggilan tuk masuk training tu.
kalo ade rezeki,ade la. Runsing jugak aku fikir ni. Semalam jugak aku buat medical check up untuk menyertai astro. mengejutkan jugak sebab tekanan darah tinggi aku agak tinggi. Hari ni aku ada temujanji untuk check teknan darah aku sekali lagi..
aku bimbang jugak tu...

Banyak jugak yang aku fikir sebenarnya untuk menyertai astro ni..
sekarang ni terpulang la..kalo dorg kol dpt,kalo x,aku xtaw nk ckp ape..

Friday, June 18, 2010

sudah 2 minggu aku tidak mengupdate (merosakkan bahasa) blog aku ni. Maklumlah aku agak sibuk kebelakangan ni. Tambah2 pulak internet bermasalah. Banyak perkara yang terjadi dalam masa 2 minggu ni.

1-aku terjumpa dengan seorang kawan lama yang sudah lama aku tidak jumpa dan sangat2 aku rindu.

2-result exam dah keluar. dan aku terpaksa berpuas hati dengan result yang hanya cukup2 mkn sahaja. Kecewa ada n pada masa sama gembira sebab sudah tmat belajar.

3-aku dpt panggilan untuk temuduga tetapi terpaksa postpone sebb kenduri. dan terpaksa postpone sekali lagi sebab aku berada di kg n tmpt interview kt kl.

4-kenduri yang sangat2 memenatkan. dan majlis bertandang yang jauh.



Monday, June 7, 2010

Maaf

Maaf? Satu perkataan yang amat mudah di ucapkan. Tapi berapa kerat je yang sanggup melafazkan maaf.

Sebab manusia ni di bekalkan dengan ego yang tinggi. Cuma kebijaksanaan kita untuk mengawal ego itu supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk.

Perkataan maaf ni kadang2 boleh melenyapkan sengketa berabad lamanya. Boleh menyiram api kemarahan. Boleh melembutkan hati sekeras kerikil. Boleh merapatkan jurang antara dua pihak.

Tapi kadang2 maaf hanyalah sekadar di mulut sahaja tidak di zahirkan dengan perbuatan. Baik dari penerima dan pemberi maaf, kemaafan tidak ikhlas berkecenderungan untuk melebarkan lagi jurang antara dua pihak.

Sudah menjadi sifat semulajadi manusia untuk bercakap di belakang tanpa mengambil pendekatan bersemuka.

Sebab ramai yang tidak mampu untuk menerima kenyataan dan realiti dan ego.

Kadang2 kita tidak sedar perbuatan, tingkahlaku kita dan perbuatan kita bisa menyinggung dan mengguris perasaan orang lain tanpa di sedari.

Dan kita kadang2 janganlah terlalu sensitif untuk mengambil hati setiap perkara yang berlaku. Ingat lah yang kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Mungkin perkara yang sentap berlaku di luar kawan kita.

Sebab itulah maaf ni penting dalam setiap perhubungan. Dan maaf perlulah ikhlas. Jangan pada hari raya je nak mintak maaf.

Maafkan saya...

Thursday, June 3, 2010

29 Mei - 2 Jun 2010

Aku kat negeri kedah tuk mengikuti program finishing skool. program ni berlangsung 29-31 may 2010. katenye program ni under KPT. Tapi yang reg ari tu hanyalah +- 40 orang sahaja. mungkin sebab program ni bermula lewat, 2 minggu selepas exam last. apa yang aku dpt simpulkan, program ni bagus dan aku byk skip. Acara Makan2 jugak memberangsangkan.(bayangkan makanan di sediakan untuk 106 peserta,tapi yang hadir hanya 36)dalam pada tu aku sempt juga buat clearance. so, lepas ni xyah la aku nk mai sini lg wat clearance.



Acara sebenar hanyalah bermula selepas finishing skool-"Acara Jalan2 Cari Makan"
Makan2 yang pertama kat umah Suriyati a.k.a Cik Puan. Kitorg (aku,amar,yati,chichi,z,mazidah)p umah dia malam kt Sungai Limau, Yan. Rupanya umah su ni dekat ngan pulau Bunting. Kalau kat puncak Jerai nampak la pulau ni. Kalo p siang leh la p pulau tu. Ada jambatan yng nk p pulau tu. Makan2 kat umah su simple jer,tapi kitorg berselera giler. Melantak mcm xmakan seminggu. Time kasih su a.k.a cik puan.

Acara kedua makan2 kat umah mazidah a.k.a ustajah propa a.k.a puan pengetua akademi propa. umah dia kat alor star atau lebih tepat kat anak bukit. Dekat ngan istana kedah and bangunan pentadbiran baru kedah. Makan kt sini pun simple dimple gak, tapi menyelerakan. Aku pulun tak ingat. Sume orag kot. Makan ramai2 n last. Pasni xjumpa dah. Lepaih p umah mazidah, ronda2 kt loq staq sat. P umah raymond kt ngn stadium. dekat setaun jdik hosmet dia, ni la first n last time p umah dia.heheheh.aku bukan selalu sgt p loq staq pon.



lepas p umah raymond,kami terus p umah chichi. ni kali ke-3 aku p umah dia. ngn mak dia n adik dia pun aku da bese. p antaq chichi sambil2 jalan2 kt perlis. umah chichi kt kola perlih. syang tol aku ngh bajet,kalo x leh terus p langkawi.heheheh. smpai umah chichi dlm kul 6.30 ptg. malam kitorg kuar p mkn char koey teow kt batu 2. sedap la jugak. esoknya kitorg p gua kelam. perjalanan dr kola perlis ke gua kelam lebih kurg 45 minit jer. best jugak kt sini. bayaran masuk tuk dewasa rm1 sahaja. ni 1st time aku merasa dpt masuk gua yg real. aku xpenah masuk gua sebelum ni. view cantik di tambah dgn pencahayaan dlm gua.














Lepas p gua kelam kitorg p padang besaq. ni 2nd time mai sini. bukan nk p shoping pon. terlajak sampai sini p je la. kami p mkn jer pun. tom yam udang yang chichi syorkan. bleh tahan sedap n harga pun pun boleh la. kami ronda2 n belek2 saja. xder duit n xtaw nk beli apa. selbihnya kitorg bergambar je la sebagai bukti kami da sampai kt sini.





sat ja kami dok sini. 2taun setengah rasa cm 2 abad. huhuhu. tapi byk lg tempt kt kedah ni kami xp lagi (sedim,puncak jeniang,langkawi,lata bayu n ada la beberpa tmpat hak nk p). xpa,kwn2 ada kt sini sng la nnt nk mai lgi.heheheh.

adios.

Wednesday, May 26, 2010

Trip ke Gunung Jerai..18th November 2009

Dah hampir setahun baru aku berkesempatan untuk mencoretkan trip ke Gunung Jerai yang terletak dalam daerah Yan. Setiap hari aku melihat puncak gunung Jerai dari rumah sewa dan akhirnya berpeluang jugak untuk menjejak kaki ke sana. Perjalan seawal 9 pagi menuju ke kaki gunung dan merupakan pintu masuk. Ada pelbagai cara untuk ke Puncak Jerai samada mendaki dengan menggunakan kereta atau motosikal persendirian atau menggunakan van yang memang di sediakan untuk membawa pelawat dan pelancong ke puncak Jerai. Pelancong juga boleh memilih untuk mendaki secara jungle tracking melalui track yang telah di sediakan.

Perjalanan ke kaki gunung hanyalah 1/2 jam dari rumah sewa. Perjalanan ke atas adalah sejauh 13KM melaui jalan yang berliku di lereng bukit. Amat mnyeramkan bagi aku perjalanan ini. Aku sehinggakan tak sempat bernafas. Aku ni seorang yang gayat. Jadi ianya amat menyeksakan aku sepanjang perjalanan ke atas. Tambahan pula keadaan hujan renyai di musim tengkujuh.

Tapi bila selamat sampai di atas, pemandangan yang cantik terbentang di depan mata untuk di nikmati.Sungguhpun begitu pergerakan di atas Puncak adalah terhad kerana terhadnya tanah rata.Tapi ianya seronok dan menenangkan.











Kalau ade rezeki boleh ke sana lagi..mungkin untuk bulan madu..hahahahah

Monday, May 24, 2010

Berapa Umur Kamu?

"Berape umur?
ermm..da tua dah..26..
hmmm..xnampak mcm 26 pon..nampak muda dr tuh.."

"tuh gambar awak ker?
ya la sapa lagi..
bape umo awak?
26!
u look too young!!"

"awak part 1 ker?" Soalan yang pnh junior tanya kat aku.

"Tunggu sekejap ye dik.."padahal cashier tu sah2 lepas SPM.



Itu adalah situasi yang pernah aku lalui.Cuma kat sini aku jugak tertanya2 adakah sifat dan perangai seseorang itu mempengaruhi penampilan diri dan rupa bentuk luaran seseorang itu. Sebab aku sendiri pun mengaku,aku tak pernah rasa yang diri aku sudah menginjak ke lewat 20-an.Aku masih rasakan yang diri aku di alam remaja yang lepas alam persekolahan.Jika nak di bandingkan dengan rakan taulan yang seangkatan dan sebaya dengan aku,terlalu jauh perbezaan yang ketara antara kami.

Atau cara hidup boleh menentukan gaya penampilan seseorang. Dan juga persekitaran banyak mempengaruhi. Mungkin jugak sebab aku masih lagi di kelilingi oleh alam study. Tapi junior aku lebih kelihatan senior dr aku,ape kes?huhuhuhu.... Kadang-kadang orang yang lebih muda usianya dari aku lebih kelihatan matang dan berusia dari aku. Persoalannya,adakah mereka matang dalam pemikiran dan tindak tanduk mereka?
aku sendiri pun belum matang..sebab dlm proses mencari pengalaman. Pengalaman adalah cikgu sebenar yang mengajar praktikal bukan teori.

Apa-apa pun,umur tak penting. Seperti yang Cik BAd selalu sebut, umur hanyalah nombor. Apa yang penting kat dalam diri kita. Kadang-kadang aku malu kalo orang tanya BErapa Umur Kamu?hhahah..perasan tol aku nih..Berapa Umur Kamu?

Surat Berantai

Tadi aku ade terima satu mesej dlm facebook aku. Mesej tersebut secara lebih kurang telah meminta aku untuk menghantar/forward mesej tersebut kepada 20 teman dan rakan. Jika tidak aku akn di timpa musibah seperti kehilangan sesuatu yang berharga.Mesej ini merupakan surat berantai.Aku bukan tak mau percaya, tapi secara logik akal bolehkah ia berlaku tanpa izin Yang Maha Esa. Mesej tersebut aku telah terima beberapa minggu lepas.

Dan aku telah forward kepada teman 20.Tak de ape pon yg berlaku. Duit yang aku tunggu2 pun tak masuk. Jadi aku simpulkan benda ni mengarut dan boleh jadi khurafat kalau tersalah tafsir. Cuma apa yang terkandung dalam mesej tu adalah satu nasihat dan peringatan yang berguna. Tak salah kalau kita menyebarkan peringatan kepada umat islam yang lain demi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Aku telah forwardkan mesej tersebut pada kali pertama sebab aku rasa bertanggungjawab kepada sesama Muslim.Mesej yang aku terima tadi sudah tidak wajib malah tidak perlu untuk aku sebarkan lagi.

Kadang2 aku terfikir juga,Kalaulah orang yang menerima surat berantai ini samada dari segi phisycal atau sms dan pada masa yg sama tidak mmpu untuk menyebarkan surat berantai tersebut (xada kredit & kewanagn)adakah mereka akan di timpa malang? amat malanglah nasib mereka, dah la tidak berduit dan akan di timpa malang kerana tidak menyebarkan surat berantai tersebut. Sudah jatuh di timpa tangga,tercium pulak taik ayam..Kadang2 surat berantai ni seolah2 memaksa kita untuk melakukannya. Saya tak tahu sangat dan tidak pernah terbaca atau mengetahui pasal surat berantai ni di ulas oleh para ulama. Saya hanya mengulas dari sudut pandanagn dan logik akal saya sahaja.

Thursday, May 20, 2010

Anak-Anak Kita..

Mat ni orang kampong
Anak bina kena di kepong
Takut-takut depa terpesong
Jadi tragidi tak guna melolong.

Janganlah kita jadi kilang
Buat anak malam dan siang
Anak kita bukan barang-barang
Jagalah mereka jangan kepalang.

Anak orang jahat kita marah
Kita mengumpat tak sudah-sudah
Tapi anak sendiri buat mudah
Akhir-akhir kita tanggung padah.

Sayang bini tinggal-tinggalkan
Sayang anak tangan-tangankan
Jangan tersangat bagi kebebasan
Takut merana tubuh dan badan.

Jangan bagi anak kereta dan motor
Kalau mereka di bawah umur
Kalau jatuh mati tersungkor
Tak guna lagi kepala dan ekor.

Jangan dok salah kepada orang
Kalau jaga anak kita lebih kurang
Anak merayau malam dan siang
Jadi hantu, jadi jemalang.

Jagalah anak jagalah bini
Biar tahu mana depa pi
Kalau kena tembak cedera dan mati
Teriak darah pun tak guna lagi.

Mat Tunjang berundur dulu
Hilir dan hulu nak kena tuju
Menega kecik mamanglah macam tu
Belanja keluar untung belum tentu.

Di petik darpada Mat Tunjang Enterprise

Tuesday, May 18, 2010

Bangga Diri, Riak & Takbur

Orang yang suka membanggakan dirinya adalah orang yang lemah. Kerana, membanggakan diri adalah salah satu bentuk terapi untuk memotivasikan diri dan menutup kelemahan diri. Dan orang jenis ini juga adalah orang yang suka mencari perhatian/publicity/attention seeker. Tak salah nak bangga diri, tapi biarlah bertempat. Sehinggakan menimbulkan umpatan dan fitnah. Memanglah bagus untuk berbangga dengan diri sendiri, tapi pada masa yang sama mengumpul dosa bagi orang skeliling. Sebab tu dalam Islam di galakkan untuk merendah diri.


Cukup tak suka dengan orang yang berlagak dan menunjuk2 kelebihan yang di miliki. Apa yang mahu di tunjuk sebenarnya hanyalah sifat riak dan takbur, bukan barang dan kemewahan di miliki. Secara tak langsung menunjukkan buruk perangai diri sendiri ibarat membuka pekung di dada. Ada segelintir teman2 yang berperangai sedemikian, sehingakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan teman2 yang tidak mampu. Aku sentiasa mengingatkan diri supaya tidak riak dan takbur.

Aku nak buat, TAPI...

Baru aku sdar selama ni aku banyak sangat menggunakan perkataan TAPI. Tapi itu,tapi ini dan macam-macam tapi lagi. Sedar tak sedar perkataan tu lah yang menyebabkan aku bertangguh, beralasan, bermalasan, berhalangan dan bermacam ber.. lagi. Dan setuju atau tidak perkataan itu jugak yang membuatkan aku gagal, kecewa, sedih, marah, tertekan dan sebagainya.

Di sebabkan perkataan tapi juga lah yang menyebabkan aku berhalangan untuk membuat sesuatu perkara. Tak kira benda baik atau buruk. Menyebabkan teragak-agak dalam membuat pekerjaan dan juga menghilangkan keyakinan diri. Tapi juga adalah perkataan terbaik untuk memujuk diri sekiranya sesuatu perkara berlaku. Contohnya, markah test aku rendah, TAPI sebab yang di baca tak masuk dalam soalan. Dan bermacam contoh lain lagi.

Kadang-kadang elok jugak kita mengamalkan budaya YES BOSS, BAIKLAH, BOLEH, OK, dan sebagainya. Tak salah untuk kita menjadi pak turut kalau ianya adalah untuk kebaikan diri kita sendiri. Tetapi haruslah di nilai baik buruk setiap sesuatu pekerjaan yamg ingin di turuti.

Semoga aku tidak mengamalkan budaya TAPI lagi selepas ini..TAPI, boleh ke?

NYAH kau tikus dari sini!!

Operasi meghalau/membunuh tikus sedang giat di lakukan. Kalau dulu ada gak kucing kat umah aku ni. Name kucing tuh "SELAMAH". Nama org2 zaman dulu kala.ehhehe.aku sengaja letak nama tuh. Tak de la tikus bermaharajalela. Sekarang tikus2 ni suma sudah nek tocang. Depan aku selamba jer melintas. Menguji kesabaran aku tol.

Dan yang paling buat aku hilang sabar bila aku bukak tudung periuk, ade tikus. Melompat la aku terkejut. Penat jer aku masak nasi goreng. Tapi sudah di makan oleh si tikus durjana. Bersiap sedia lah tikus untuk berperang dengan aku. Aku dah beli racun tikus spesel tuk korang sumer. GET READY!!!

MIsi atau Mimpi?

Masih lagi dalam mood bermalasan. Satu perkembangan pun aku tak buat lagi. Apa nak jadi lah dengan akau ni. Tapi sejak aku balik ni, aku rasa dada aku sangat2 berdebar. Aku tak tau kenapa. Nak kata aku terlalu memikirkan sesuatu, aku rasa tak. Sebab tak ada apa yang aku fikirkan sekarang. Kalau ada pun aku consider sebagai tak penting sangat. Selagi "kerja" belum di bereskan aku tak boleh nak fikir ape2.

Sekarang misi aku adalah untuk kurang berat badan. BMI aku agak tinggi n berat badan aku xsesuai dengn ketinggian aku. Setiap cuti sem misi ni mesti ade. Tapi hampeh. Yang ADO jugak.. Masuk je sem baru makin naik ade la berat aku. Pipi aku ni da umpama cucuk botox..Susah tol nk turun ni..kalo nak naik cepat aje..xyah wat ape2..hehehe

Misi seterusnya aku nak kemas umah. Maklum ler umah aku ni bukannya ade maid. Bersepah dari pintu depan sampai pintu belakang. Bersepah jer. Penat buakan main. Dah lah cuaca sekarang. Ampun. Panas sangat. Meleleh peluh aku buat kerja. Dalam bilik aku lagilah bersepah. Baju2 dr umah sewa masih lagi dlm kotak xberbasuh.heheheh. Bila misi aku nak selesai ni?

Misi yang seterusnya adalah mencari kerja. Dah banyak aku cari dalam tenet.Tapi satu pun tak tergerak hati aku tuk apply. Naper ek?Apa yang aku fikir sebenarnya ni?Mungkin sebab resume aku tak lengkap lagi (xder result akhir) or mungkin sebab aku selalu sangat cari alasan dan sebab utama adalah aku MALAS..

Friday, May 14, 2010

Yang Bulat Datang Bergolek, Yang Pipih Datang Melayang, Yang Buta Datang Berpimpin, Yang Kudung Datang Bertongkat..

Peribahasa Melayu..Maksudnya rezeki datang bergolek bagaikan bulan jatuh ke riba..
ade ker zaman sekarang macam tu..zaman sekarang lagikan raja pun kena bekerja..inikan pula rakyat marhein..

Sebenarnya 2 peribahasa kat entry tu..yang buta datang berpimpin dan yang kudung datang bertongkat bermaksud sesuatu majlis yang gilang gemilang sehinggakan yang kurang upaya pun datang meramaikan majlis..tapi aku bukn dlm kategori tu xpg pon meramaikan majlis dan menggalakkan penebangan pokok untuk di buat kertas..huhuhu

Aku terpanggil dan tergerak nk tulis ni sebab aku sekarang ibarat menunggu buah tak gugur tanpa menjolok atau panjat pokok tersebut..cepatlah result kuar supaya aku confirm lepas..

Blind Date

korang percaya pada blind date? atau korang sendiri dah merasai suasana blind date nih..ade yang berjaya n ade yang tak berjaya..kekadang cm merapu jer benda ni..
macam kawan aku,dah banyak kali blind date,tapi satu pun tak lekat..

1-ramai yang dah berjaya n xkurang juga yang kecundang dari blind date nih.besenyer blind date dgn kekawan maya yang xpernah jumpe tapi da tgk gambar..kalo zmn dulu guna surat..

2-ramai jugak yang menipu semasa blind date.seperti yang berlaku pada kawan aku sendiri, belum jumpe dah reject. sebabnye xtaste.mcm2 dunia nih..masa chating bukan men..sumer indah..

3-ade jugak yang mintak kawan menyamar..cm citer ibu mertuaku..kononnya nak tgk cmner orgnyer..sekali tersangkut daa..melepas..

aper2 pon sekurang-kurangnya kita dah berusaha mencari walaupun bukan taste kita..dari dok melopong menunggu buah yang tak gugur..

8 Mei 2010

9.00-12.00
Exam PPublic Relation. Ni paper last aku untuk penantian selama 2 1/2 tahun kat kedah ni. Aku dah buat yang terbaek n termampu. Harap2 dpt lepas n result memberansangkan. first time tuk exam kali ni aku abes jawab exam sebelom masa tamat..kalo x pengawas dok tgu sebelah nak kutip kertas aku masih dok tulis lagi..heheheh

5.00-7.00
Dinner perpisahan Geng 6 Jahanam+2. Venue,takder tempat laen kat umah aku ler..
seb bek umah aku halaman agak luas n kelengkapan cukup tuk wat jamuan terakhir Geng 6 Jahanam. Menunya adalah laksa (mak limah n da geng)+ nugget hangus&fries (nik)+ cocktail+eskrem (aku juz bg duit,dorg yg belikan).huhuhuh..
sambil mkan sambil bergossip. sebab tu nama Geng 6 Jahanam..hahhaah
apa pon credit tuk ahli grup,xlupa jugak pada Serina sebagai photogrhaper petang yg indah itu..heheh







8.00-10.00
Hi-Tea tuk recamms kt pizza hut. Aku mkn sket jer sebab konyang.hahaha.bergambor pon sesikit jer sebb tempt tersangat la terhad..sempit..aku terpaksa mengecilkan diri aku yang sebesar gajah ni..hehehe
Selain Hi-Tea Recamms, majlis ni jugak adalah last dinner tuk dak2 BAS 6A&6B..6A jer kot..sebab BAS6B ade lagi dinner lepas ni selepas finishing skool..credit tuk cik mie sebab telah sponsor dinner tersebut..
ape2 pon semoga berjaya dalam hidup masing-masing guys..pada yang nak kawen tuh,dpt baby cepat2 k..xsabar nk jd uncle..heheheh





11.00-1.00
Part ni yang paling best..KAROK time..fuh..aku kalo da pegang mic mmg xigt dunia..sumer lagu aku layan..mlm tu mmg best giler karok lepas sumer keje da beres n selesai..exam da abes..perot da kenyang..hahhah
kredit to yati,wani and da geng..
ade masa kite karok lg k..


Hari yang indah ini aku sudahi dengan melayan FB sampai kol 3 pagi..
ADIOs..

Penganggur Terhormat "Wanabe"

Bila dah tak sibuk, barulah ada masa nak mengarang kat sini..
N baru sedar yang selama ni banyak buang masa dengan benda yang tak berfaedah..
Secara tidak rasmi aku sudah menjadi penganggur terhormat mulai ketika dan saat ini..
Selagi aku xdpat result akhir (yang aku main2 sewaktu exam)aku masih belum rasmi sebagai pengangur terhormat..

Bercakap pasal pengangguran, 14-16 mei 2010 di adakan job hunting/job carnival/career day n yang seangkatannya kt PWTC KL..
aku masih lagi teragak2 nk pergi ke tidak..

1-sebab aku masih belum dapat result rasmi.dari pengalaman semasa CAIREX kt S.A bulan mac dulu,employer hanya nak graduation student n bukannya bakal graduate..

2-sebabnya baju n kasut formal aku masih lagi kat rumah sewa kt Kedah yang aku tinggalkan semata2 nk hadir finishing skool nnt..

3-sebab rasanya cm xberbaloi sebb aku xbersedia apa2 pon..sedangkan esok berlangsung..tiket mesti penuh punyer..

4-kalo dah xnak pergi tuh mmg seribu alasan dikuarkan..hahahaha

tapi sebaik sahaja aku sah tamat belajar, aku kena lah aktif mencari..sekarang pon aku tgh aktif cari lobang n kaki..
tapi nmpk cm payah jer..
susah tol..kabel mau kuat maa..

Thursday, April 29, 2010

Kembali Lagi..

lamanya tak jengah blog ni..da bersawang agaknyer..rindu sangat nak menulis..akhir-akhir ni banyak benda yang berlaku..aku malas nak fikir panjang..keje banyak lagi tak siap..baik aku diam dan tengok je ape yang bakal terjadi..

minggu ni ada VIVA dan exam selang sehari je..berpeluh jugak aku nak jawab exam..
aku tak menaruh harapan tinggi sebab semester ni aku banyak main dan sibuk dengan research dan juga sibuk dengan Facebook..

memang berhantu facebook ni..aku sehinggakan terleka..padahal aku bukan kenal pun dengan orang dalam facebook..hanya bersembang melalui internet..tak lupa juga dengan aplikasi-aplikasi yang sangat-sangat mengahnyutkan aku..

kini tinggal lebih kurang 2 minggu untuk aku tamatkan ijazah sarjana muda sains pentadbiran..aku tak sabar dan takut nak melangkah keluar sebab belum tentu ada kerja yang tunggu aku..tadi DELL kol aku tapi dah bagitahu bahawa aku masih lagi study..ermm..rugi dan menyesal aku..

kini hati aku masih lagi tak tenang..mungkin aku perlu kembali kepada yang hakiki setelah tersesat jauh..manusia memang selalu cmni..bila susah baru nak ingat tuhan..masa senang lenang terus lupa dan tak ingat tuhan langsung..

istilah batu api banyak yang berlaku..benda yang kecik jadi besar..batu api sama macam main api..hahahah..tapi ade aku kesah,taik yang ko bagi aku balas dengan VAVIS..


Wednesday, January 20, 2010

Assalamualaikum..
lama sudah page ni x update..kalo rumah sudah bersawang..kereta dah berkarat brek..
kalo org yg da lama koma n mula2 sedar pasti kebingungan..

Banyak cerita..peristiwa..suka duka..lucu berlaku..
Yang pasti tahun berganti menganjak umur ke depan..
sudah lebih 1/4 abad bernafas di alam fana dgn segala suka duka,pahit manis,getir hidup..
Kalau itu semua masih belum mematangkan fikiran, xtahu lah..

Tahun baru 2010 bermula dgn semester baru..semester akhir yg penuh dgn kerisaun n kejutan yg bakal berlaku..
tapi aku xtahu apa kejutan itu..
yang pasti dosa berbakul sudah jd bertan..

Tahun 2010 juga dtg dgn azam baru yg semangatnya dtg ntha dr mana..
harapnya azam ini tidak berkubur seperti tahun sudah..
yang pasti azam ini sukar di lakukan..

Semester baru tapi semester terakhir..Sayonara bumi kedah yang gersang n panas ni...
Tapi kerisauan terbit mampukah aku tuk meninggalkan bumi kedah dgn penuh kegemilanagn dan juga sebagai wira?????
Yang pasti aku akan kembali ke bumi kedah ini n bukan di Lembah gersang bujang dan bukan sebgai pelajar,mungkin sbg pelawat,pelancong,pekerja atau pemastautin!!!!

Tahun 2010 juga mungkin menyaksikan aku bakal menjadi penganggur terhormat yang mencari lubang2 rezeki di celah2 gergasi kabel koloni lebah yang kerjanya menghasilkan madu yang menjadi penawar yang paling mujarab..

Tahun 2010 baru bermula dan masih panjang untuk aku lakarkan dan warnakan kain 2010 samada menjadi corak yg menarik atau sekadar kain basahan alas pijakan kaki rakus menghisap madu..

2010 mengeruhkan sungai di kuala simpang 3 (mungkin lebih dr simpang 3)dan menyusahkan kaum2 di kuala tetapi di hulu airnya masih lagi bersih walaupun keruh kadangkala bila hujan lebat..
Di kuala airnya di cemari aktiviti di tepian sungai..
Mungkin juga org hulu akn turun ke kuala n org kuala akan naik ke hulu..
erubah angin kadangkala bagus juga..