Thursday, February 17, 2011

Rejected

1- Rejected ataupun di tolak merupakan sesuatu yang sukar untuk di terima oleh sesiapa sahaja. lebih2-lebih lagi bagi diri seorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi.kesan daripada di tolak ini juga boleh meninggalkan kesan psikologi kepada empunya diri. dan ianya amat sukar untuk pulih seperti sediakala.

2- Banyak hal dan bidang yang boleh menyebabkan diri kita di tolak @ rejected. dalam percintaan ataupun sesuatu perhubungan perkara ini adalah lumrah biasa. begitu juga dalam alam pekerjaan dan kehidupan seharian.

3- Cuma apa yang saya tekankan kat sini dalam alam pekerjaan sebab ianya terlalu dekat denagn diri saya sekarang. anggapan mencuba dan memohon untuk semua jenis pekerjaan kerana ianya satu peluang adalah sesuatu yang boleh menyebabkan kita punya self-esteem and self-confidence akan turun.

4- Kenapa?sekiranya permohonan di terima dan di panggil untuk temuduga dan tidak berjaya. di sini self confidence akan jatuh."kenapa aku tak dapat?aku tak layak.aku teruk" bila dah jadi macam tu..percayalah..ianya mengambil masa yang lama untuk sembuh dan tingkatkan balik confidence.

5- Bile semua dah lowed, susah untuk kembali seperti biasa.untuk elakkan daripada berlaku, seeloknya kita apply untuk kerja yang sememangnya kita mahu dan faham tentang kerja tu.barulah peluang untuk kita dapat cerah dan boleh elakkan daripada rejected.

6- Tapi semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.sejauh mana kita mampu untuk motivasikan diri sendiri, sejauh mana kita mampu untuk tingkatkan keyakinan diri dan sejauh mana kita boleh menyembuhkan luka yang bakal terjadi..

No comments:

Post a Comment