Wednesday, February 23, 2011

Perjalanan Masa

:: Andai dapat aku ulangkan masa, aku nak berada kembali di zaman aku kanak-kanak. dan kalau boleh aku nak ubah perjalanan hidup aku, supaya aku tidak jadi seperti hari ini. jika ianya semudah memetik jari ataupun berkelip mata. pasti dunia ni tidak ada penderitaan dan kemusnahan. semuanya berjalan dengan lancar dan aman.

:: Andai dapat aku ubah dan tentukan hidup aku sendiri, pasti hidup aku tidak berada di tempat hari ini. dan semestinya aku berada di tempat yang lebih baik. sebab aku dah mengubah masa dan aku merubah masa depan.

:: Tapi aku percaya kepada takdir dan ketentuan.tanpa semua yang aku lalui selama ni,aku tak kan berada di tempat sekarang.aku takkan jumpa dengan kawan-kawan sekarang.aku takkan melalui pengalaman pelbagai seperti sekarang.

:: Hidup ni tak semudah seperti dalam drama yang selalunya indah.tak seperti garapan novel yang berkesudahan denagn kebahagiaan.tidak sesingkat perjalanan filem di layar perak.hidup ini penuh dengan warna.penuh denagn suka dan duka.penuh dengan gelak tawa,waima airmata.malah penuh dengan hinaan, cercaan, makian dan juga nista.

:: Cuma kita perlu bijak untuk melalui kehidupan seperti apa yang kita inginkan.mesti bijak melakar perjalanan dan tentukan arah tuju berpandukan kompas yang di bekalkn.

No comments:

Post a Comment