Saturday, February 12, 2011

EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (EDP)

1-EDP adalah satu program anjuran pembangunan sumber manusia berhad (PSMB) dan ianya khusus untuk graduan-graduan yang masih belum bekerja. Secara umumnya program ini adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia dan yuran serta elaun adalah di tanggung sepenuhnya oleh Kementerian ini (GOV M'SIA).

2-Program ini berlangsung selama 4 bulan di mana 2 bulan untuk training (kelas/teori) dan 2 bulan praktikal di syarikat-syarikat swasta. Sepanjang program ini berjalan peserta di beri elaun sebanyak RM500.00. Walaupun tak cukup,ianya memadai untuk menampung pengangkutan kos dan kos makan minum.

3-Aku mengikuti program ini yang telah di jalankan oleh KEMAHIRAN PROGRESIF yang berlokasi di Sri Rampai, Setapak, KL. Dan aku bernasib baik kerana trainer yang berpengalamn luas telah sudi untuk berkongsi maklumat malah tips-tips yang berharga.

4-Dan aku juga telah berpeluang untuk mendapat pekerjaan setelah tamatnya program ini. Tetapi ianya bergantung kepada kebolehan serta performance aku juga nanti.

5-Wlaupun segala maklumat dan informasi serta tips yang aku dapat melalui program ini aku boleh dapati dari mana-mana sumber malahan dari universiti,tapi trainer yang program ini berpengalaman dan berkongsi berdasarkan pengalamn sebenar. Ianya membuka minda tentang maklumat yang sebelum ini perlu di kembangkan lagi.

No comments:

Post a Comment